Sesiapa sahaja di dunia ini mahukan pengakhiran hidup yang baik dan ingin ditempatkan di syurga. Beruntunglah orang yang berusaha membuat kebaikan dan perbuatannya itu masih dapat memberi manfaat kepada orang lain walaupun sudah tidak hidup di dunia lagi.
Menerusi perkongsian di Twitter oleh @furqanurfaliq, dia telah berkongsikan kisah mengenai Cikgu Hayati Aini Ahmad, seorang guru Matematik Tambahan yang telah meninggal dunia. Namun, amalan kebaikannya masih dipanjang-panjangkan lagi kerana dia telah memuat naik lebih 100 video mengenai topik dalam subjek itu di YouTube.
Ads
Videonya telah membantu ramai pelajar yang menghadapai kesukaran dalam subjek itu.
Seorang YouTube tutor baru meninggal dunia. Hayati namanya. She left more than 100 AddMath topics dkt You Tube for any Form 4 & 5 students. Mohon pjgkan her You Tube classes ye. Semoga amal jariah Arwah menjadi bekalan pahala untuknya
— Qan Rajalie [undangan.my] (@furqanurfaliq) March 12, 2019
Ads
Menurut sumber, arwah dikatakan telah menghidap barah sejak dari tahun 2017. Syurga buatmu cikgu.
Ads
Sesungguhnya orang yang baik itu sentiasa disayangi dan disenangi ramai. Ramai yang terkesan dengan pemergiannya kerana jasanya yang tidak terkira dalam menyebarkan ilmu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Noor Neelofa Mohd Noor, adalah seorang wanita yang berjaya bukan sahaja disebabkan bakatnya dalam industri seni, malah dia juga merupakan seorang usahawan tudung yang terkenal.
Malah, Neelofa berjaya menjadi artis yang mempunyai pengikut paling tinggi di Instagram dengan 8.6 juta pengikut. Sudah pasti ramai yang mengikutinya ingin mengetahui perkembangan semasa wanita cantik itu kan?
Paling mengejutkan meski mengumumkan dirinya sudah berniqab dan berpurdah, nama juara Dewi Remaja 2009/10 itu tidak hilang bisanya, malah menjadi lan syarikat-syarikat antarabangsa yang mendambakan Neelofa sebagai model syarikat mereka.
Sehingga ‘Forbes 30 Under 30 Asia’ dan Swarovski meletaknya antara yang paling berjaya dan disegani.
Di atas kejayaan itu juga, bekas pelakon dan pengacara cantik ini sering menjadi buah mulut apabila statusnya kini dikatakan layak digelar sebagai jutawan muda.
Menurut Neelofa, dia sentiasa amalkan empat perkara ini, jika ingin berjaya dalam perniagaan. Apa empat perkara itu? Jom semak!
Adakah anda sering merasai kurang keyakinan diri untuk melakukan sesuatu yang baru buat kali pertama? Namun, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini, cabar diri untuk tidak berada di takuk yang sama.
Di dalam alam perniagaan sentiasa harus positif. Tidak semestinya kita akan selalu berada di atas, kadang-kadang Allah nak uji dan jadikan setiap cabaran yang datang sebagai perkara yang positif untuk perbaiki ke arah yang lebih baik. Jangan biar fikiran yang negatif menganggu anda, belajar terima sesuatu perkara dengan positif dan tenang.
Bagi kata-kata semangat pada diri sendiri. Bercakap dengan diri, katakan yang anda boleh lakukannya. Hanya diri anda shaja yang tahu di mana kemampuan anda untuk melakukan sesuatu perkara itu.
Jangan berhenti berdoa, rezeki yang datang itu semua dari Allah. Bersyukur sentiasa dan biasakan motivasi pada diri sendiri.
Kejayaan milik semua orang, yang pasti haruslah berusaha!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Tentu semua orang menginginkan cepat kaya seperti Nabi Sulaiman tentu semua orang. Kita tahu Nabi Sulaiman as adalah salah seorang Nabi yang dilimpahi kekayaan melimpah ruah yang belum pernah ada sebelumnya. Selain itu Nabi Sulaiman a.s juga dikurniakan pelbagai mukjizat salah satunya adalah boleh berbicara dengan haiwan.
Ketika Nabi Sulaiman menjadi penguasa yang diwarisi dari Nabi Daud a.s. Dari manusia, jin sampai haiwan-haiwan pun tunduk akan perintah nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman diberi kuasa oleh Allah SWT untuk memerintahkan jin-jin dalam membangun bangunan dan memindahkan singgasana ratu Saba’. Dan mengajak ratu Saba’ untuk beriman kepada Allah dan meninggalkan agamanya terdahulu iaitu menyembah matahari.
Doa Nabi Sulaiman untuk kekayaan ini juga diabadikan dalam al-Qur’an Surat Shod ayat 35 sebagai berikut:
Ia berkata: “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi”. (QS Shaad: 35).
Allah mengabulkan doa Nabi Sulaiman itu dengan memberikan anugerah dan pengetahuan yang besar serta melimpahkan kekuasaan yang besar dan wewenang yang kuat atas Nabi Sulaiman a.s. Dalam ayat-ayat yang menceritakan kehidupannya, berbagai perincian mengenai kekayaan, kewangan, dan bagaimana dia menggunakan pengetahuannya telah disampaikan.
Karena sudah dianugerahi berakah yang begitu melimpah, membuat Nabi Sulaiman a.s semakin bersyukur kepada sang pencipta langit dan bumi, Allah SWT. Syukur nabi Sulaiman saat dipuncak keseksaan di tuangkan kedalam sebuah doa Nabi Sulaiman:
Ertinya : maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo’a: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni’mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (QS An Naml: 19)
Penjelasan doa Nabi Sulaiman di atas:
Doa di atas baik sekali dibaca agar kita mendapatkan ilham untuk mensyukuri nikmat serta dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beramal soleh di dunia hingga kemudian mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Doa tersebut pula yang dibaca Nabi Sulaiman a.s. yang kaya raya tidak ada bandingannya.
Jika Anda sudah dikurniai rezeki oleh Allah, jangan lupa untuk mensyukurinya. Serupa dengan Nabi Sulaiman yang sangat mensyukuri kuniaan Allah kepadanya. Rezeki, kebenaran dan kecermerlangan adalah kurniaan dari Allah untuk menguji kita adakah kita bersyukur kepada Allah atau malah mengingkarinya.
Sungguh tidak tepat ketika ada orang sukses mengatakan “Kesuksesan ini adalah hasil kerja kerasku”. Orang seperti ini tidak akan kekal kesuksesannya kerana tidak bersyukur. Sebaiknya kita mengatakan “Kesuksesan ini adalah dari Allah agar aku mensyukurinya”. Sudahkah anda bersyukur hari ini? Mari kita syukuri sekecil apapun nikmat yang kita terima. Kerana dengan bersyukur, maka Allah akan menambah nikmat kita. Itulah janji Allah yang pasti ditepati.
Melalui perkongsian Neelofa pada laman sosial Instagram, neneknya berkenan untuk bertemu dengan Ustaz Tarmizi yang menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan Yayasan Ummah dan menariknya lagi apabila Allah mengizinkan keinginan hambanya yang sentiasa mengamalkan Al Quran maka bertemulah dalam majlis yang indah ini.
Nenek kepada selebriti, Neelofa iaitu Bibi Khoteja Yusof, 77, hadir turut menyertai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang di adakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Sabtu.
Melalui perkongsian ya bersama Sinar Harian, tidak tinggalkan Al Quran dalam keadaan apa pun. Pernah menjalani pembedahan sebelum ini, namun dia tetap istiqamah membaca al-Quran yang merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit.
Bibi Khoteja Yusof, 77, untuk tetap membaca al-Quran dalam kehidupan seharian.
“Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran.
“Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran,” ujarnya semasa temubual bersama Sinar Harian selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Oktober lalu.
Melihat keadaan kesihatannya tidak seperti sebelum ini, namun Bibi Khoteja menyatakan guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
“Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran,” ujarnya.
Memanjat rasa syukur diberi kesempatan menghadiri majlis ilmu ini, Bibi Khoteja menyifatkan Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.
“Alhamdulillah saya dapat hadir dan cita-cita saya memang nak datang ke sini kerana saya tidak pernah tinggal untuk mengikuti program #QuranTime di televisyen.
Kehadiran peserta yang melebihi daripada jangkaan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 menunjukkan masyarakat Malaysia rindu kepada al-Quran.
Kita-kira 8,000 peserta My #QuranTime diraikan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada jam 11.30 pagi hingga 1 petang.
Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang bertemakan ‘Kerinduan dan Kenangan Terindah Bersama al-Quran’ menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H menjadi platform penyatuan asatizah dan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.
My #QuranTime merupakan program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta TV AlHijrah sebagai penyiar utama.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: Sinar Harian
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.