Macam=macam ragam OOTD selebriti kita berhari raya. Masing-masing mengenakan tema sama agar dapat sedondon dengan pasangan. Tidak kiralah bagi yang beraya secara single, bersama keluarga atau baru pertama kali bergelar suami isteri. Keterujaan meraikan Syawal ini dapat dilihat dengan busana indah yang digayakan.
Masing-masing tampil cantik, anggun dan paling penting selesa digayakan tika berkunjung ke rumah sanak saudara. Tidak kiralah ketika beraya di desa atau kota, apa yang penting saling bermaafan dan menyambung tali silaturrahim.
Ayuh kita lita #OOTD sebahagian selebriti berhijab pada hari pertama menyambut Syawal
Filem The Assistant arahan Adrian Teh yang ditayangkan di pawagam pada 19 Mei lalu mendapat sambutan yang hangat. Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie Alaudin, Farali Khan dan Henley Hii, filem ini berjaya meraih keuntungan sebanyak RM 1 Juta selepas 4 hari ditayangkan.
Apa yang menariknya mengenai filem ini, ia turut dibintangi oleh pelakon, usahawan serta isteri kepada Hairul Azreen, Hanis Zalikha yang memegang watak sebagai Yasmin. Ramai yang teruja dengan penampilan istimewa Hanis dalam filem tersebut biarpun ia hanyalah seketika sahaja.
Menurut Hanis, selepas lebih tujuh tahun tidak berlakon, dia bersetuju untuk memegang watak Yasmin kerana melihat The Assistant merupakan sebuah filem berlainan dan berbeza.
Betapa seronoknya menjadi sebahagian daripada filem ini. Sayang kalau tolak.
Malah, bukan itu sahaja, ia juga merupakan tanda sokongannya terhadap suami dan ingin menggembirakan hati Hairul apabila bersetuju untuk memegang watak sebagai Yasmin.
Saya sebenarnya mahu menyokong suami kerana saya tahu, jika saya buat Hairul lah orang paling gembira. Lagi satu, saya rasa filem ini sangat berlainan.
Biarpun ia bukanlah watak utama dalam The Assistant, namun rasa gementar saat melakukan latihan masih boleh dirasa. Tambahan pula apabila suaminya memberi tunjuk ajar tentang pergerakan aksi yang ada dalam filem itu, dia berasa sedikit kekok dan mudah rasa ‘give up’.
Sebenarnya bukan senang suami nak ajar isteri dan isteri nak ajar suami. Sama juga seperti mak nak ajar anak, kadang-kala kita ‘give up’. Cikgu sahaja yang boleh ajar. Bila Hairul cuba ajar saya, saya jadi macam manja-manja dan merungut susah.
Bagi Hairul pula, dia menyatakan bahawa Hanis merupakan seorang yang cepat tangkap dan mudah belajar. Biarpun pada awalnya dia tidak mahu terlibat dalam proses latihan Hanis, namun ada kalanya dia terpaksa menyelit untuk memberi tunjuk-ajar kepada isterinya.
Dalam masa yang sama juga, Hanis turut terpegun melihat komitmen suaminya yang tidak pernah culas melakukan sesi latihan untuk memberikan yang terbaik. Katanya, apabila dia bersama-sama turut berpenat-lelah menjayakan filem tersebut, dia mula memahami tentang sesi latihan yang mengambil masa selama tiga bulan.
Filem The Assistant merupakan sebuah filem aksi yang menelan belanja sebanyak RM6 juta. Ia merupakan sebuah kerjasama diantara Sony Pictures Entertainment Malaysia dan Act 2 Pictures.
Minggu lepas kita dikejutkan dengan pemergian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor, 52, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat.
Hari ini kita dikejutkan pula dengan pemergian ke negara abadi, Jezmine Zaidan, yang cukup terkenal di kalangan pencinta fesyen hijabi.
Berikut nasihat Ustazah Asma’ Harun tentang bagaimana sepatutnya kita berkongsi berita kematian sahabat kita.
Sebagai saudara se-Islam, pilihlah gambar dan ayat terbaik setelah saudara kita kembali kepada Ilahi, dengan mengharapkan saat kita pergi begitulah jua kita disantuni.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.”
Sahabat semua, apabila menerima berita mengenai kematian, ucapkanlah lafaz istirja’
( إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ) :
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 dan 156:
Maksudnya: “Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar – (Iatu) orang-orang yang apabila mereka di timpa oleh sesuatu musibah (kesusahan) mereka mengucapkan: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. (Al-Baqarah: 155-156)
Mari bersama kita mendoakan sahabat-sahabat kita yang telah pergi dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.
Maksudnya: “Dan muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempatnya. Mandikanlah dia dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran.”
Maksudnya : “Ya Allah, jadikanlah kubur dia salah satu daripada taman-taman syurga-Mu. Dan janganlah Engkau jadikan kubur dia sebagai kawah daripada kawah neraka.”
Semoga keluarga Almarhumah terus tabah dan redha menerima ketetapan Allah SWT.”
Mudah-mudahan kita semua bersatu kembali di syurga Allah SWT.
Apabila bercakap tentang alat solekan, concealer antara yang mesti ada. Selain menutup cela, concealor turut membantu menutupi lingkaran hitam bawah mata. Concealer yang ringan dan lembuit membantu solekan agar tidak mudah merekah.
Namun adakalanya solekan nampak kurang cantik apabila adanya rekahan atau garis-garis halus di bahagian bawah mata.
Berikut beberapa cara mudah bagaimana untuk mengelakkan daripada ianya berlaku.
Melembabkan Bahagian Bawah Mata
Setiap hari pastikan kawasan bawah mata terhidrat dengan baik dengan menggunakan krim mata. Ia dapat membantu menegangkan kulit dan mengurangkan kemunculan garis-garis halus.
Sapu Primer
Sapukan primer yang direka khusus untuk kawasan bawah mata sebelum mengenakan solekan. Primer mencipta permukaan licin, menjadikan solekan tahan lebih lama serta mengurangkan rekahan.
Pilih Concealer Yang Tepat
Pilih concealer yang ringan dan lembut, diformulasikan untuk kawasan bawah mata. Concealer ringan lebih fleksibel dan kurang berkedut. Elakkan formula tebal dan matte yang boleh menghasilkan garis halus.
Lapisi Dengan Bedak
Lengkapi solekan dengan bedak. Adalah sangat penting untuk membuang lebihan concealer dan garis-garis halus sebelum menyapu bedak.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.