Pengalaman pertama menjadi seorang ibu tentunya menuntut banyak kesabaran. Di samping itu perlu banyak belajar tentang cara-cara mendidik anak terutama yang masih bayi.
Bagi pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah, bergelar ibu kepada Wan Khair Amir membuatkan dia perlu bersedia apa juga kemungkinan terutama ketika keluar dengan cahaya mata kesayangannya itu.
Maklum sahajalah bayi selalunya mudah sahaja meragam. Jadi sebagai ‘ibu baru’ situasi anak meragam terutamanya ketika di luar adakalanya membuatkan si ibu cepat panik. Inilah yang dilalui oleh Mira Filzah.
Melalui perkongsian di laman Instagramnya, Mira berkongsi pengalamannya ketika pertama kali membawa Wan Khair Amir keluar bersama suaminya, Wan Emir Astar.
First time bawa Amir keluar berdua sahaja dgn @wanemirastar. So Mira duduk belakang dgn Amir. Tak tahu kenapa nervous. Nervous dia lain macam, padahal bukan Amir first time duduk dalam car seat. Tapi first time berdua sahaja dgn Emir.
Ads
Mira cepat panic kalau Amir nangis. Selalu terdetik dlm hati, boleh ke handle Amir sendiri, boleh ke itu boleh ke ini. (First time mom kan, banyak sgt “what if” dalam kepala) But Alhamdulillah, Amir baik sangat. Maybe he likes to be in the car. Tidur je sepanjang jalan. (Atau sebab dia tidur jam 5 pagi malam semalam, so pagi tu tidur je lah dalam kereta. 🤓) Time nak balik dia berjaga, tapi diam je sambil pegang tangan Mira. (Haih, my heart)
Okay lah keluar tiga jam sahaja. Lama lama Mama tak berani lah.
Ads
Nak keluar berdua dgn Amir laaaagiii lah tak berani. Haha. Tunggu Amir besar sikit okay. Oh happy 2 months old sayang Mama! Love you @wankhairamir!
HIJABISTA: Biasalah, kali pertama bergelar ibu tentu banyak perkara yang perlu dipelajari. Lama-lama nanti mesti sudah mahir dan tiada masalah lagi uruskan anak-anak waima hanya keluar berdua sahaja dengan si permata hati.
Kepenatan berdepan tuntutan tugasan harian membuatkan ramai mudah berasa tertekan. Namun tidak ramai orang mempunyai ‘kebolehan’ untuk mengesan perkara ini daripada peringkat awal.
Secara umumnya, kita boleh merasai perubahan pada diri sendiri apatah lagi apabila emosi cepat berubah. Kita menjadi sensitif dan cepat marah walaupun disebabkan perkara yang kecil dan remeh. Kepala mungkin rasa sakit dan bahu pula terasa tegang.
Tekanan yang tidak dikawal dan diuruskan dengan baik boleh menjejaskan kesihatan secara keseluruhan. Jadi, inilah sebabnya kita perlu belajar cara untuk menguruskan tekanan dengan tepat.
Berikut perkongsian Dr Rozanizam Zakaria.
Dalam kehidupan hari ini, terdapat banyak perkara yang menyumbang kepada tekanan dan stres. Dalam menyelesaikan tekanan dan stres ini, Islam ada beberapa penyelesaiannya. Kesimpulannya kembalilah kepada Allah nescaya Allah pasti akan ‘membantu.’
Sumber kredit: Dr Rozanizam Zakaria
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Puasa bukan sahaja boleh dilakukan pada bulan Ramadan, malah Nabi Muhammad (s.a.w) akan mengamalkan puasa secara berkala sepanjang tahun. Puasa dipercayai bukan sahaja mempunyai faedah fizikal, seperti, mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan pembakaran lemak, tetapi ia juga menggalakkan disiplin rohani dan fokus dalam beribadat.
Sebagaimana sabda Nabi: “Jika seseorang tidak menjauhi perkataan dusta dan perbuatan dusta ketika berpuasa, maka Allah tidak peduli jika dia menahan makan dan minum.” (Bukhari, 1241)
Beberapa dekad yang lalu, kita telah melihat pelbagai usaha dijalankan untuk menghubungkaitkan teknologi dengan kepercayaan agama. Bagi umat Islam, ini juga berdasarkan bagaimana Islam diamalkan di zaman moden dengan menjadikan teknologi dan Iman menjadi lebih serasi dan harmoni.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Semak hari Sunnah untuk berpuasa sepanjang tahun untuk ditandakan dalam kalender anda:
Aishah (r.a.) meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) pernah berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (at-Tirmidzi, 745). Dengan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis, kita akan dapat menunjukkan cinta dan konsisten dalam beribadah kepada Allah (s.w.t). Ini akan dapat mengajar kita untuk istiqomah dalam beramal ibadah dalam mencari keredhaan Allah SWT.
Puasa dua kali seminggu bukan sahaja sunnah Rasulullah, malah dikatakan sebagai rutin yang menyihatkan tubuh badan anda. Kajian menunjukkan bahawa puasa berselang-seli membolehkan badan menyahtoksik dan meningkatkan kadar metabolisme seseorang, membolehkan pembakaran lebih banyak kalori.
Hari Putih atau dikenali sebagai ‘Al-Ayyam al-Bid’ dalam bahasa Arab, ialah tiga hari berturut-turut yang jatuh pada setiap 13, 14 dan 15 hari dalam bulan Islam. Ia dipanggil Hari Putih kerana bulan purnama bersinar terang pada hari tersebut. Umat Islam digalakkan berpuasa selama tiga hari ini pada setiap bulan Islam kecuali pada 13 Zulhijjah, kerana umat Islam dilarang berpuasa pada tiga hari berturut-turut selepas Hari Raya Haji, yang dikenali sebagai hari Tashriq.
Walaupun mungkin sukar untuk terus berpuasa setelah melakukannya pada bulan Ramadan, umat Islam dianjurkan untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal, bulan yang mengikuti sejurus selepas Ramadan, untuk mencapai fadhilat dan ganjaran yang besar.
Diriwayatkan pula oleh Ibn Khuzaimah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Puasa bulan Ramadhan mendapat pahala sepuluh sepertinya, dan puasa enam hari mendapat pahala dua bulan, dan itulah puasa sepanjang tahun. .” Maka barangsiapa yang berpuasa enam hari dan bulan Ramadhan akan mencatat pahala puasa sepanjang tahun.
Terdapat beberapa cara untuk melakukan puasa ini, asalkan hari pertama dalam bulan itu tidak disertakan. Nabi melarang umatnya berpuasa pada hari raya Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dan Aidiladha (Hari Raya Haji), kerana hari-hari tersebut adalah hari-hari untuk makan, minum, berkongsi dan meraikan nikmat yang dikurniakan Allah. Sesetengah orang mungkin memilih untuk berpuasa enam hari berturut-turut serta-merta selepas hari pertama, atau berpuasa lewat dalam bulan itu, sama ada sehari selepas hari lain atau pada hari rawak pada bulan tersebut.
Sya’ban (Syaaban) adalah bulan di mana beberapa mukjizat yang paling banyak berlaku, seperti terbelahnya bulan dan perubahan kiblat. Pada bulan ini, kita harus berusaha untuk melakukan sebanyak mungkin amalan yang boleh. Salah satu kelebihan berpuasa di bulan Sya’ban ialah ia dapat dijadikan sebagai tarbiah Ramadhan, baik rohani mahupun jasmani.
Ramai ulama Islam yang menjadikan malam Nisfu Sya’ban sebagai malam keampunan dan keberkatan. Umat Islam akan bermalam dengan solat sunat dan zikir sebagai cara memohon keampunan atas dosa-dosa lampau. Keesokan harinya pada 15 Sya’ban, umat Islam sering berpuasa.
Namun, puasa pada separuh kedua Sya’ban tidak dibenarkan untuk berpuasa, kecuali bagi orang yang mempunyai kebiasaan berpuasa secara tetap atau yang menyambung setelah berpuasa pada separuh pertama bulan Sya’ban. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh beberapa ulama daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: “Apabila sudah separuh Sya’ban, janganlah kamu berpuasa.” (at-Tirmidzi, 738)
Puasa pada 10 Muharram, yang dikenali sebagai Hari Asyura, menghapuskan dosa setahun yang lalu. Umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa sehari sebelum dan selepas Asyura, pada 9 dan 11 Muharram. Mengapa digalakkan berpuasa pada hari tersebut? Ia adalah untuk memperingati hari Allah (s.w.t) menyelamatkan Nabi Musa (a.s) dan pengikutnya daripada musuh mereka.
Bulan Zulhijjah dikenali sebagai bulan haji. Walaupun tidak semua daripada kita berpeluang untuk menunaikan haji, ada cara yang boleh kita mengabdikan diri dengan cara yang sama. Ibadah haji tidak akan lengkap tanpa perjalanan yang diberkati ke Gunung Arafah. Bertaubat pada hari Arafah adalah cara memperbaharui janji anda kepada Allah (s.w.t) dan memulakan semula, menjadikannya sunnah untuk berpuasa pada hari ini.
Jejaki sejarah puasa anda sepanjang tahun dengan ciri penjejak puasa dengan pelbagai cara seperti aplikasi-aplikasi yang sedia ada seperti aplikasi Muslim Pro. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk menyemak doa harian dan membaca Al-Quran dimana jua mereka berada dan ia untuk membantu umat Islam di seluruh dunia untuk terus beribadah.
Seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah: Nabi ditanya, “Amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah? “Baginda bersabda, “Amalan yang paling tetap walaupun sedikit.” Beliau menambah, “Janganlah kamu memikul dirimu, kecuali amal yang menurut kemampuanmu.” (Bukhari, 6465)
Ingatlah, amalan yang paling dicintai Allah ialah amalan yang konsisten walaupun kecil.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seperti yang diketahui ramai, Elfira Loy sudah pun berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama ahli keluarganya empat hari yang lalu. Syukur kerana dalam usia yang muda, Elfira Loy telah dijemput Allah untuk menjejakkan kaki di sana. Bukan semua berpeluang untuk merasai pengalaman ini.
Hijabista sendiri berasa sungguh teruja melihat gambar-gambar serta insta story yang dikongsikan oleh Elfira sendiri di laman Instagram miliknya. Memang manis, sopan dan cantik Elfira Loy dengan jubah, tudung labuh dan niqabnya. Terserlah keayuannya.
Dalam satu gambar yang dikongsinya di Instagram, Elfira turut meluahkan rasa gembiranya kerana dijemput Allah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Difahamkan pada awalnya Elfira tidak dapat melalakukan umrah kerana berada dalam keadaan yang ‘tidak suci’. Namun, berkat doa, zikir sepanjang jalan dan usaha, akhirnya dia berjaya juga melakukan umrah pertamanya. Elfira akui memang sebak.
Selain Elfira Loy, terdapat beberapa selebriti lain yang turut terbang ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Antaranya ialah Wawa Zainal dan Rozita Che Wan. Wawa Zainal telah ke Tanah Suci ditemani ayahnya kerana suaminya, Aeril Zafrel tidak dapat ikut serta disebabkan ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.
Manakala Rozita Che Wan pula ke Tanah Suci ditemani suaminya, Zain Saidin. Nampaknya kali ini Rozita dan Zain menunaikan berdua tanpa ditemani anak-anak.
Apa pun, Hijabista doakan segala urusan mereka dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. Alhamdulillah mereka semua telah dijemput ke rumah Allah. Doakan agar satu hari nanti kita semua dapat menjejakkan kaki ke sana pula. InsyaAllah…
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.