Detoks gula adalah antara diet fad (diet sementara atau pelan diet menjanjikan penurunan berat badan cepat) yang popular dalam kalangan sesetengah orang dan menjadi trend kesihatan terkini.
Sesetengah orang menganggap tabiat pemakanan yang ‘memotong’ semua gula ini boleh dilakukan hanya dengan menghentikan minuman dan makanan manis seperti mufin, kek dan coklat.
Namun ramai yang tidak sedar gula juga wujud dalam sumber karbohidrat lain seperti beras, mi, roti dan kentang. Tidak kurang juga kandungan gula tersembunyi dalam banyak makanan yang diiklankan sebagai sihat.
Makanan tidak dianggap manis seperti roti, keropok dan sos spageti sebenarnya juga dipenuhi gula tambahan yang tersembunyi di bawah nama seperti maltosa, dextrose, sirap (semua jenis sirap), sirap jagung fruktosa tinggi atau molase. Bagaimana pula dengan sarapan bijirin atau granola yang anda makan setiap pagi?
Percaya atau tidak, makanan ini juga dipenuhi gula. Ada yang kandungan gulanya hampir dua kali lebih banyak berbanding coklat gelap.
Berikut perkongsian Arif Sukri
Membuang gula dari dalam diet antara satu cara yang agak ekstrim. Bila haramkan semua sumber gula masuk ke dalam badan. Bukan kata air, sampai dalam masakan pun tak masukkan gula.
Begini kawan-kawan:
1. Kaedah ini mampu menjimatkan kalori di dalam badan. Namun untuk praktikal dalam jangka waktu yang panjang, ia tidak mampu untuk bertahan lama.
2. Satu sudu teh gula mengandungi 4 gram Karbohidrat (16kcal). Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) juga menyarankan kita untuk ambil gula putih kira-kira 5% dari ambilan kalori perharian kita.
3. Jadi mengapa sampai harus siksa diri menyekat semua kemasukan gula.
4. Ingat, nak kurus camana pun. Gula putih boleh diambil. Namun dalam pengawalan.
5. Jika mahu kawal gula dari minuman, air kosong boleh jadi pilihan kalian. Namun gantikan sumber gula putih itu dengan masukkan dalam masakan. Tak adalah nak rasa tak sedap saja menu-menu diet tu.
6. Kalau mahu kurangkan gula di dalam minuman, buatlah secara peringkat.
7. Hari pertama. Secawan kopi + 5 sudu teh gula.
Hari kedua. Secawan kopi + 4 sudu teh gula.
Hari ketiga. Secawan kopi + sudu teh gula.
8. Dengan cara ini lidah akan dilatih untuk menerima sesuatu tanpa rasa terkejut. Tak adalah terus claim diet itu susah. Begitulah.
9. Dalam sehari berapa sudu gula yang kalian ambil?
Buat kawalan ya. Bukan sekatan.
KESAN DETOKS GULA
Jika anda sudah menghapuskan semua sumber gula daripada diet termasuk buah dan tenusu, anda mungkin mengalami flu keto.
Individu yang melakukan diet ketogenik mengambil kurang daripada 20 gram karbohidrat setiap hari. Tanpa akses kepada gula atau karbohidrat lain, badan tidak mempunyai sumber glukosa.
Glukosa adalah seperti bahan api untuk sel manusia dan tanpanya, kita mulai kelaparan. Badan terpaksa beralih ke simpanan lemak untuk sumber bahan bakar alternatif dan ini akan menyebabkan keadaan yang disebut ketosis. Ketosis boleh mengakibatkan gejala seperti:
• Loya
• Keletihan
• Sakit kepala
• Kekejangan otot
• Bau nafas busuk
• Lemah
• Sembelit atau cirit-birit
KESAN SAMPINGAN
• Kemurungan
• Kebimbangan
• Perubahan dalam pola tidur
• Masalah kognitif
• Sukar beri tumpuan
• Keinginan terhadap makanan
• Sakit kepala ringan dan pening
• Rasa mual
• Kebas
• Keletihan
CARA KAWAL KESAN SAMPINGAN
1. Hentikan pengambilan gula serta-merta
Mengehadkan pengambilan gula secara beransur-ansur boleh membantu mengurangkan gejala, tetapi gejala itu akan berlanjutan untuk tempoh lama.
Apabila anda memotong jumlah gula secara serta- merta, badan akan dapat mengadaptasi dengan keadaan tanpa gula dengan lebih cepat. Gejala penyisihan juga berakhir lebih cepat. Lakukan dengan menghentikan pengambilan semua bentuk gula, termasuk dalam makanan segera, minuman manis dan tepung putih.
2. Makan lebih protein
Tambahkan protein pada setiap hidangan bagi membantu mengelak kelaparan dan tahap tenaga yang rendah semasa proses detoks gula. Ini akan membantu anda untuk mengekang godaan mencapai coklat, gula-gula atau makanan manis.
3. Tambah serat dalam makanan
Serat membuatkan anda lebih kenyang. Disebabkan ia juga mengawal paras gula dalam darah, ia mungkin membantu mengelakkan kesan sampingan detoks gula seperti sakit kepala dan loya.
4. Minum lebih banyak air
Ia penting terutama apabila anda meningkatkan pengambilan serat yang boleh menyebabkan sembelit. Segelas air juga menghalang anda terlebih makan dan mengawal keinginan.
5. Elak pemanis tiruan
Kajian menunjukkan pengambilan pemanis tiruan menyebabkan keinginan anda terhadap makanan manis bertambah. Mengelakkan makanan manis walaupun bebas gula adalah langkah terbaik dalam usaha memotong gula dalam diet.
6. Urus tekanan
Ada banyak kajian menunjukkan tekanan boleh meningkatkan keinginan kepada makanan manis. Gula juga mengandungi kesan menenangkan terhadap hormon tekanan yang menyumbang keinginan untuk gula apabila tertekan. Berjalan, berbual dengan rakan atau membaca buku antara aktiviti mudah untuk melegakan tekanan.
7. Bersenam
Bersenam meningkatkan tenaga dan mengurangkan tekanan sekali gus membantu melawan gejala penyisihan seperti keletihan, tidak bertenaga dan keinginan disebabkan tekanan.
8. Minum sumber hijau
Anda boleh mencuba beberapa resipi minuman berasaskan sayuran seperti bayam dan brokoli yang dicampur buah-buahan.
9. Tidur yang mencukupi
Tidak cukup tidur menyebabkan timbulnya keinginan kepada makanan manis dan makanan tidak sihat seperti jajan. Tidur yang cukup akan mengurangkan tekanan, membantu anda membuat pilihan makanan lebih baik, menambah tenaga dan menambah baik tumpuan dan memori.
10. Makan sesuatu yang pahit
Makan makanan pahit memadam reseptor dalam otak yang memacu keinginan kepada makanan bergula selain membantu mengawal tahap gula darah. Anda boleh memilih beberapa makanan pahit seperti kopi, arugula atau brokoli.
Sumber kredit: Arif Sukri (ustazfitness.com) dan Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI