Kehilangan orang tersayang memang cukup menyakitkan. Apatah lagi saat kita masih lagi tak puas dan perlukan kehadirannya dalam hidup kita. Namun siapalah kita mahu menolak takdir Tuhan. Perkongsian Zulhilmi Udin di laman sosial facebook yang menyatakan rasa cinta pada arwah isterinya. Dia menulis nota cinta buat isterinya yang meninggal dunia setelah hampir setahun bertarung dengan penyakit ‘brain tumor’.

Isteri tercinta, Nur Ismaliza menghidap ‘brain tumor’ selepas melahirlan anak sulung mereka, Nur Yasmin Marissa, 1 tahun lebih. Dia menyifatkan ia adalah ujian Allah kepada isterinya yang baru berusia 21 tahun.

KENA SAWAN LEPAS MELAHIRKAN

Hijabista cuba menghubungi Zulhilmi untuk mengetahui kisah sebenar yang menimpa dirinya. Dia yang baru seminggu kehilangan arwah tidak keberatan berkongsi kisahnya yang cukup menyentuh hati.

Menurut Zulhimi, isteri tersayang disahkan mengidap tumor selepas melahirkan anak pertama mereka. Setelah bersalin dan dibawa balik ke rumah, arwah isterinya kena sawan tarik. Apabila melakukan pemeriksaan, doktor memberItahu ada ketumbuhan sebesar 2.3 cm di kepala.

“Apabila bertanya pada keluarga arwah, memang dia tidak pernah menghidap sakit itu sebelum ini. Dalam seminggu dia mengalami sawan tarik. Setelah berbincang dengan doktor mereka menyarankan untuk membuat pembedahan bagi membuang ketumbuhan berkenaan.

“Namun arwah tidak mahu melakukan pembedahan berkenaan. Ini kerana sebelum itu doktor menjelaskan risiko pembedahan ini 15 peratus boleh menyebabkan dia mengalami lumpuh,” ujarnya.

TAK MAHU LAKUKAN PEMBEDAHAN, KETUMBUHAN MAKIN BESAR

Arwah tidak mahu melakukan pembedahan kerana dia risau tiada siapa yang akan menjaga anak mereka nanti.

IKLAN

“Lama kelamaan ketumbuhan berkenaan makin membesar dan saya cadangkan juga untuknya membuat pembedahan. Arwah akhirnya bersetuju dan sementara menunggu tarikh scan MRI untuk tahu lebih detail sebelum melakukan pembedahan.

“Untuk itu kami bercadang menghantar anak k rumah mama untuk dijaga sementara kami selesaikan segala urusan arwah. Namun takdir Tuhan telah tertulis. Siapa sangka malam itu arwah telah mengalami kemalangan yang turut membabitkan anak kami.

“Padahal keesokan harinya kami sudah mahu ke hospital untuk membuat scan MRI. Akibat kemalangan itu dan kemungkinan kepala terhantuk, tetapi tiada pula kesan benjoan atau darah di bahagian berkenaan.  Doktor kemudiannya membuat scan sekali lagi, rupa-rupanya pendarahan dalam otak sudah pecah,” cerita Zulhilmi lagi panjang lebar.

KOMA & DIBERIKAN UBAT TIDUR

Keadaan itu menyebabkan arwah terlalu sakit sehingga dia mengalami muntah. Malah lebih mendebarkan apabila doktor memberitahu jantung arwah terhenti selama 10 saat. Doktor terpaksa melakukan teknik SPR, seterusnya memberi ubat tidur untuk membolehkan jantungnya rileks.

IKLAN

“Sepanjang tempoh itu arwah terpaksa bernafas menggunakan bantuan mesin. Dia koma selama dua hari dan waktu itu doktor turut memberitahu otaknya kritikal. Mata hitamnya menjadi semakin besar dan otaknya juga sudah tidak berfungsi.

“Melihat keadaannya begitu, jadi tiada guna untuk melakukan pembedahan lagi jika mahu menyiksa arwah. Kami kemudiannya berpakat semua ahli keluarga untuk merelakan arwah pergi dengan tenang. Kami minta doktor untuk hentikan masuk ubat yang menguatkan jantung arwah. Akhirnya tepat jam 8.52 pagi pada 19 April lalu, arwah pergi sendiri secara perlahan-lahan.

“Alhamdulillah saya sempat membacakan Yasin dan mengucap pada arwah. Walaupun saya tahu dia sebenarnya sudah tiada ketika itu. Sesungguhnya kami reda dengan pemergian Allah dan ia sudah ketentuan Illahi,” jelasnya yang memohon semua untuk mendoakan arwah dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Lelaki ini menyifatkan isterinya ini adalah perempuan paling kuat dalam hidupnya. Kekuatan isterinya yang sedaya upaya berjuang demi hidupnya, dia dan juga anak mereka Yasmin. Namun Allah lebih sayangkan dia dan Dia tahun apa yang terbak untuk isterinya itu.

IKLAN

Dia turut berjanji akan menjaga Yasmin dengan penuh kasih sayang demi untuk isterinya itu. Diakhir nota cintanya itu turut dititipkan ucapkan terima kasih atas segalanya dan dia pasti merindui setiap kenangan ketika mereka bersama.

Dia juga turut memuat turut status memberitahu bahawa dia reda dengan perpisahan ini. Malah Zulhilmi turut memberitahu sebaik perancangan Allah pasti ada hikmah di sebaliknya. Dan dia juga perlu kuat semangat untuk membesarkan anak sulung yang ditinggalkan oleh arwah isterinya itu. Walaupun perlu membesarkan anak mereka sendirian tetapi itulah janjinya untuk menjaga zuriat ini sebaik mungkin.

Nota cinta terakhir ini memang cukup menyentuh hati para netizen. Betapa besar dugaan yang dilalui lelaki ini. Semoga dia terus kuat dan tabah melayari kehidupan tanpa orang tersayang di sisi.

SUMBER: FACEBOOK ZULHILMI UDIN

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI