
Bagi mereka yang mengalami berat badan, tidak perlu rasa stress disebabkan masalah ini. Jangan terlalu rasa tertekan untuk mendapatkan berat idaman kerana bimbang dapat penyakit lain pula nanti.
Perkongsian wanita ini Azlina di laman sosial Facebook yang memberitahu cara diet yang betul. Diet dilakukan adalah untuk seumur hidup bukan setakat sehari dua saja.
Malah da turut memberi ingatan bahawa diet diamalkan bukan boleh dilihat kesannya dalam masa sehari dua. Sebaliknya mengambil sedikit masa dan dilakukan secara berterusan hingga boleh mendapat balik berat ideal.
Dia turut berkongsi beberapa tip mudah bagi memberi inspirasi serta petua mudah untuk cepat kurus.
Dia yang hanya mengamalkan diet eat clean serta senaman menyaksikan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 41 kg dalam tempoh 10 bulan sahaja.

Perkongsian dgn follower disini.bgn.diet cara yg betul.jgn memaksa diri.diet itu untuk seumur hidup bukan 21 hari.cari diet yg ko boleh ikut smpai mati.bukan sebulan je lepas tu ko membadak balik..kemon wake up syg
so tag kawan korg yg try nak diet kite follow slow2 cara mak ina ye
mana yg xyakin boleh kurus???
kene print gambar ni tampal kat peti ais
no ubat or jamu no supliment
jgn buang duit bayar pd benda yg xperlu pn boleh kurus lets wake up.duit beli bende merepek tu sile beli kan gelang coco
eat clean dan berpuasa sunat +senam sendiri earobic
tempoh=ogos 98kg-mei 57kg(naik sket masa raya)
bahan asas=semua bahan yg ade di rumah kecuali

sarapan gantikan dgn roti whole meal dan sapuan jiff atau yagood( kalau xde ko makan je la roti telur goreng tanpa minyak tukar2 dgn rolled oat plus susu farm fresh dan buah)boleh rujuk cara buat kat search tu taip overnight rolled oat azlina ina
gantikan gula dgn raw canes sugar kat 99 byk/stevia atau gula organic
garam rock salt dan atau himalaya garam bukit
minuman tukar dr yg ber cafein pd lemon + madu dan air suam
byk kan minum air kosong.
beras biasa
minyak biasa
ikan biasa kembung pn boleh

mudah kan.sape kate diet susah? asal kan sabar dan bukan arini diet esok nak kurus yeko gemok pn 20 tahun lg nk kurus 2 ari podah
Sakit Badan Hilang & Tubuh Rasa Lagi Fresh Selepas Amalkan Air Halia Ini. Senang Je Buatnya!

Buat anda yang mengalami sakit-sakit badan, rasa kebas di bahagian kaki dan tangan atau susah untuk membuang air besar, bolehlah mencuba membuat air campuran ini.
Hanya menggunakan bahan-bahan di dapur, ia juga sedikit sebanyak boleh membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh anda. Mudah-mudahan air ini dapat membantu melegakan sakit yang anda rasa.
Bahan-bahan yang diperlukan :
1) Halba sepeket, guna 2-3 sudu besar
2) Halia dlm 3 inci
3) Serai 2 batang
4) Asam Jawa 1sudu
5) Air dalam 1000 ml

Cara-caranya:
Bahan halba, halia dan serai diketuk atau dihiris pun boleh. Kemudian rebus semua tu sampai mendidih.
Angkat campur dengan asam jawa satu sudu, kacau-kacau minum masa nak tidur.
Minum masa air tu suam-suam.
Esok pagi bangun badan jadi segar.. Insha Allah. Semoga dipermudahkan petua ni..cuba jangan tak cuba!

Kredit : Normala Md Ismail
Ya, Kedutan Mulai Muncul Pada Usia 20-An. Ini Cara Mencegahnya Daripada Terjadi. Jangan Sampai Terlewat!

Masa yang sangat membingungkan bila anda berumur 20-an. Saat perjuangan dengan jerawat sudah berakhir dan kemudian menghadapi wajah secara harfiah dengan jerawat dewasa. Ya! Tidak habis dengan itu sahaja mula kelihatan garis-garis halus juga muncul.
Sebelum anda berputus asa memikirkan hari-hari yang mendatang dengan masalah kulit wajah yang akan kelihatan buruk. Inilah berita baiknya, anda dapat mencegah serangan kedutan tanpa harus berjuang dengan krim anti-penuaan tebal yang menyumbat liang pori-pori anda!
Penting untuk memahami bagaimana kulit anda berubah dan bagaimana dapat mencegah kedutan pada usia 20-an.
Mengapa kedutan muncul ketika anda berusia 20-an?
Seusia 20-an, kita kadang-kadang menganggap bahawa kedutan perkara yang tidak perlu dibimbangkan, tetapi kebenarannya anda tidak boleh hindarinya.
Pada awal 20-an, kulit anda mungkin kelihatan cerah, tegang dan anjal kerana tahap kolagen yang tinggi. Pada pertengahan hingga lewat 20-an, perhatikan bahawa kadar pengeluaran kolagen mula perlahan-lahan pada peringkat ini, yang menentukan tahap kemunculan kedutan.
Oleh itu, walaupun anda tidak dapat melihat kedutan pada kulit anda sekarang, masih belum bebas dari bahaya, mungkin garis-garis halus itu akan muncul satu atau dua tahun kemudian!
Selain perubahan biologi, secara semulajadinya yang berlaku seiring bertambah usia, gaya hidup yang tidak sihat biasanya merupakan penyebab utama garisan halus muncul pada usia 20-an:
Beberapa tabiat gaya hidup buruk ini termasuk:
- Perlindungan sinar matahari yang tidak mencukupi – menjalani pendedahan cahaya matahari yang kerap mencetuskan sejenis penuaan yang disebut penuaan.
- Merokok – merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit anda bertambah tua.
- Ekspresi wajah – kerap menaikkan kening dan menyipit membaca sesuatu yang jauh boleh menyebabkan garis di wajah anda semakin mendalam.
- Kedudukan tidur – jika anda tidur di perut atau di sisi, anda mungkin mengalami garis-garis di wajah anda.
- Tekanan – hormon tekanan memecah kolagen pada kulit anda
- Kurang tidur – kurang tidur mempercepatkan penuaan kulit
Cara pakar untuk mencegah kedutan pada usia 20-an
1. Mulakan di usia 25
Kemungkinan ramai yang ingin memulakan rutin penjagaan kulit anti-penuaan pada awal usia 20-an, anda mungkin sudah mula menggunakan produk yang ‘mengangkat’ dan ‘menegangkan’ kulit setelah berusia 21 tahun. Walau bagaimanapun, pakar kulit tidak menggalakkan anda menggunakan produk anti-penuaan intensif sebelum pertengahan usia 20-an.
Produk penjagaan kulit yang menjanjikan pengangkatan dan atau keanjalan muka sering menandakan kepekatan peptida yang tinggi, yang merangsang pengeluaran kolagen dan pergantian sel. Ini sesuai untuk mereka berusia 40-an dan mungkin berusia 30-an, tetapi sebenarnya akan menjadikan sel kulit anda menjadi berlebihan jika anda berusia 20-an. Fikirkan kerengsaan kulit utama dan jerawat yang disebabkan oleh hormon yang tidak terkawal!
Oleh itu, para pakar kecantikan menyarankan 25 sebagai umur terbaik untuk memasukkan produk anti-penuaan ke dalam rutin kecantikan anda.
2. Gunakan krim mata jika anda belum melakukannya
Walaupun penggunaan krim anti-penuaan yang tebal dan kuat tidak digalakkan pada awal usia 20-an, satu-satunya pengecualian ialah krim mata.

Kawasan mata adalah kawasan pertama yang menunjukkan kedutan dan garis halus akibat kehausan dari ekspresi wajah, serta fakta bahawa kulit di sini jauh lebih nipis. Kawasan ini sentiasa terhidrat dan berkhasiat, oleh itu adalah mustahak agar menjaga kawasan ini untuk mencegah garis dan kerutan pramatang.
Pada awal usia 20-an, gunakan krim mata ringan, lebih baik dengan konsistensi gel, supaya tidak menyumbat liang pori anda. Contohnya Tatcha The Silk Peony Melting Eye Cream dan Mario Badescu Ceramide Eye Gel.
Pada akhir 20-an, kulit cenderung sedikit kering dan ketika itulah anda boleh mula menggunakan krim mata yang lebih lembap dan aktif, seperti Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Eye Cream EX.
2. Gunakan pelindung matahari setiap hari
Jangan sesekali melangkau pelindung matahari, terutama di negara yang terdedah kepada sinar matahari sepanjang tahun!
Sekiranya anda masih ragu-ragu tentang bagaimana pelindung matahari dapat mencegah kedutan terbentuk, ada bukti saintifik untuk menyokongnya: kajian yang dilakukan selama empat setengah tahun menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan SPF setiap hari mempunyai skor penuaan yang 24% lebih rendah daripada siapa yang menggunakan SPF sesuka hati. Bererti mencegah hingga seperempat kedutan hanya dengan menggunakan pelindung matahari
Jenis pelindung matahari yang paling berkesan berbeza, berdasarkan pada faktor seperti jenis kulit dan pendedahan cahaya matahari setiap hari, tetapi anda boleh melihat senarai pelindung matahari yang tidak berminyak yang berfungsi dalam cuaca panas dan lembap di Malaysia.
4. Bantuan antioksidan dari dalam hingga luaran
Antioksidan adalah bahan penjagaan kulit yang paling sukar yang anda perlukan dalam memerangi kedutan pada usia 20-an. Bahan ini bukan sahaja memperbaiki garis-garis halus tetapi juga memberi anda warna yang lebih cerah dan lebih sekata sehingga anda kelihatan muda dan segar sepanjang dekad .
Untuk penjagaan kulit, bahan-bahan berikut yang berfungsi dengan baik untuk kulit 20-an anda:
- Vitamin C
- Vitamin E
- Coffeeberry
- Resveratrol
- Acai
- Ekstrak teh hijau
Vitamin C khususnya, adalah antioksidan kuat yang melindungi daripada penyerang persekitaran, yang memecah kolagen pada kulit anda. Sebenarnya, penyelidikan telah menunjukkan bahawa sebanyak 0.6 peratus Vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan kulit oleh radikal bebas dan meminimumkan kulit kendur!
Newbies, boleh bermula dengan pilihan Vitamin C yang lebih berpatutan yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit, seperti The Inkey List Vitamin C Serum. Sekiranya anda mendapati bahawa kulit anda sesuai dengan Vitamin C dan anda ingin meningkatkan permainan anti-kedut, pilihlah Allies of Skin Vitamin C 35% Collagen Rebuilding Serum yang hebat.
Selain menggunakan produk penjagaan kulit yang dikemas dengan antioksidan, anda juga harus memastikan bahawa diet anda merangkumi sebilangan besar antioksidan juga.
Makanan yang tidak seimbang juga merupakan salah satu penyebab utama di sebalik sejumlah besar masalah kulit, jadi anda pastikan pengambilan sayur-sayuran hijau, buah-buahan, apa sahaja kandungan Omega-3 (salmon), avokado, kacang, biji, dan beri jika anda mahukan kulit bebas kedutan pada usia 20-an!
5. Mengamalkan tabiat penjagaan kulit yang baik
Tabiat yang anda laksanakan pada usia 20-an mungkin akan diamalkan sepanjang hayat, jadi pastikan anda betul-betul mengikuti asasnya.
Rejim penjagaan kulit yang baik merangkumi:
- Mempunyai rutin penjagaan kulit: Maksudnya merangkumi membersihkan, toner, pelembap dan juga menggunakan pelindung matahari pada siang hari.
- Pengelupasan secara berkala: Mengelupas kulit anda sekurang-kurangnya sekali seminggu membantu menghilangkan sel-sel kulit mati, yang dapat membantu kulit anda kelihatan lebih cerah dan dapat menyerap produk kulit dengan lebih baik.
- Mengamalkan gaya hidup sihat: Makanlah makanan seimbang, bersenam secara teratur, minum banyak air, dan berehat secukupnya.
- Elakkan menyentuh kulit anda: Tangan anda mungkin merupakan bahagian paling kotor di seluruh badan. Elakkan memasukkan bakteria ke kulit anda dengan menyentuh muka dengan tangan anda. Sudah tentu, juga tidak boleh menekan atau memicit jerawat, bagi mengelakkan parut.
- Rawatan wajah secara berkala: Rawatan wajah membantu memberi kulit anda penggalak yang diperlukannya. Rawatan yang kerap membantu menjaga kulit agar tetap rapi dan menjaga keadaannya yang terbaik.
Basahkan Muka Dengan Wuduk 5 Kali Sehari Petua Cantik Diana Amir. Confim Berseri-Seri Sepanjang Hari!

Sejak berhijrah pelakon dan pengacara Diana Amir memang mengubah penampilan dan sikapnya 360 darjah. Dia yang melakukan penghijrahan setelah mengakui hidupya kini semakin mendapat ketenangan.
Walaupun begitu sebagai selebriti, Diana tetap mengutamakan penampilan untuk sentiasa kelihatan cantik. Diana Amir tidak lokek berkongsi cantik cara Islam yang diamalkannya.
Menurut Diana dalam agama Islam sendiri memang amat mementingkan kebersihan. Jadi secara tak langsung kita akan menjaga kebersihan diri. Ini kita boleh lihat apabila perlu mengambil wuduk dahulu sebelum bersembahyang lima kali sehari.
BERSIH WAJAH SEBELUM TIDUR
Jika kita mengambil wuduk dengan sempurna memang diri akan bersih. Ini kerana daripada situ (mengambil wuduk) kita membersihkan muka dan kaki dan secara tak langsung itu juga sebahagian daripada menjaga kebersihan.
Dia juga turut memastikan sebelum masuk tidur Diana akan membersihkan wajah terlebih dahulu. Tidak akan sesekali terus tidur tanpa membasuh wajah dengan bersihnya.
Selain itu petua lain diamalkan adalah perlunya menjaga stamina dengan melakukan senaman bagi mengekalkan tubuh supaya kekal sihat dan cergas.
Ibu kepada dua cahayamata ini juga turut berkongsi amalan kerohanian bagi membuatkan wajah seseorang itu kekal berseri dan bercahaya.
SENTIASA BERZIKIR
Menurut Diana lagi kecantikan itu penting bermula dari dalaman dengan hati dan jiwa yang tenang. Ketenangan itu akan datang pada seseorang bila kita sentiasa mengingati Allah.
Jangan sesekali fikir perkara yang memeningkan kepala kerana ia boleh membuatkan seseorang itu jadi cepat tua.
“Sentiasa mengingati Pencipta kita tidak kira di mana juga berada. Cara mengingati-Nya adalah dengan berzikir. Sebenarnya banyak zikir boleh diamalkan lebih-lebih diri kita ini adalah pendosa. Jadi kita perlu sentiasa memperbaiki iman dan syahadah.
“Zikir paling mudah untuk diamalkan adalah Istighfar dan Lailahaillah. Sentiasa basahkan mulut dengan zikir mulia dan inysa-Allah segala urusan akan dipermudahkan. Kita ingat Dia dan Dia akan mengingati kita dan hati akan memperoleh ketenangan yang paling hakiki, lebih-lebih apabila berada dalam kesusahan,” jelas Diana sebelum mengakhiri perbualan.
KREDIT FOTO: DIANA AMIR