Rozita Che Wan antara selebriti yang paling bijak bergaya. Tak kiralah sewaktu hadiri majlis rasmi, santai ataupun pergi bercuti. Kita boleh lihat penampilannya ‘top to toe’ lengkap sekali dan dia juga bijak mengambil gambar selfie. Sebelum bergelar pelakon, Che Ta adalah seorang model. Dia juga antara selebriti yang sering menggayakan baju pengantin daripada pereka terkenal antaranya Man Kajang. Jadi apabila sekali lagi Che Ta memperaga ‘dress’ pengantin untuk koleksi pereka Minaz sempena Bridal Show, fotonya sekali lagi jadi tumpuan ramai. Lengkap dengan veil dan bunga tangan, gaya Che Ta tak ubah seperti patung Barbie Doll.
Foto dimuat turun di laman Instagramnya ini mendapat komen cukup positif dari netizen. Ramai memuji kecantikan Che Ta dan nampak begitu kena sekali baju berkenaan diperaga Che Ta.Bukan itu sahaja, ada juga usikan nakal dari netizen yang menyuruh Che Ta bersanding lagi dan menggayakan baju ini nanti sempena ulang tahun perkahwinan.
Che Ta juga dikatakan awet muda seperti usia 30-an dengan menggayakan busana pengntin cukup indah ini. Dengan tubuh langsing begitu, pastinya membuatkan ramai yang cemburu bagaimana ibu anak 3 ini menjaga penampilannya hingga boleh menyarung dres indah ini.
Admin percaya siapa yang sudah berkahwin pasti akan rasa macam nak naik pelamin balik melihat gaya pengantin Muslimah digayakan Che Ta.
KOMEN NETIZEN:
@thats_siti Barbie doll mai dah
@noraidah_ismayel Cantik sgt la che ta ni..bila pkai baju gown wedding ni mcm barbie doll..
Sejak berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji, penampilan selebriti Fouziah Gous semakin cantik dan santun. Ternyata beliau bijak menggayakan busana berpadanan sesuai dengan penampilannya yang kini berhelar Hajah. Beliau yang turut berjinak-jinak berhijab sebelum itu dan akhirnya mengambil keputusan berhijab sepenuhnya balik dari mengerjakan rukun Islam ke lima itu.
Ternyata wajahnya memang sesuai berhijab kerana memperlihatkan sisi cantik dirinya yang sebenar. Namun walaupun berhijab, tidak sesekali membataskan dirinya untuk bergaya dan jadi stailo seperti orang lain.
Malah beliau juga cukup bijak mix and match busana berpadanan ditambah pemilihan selendang menutupi mahkota yang satu.
Menurut ibu kepada dua anak ini juga beliau banyak menerima hadiah tudung dari teman-teman ataupun peminatnya dan begitu menghargai setiap pemberian hadiah yang diberi kepadanya.
Mempunyai beberapa rancangan temu janji yang menarik, atau hanya ingin kelihatan cantik? Perubahan drastik pada penampilan anda adalah cara terbaik untuk menyegarkan dan menghilangkan kebosanan mengenai penampilan santai anda.
Selain itu, anda akan berasa lebih baik tentang penampilan anda. Hanya mengubah perkara kecil boleh membuat penampilan cepat berubah pada penampilan anda. Hanya dengan sehelai selendang gaya bosan anda akan berubah.
UNIQLO hari ini mengumumkan koleksi kolaborasi terbarunya dengan ikon fesyen global Ines de la Fressange. Sesuai dengan motif ““Luxurious clothes, and beyond,” rangkaian keperluan almari pakaian baru menyatukan kepercayaan Ines dalam merancang pakaian yang dapat dipakai oleh semua wanita dengan selesa dalam segala gaya.
GAYA 1: Pilihan selendang tidak perlu warna menonjol, cukup dengan sentuhan corak yang tampak manis. Warna selendang yang sedondon seperti bukan aksesori tambahan.
CADANGAN PRODUK:
Bergaya ketika bercuti, koleksi ini diilhamkan oleh Visits to Deauville, sebuah resort tepi laut yang khas untuk Ines Inspirasi untuk koleksi baharu adalah Deauville. Deauville adalah tempat kenangan khas untuk Ines.
GAYA 2: Boleh juga gantikan tali pinggang anda dengan selendang bercorak, untuk ikatan lebih kemas gunakan scarf ring.
Wanita berpakaian elegan di pantai dan di tempat-tempat sosial yang tidak dapat dilupakan. Konsep koleksi terbaharu dari Uniqlo.
GAYA 3: Nah busana serba putih anda akan berubah serta-merta dengan sehelai selendang. Kali ini cuba selendang sedikit kontras tambahan tali pinggang yang menampakkan pemisah susuk badan.
CADANGAN PRODUK:
Warga Paris suka gaya laut pada musim bunga dan musim panas dan koleksi baru ini menawarkan pelbagai koleksi berwarna biru laut, dari gaun hingga blaus.
GAYA 4: Tambahkan gaya percutian anda dengan selendang fabrik ringan dan tidak akan membosankan gaya percutian anda.
CADANGAN PRODUK:
TRIK KEMEJA OVERSIZED:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menjadi satu kemestian apabila mendengar peluang hebat di mana-mana platform digital, apatah lagi mereka yang suka ‘shopping online’. Peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular Malaysia, Go Shop hari melancarkan kempen sambutan ulangtahunnya yang ketujuh menerusi “Happy Together Live Party” yang akan berlangsung.
Program istimewa yang berlangsung selama dua hari ini menampilkan ramai selebriti tersohor tanah air seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datin Hajjah Fouziah Gous, Dato Aaron Aziz, Ustaz Munif Ahmad, Ustaz Shahrizan Daud dan Linda Onn.
Majlis sambutan terbesar Go Shop ini menawarkan RM3.5 juta hadiah percuma dengan promosi “Beli 1, Percuma 1” dan pelbagai hadiah eksklusif. Banyak produk menarik menanti penonton termasuklah barangan terlaris Go Shop seperti produk-produk peralatan rumah termasuklah perkakasan dapur dan makan, fesyen, kecantikan, dan produk digital.
Bersiaran langsung “Birthday Live Party” dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Astro Saluran 118. Pelanggan juga boleh strim menerusi aplikasi Go Shop atau layari www.goshop.com.my. Pelancaran siaran “Happy Together Live Party” ini, ia menandakan permulaan sambutan ulangtahun Go Shop yang akan berlangsung selama sebulan sepanjang November ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran dan promosi eksklusif di semua platform Go Shop.
Mengangkat tema “Happy Together” untuk sambutan ulangtahun pada tahun ini, kami di Go Shop sentiasa teruja untuk membawakan kebahagiaan dan pengalaman membeli belah yang penuh dengan kegembiraan untuk setiap pelanggan Go Shop di luar sana. Sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menyajikan kandungan yang menghiburkan, membawakan jenama produk yang dipercayai ramai pada nilai terhebat dan yang paling utama, memastikan pelanggan mendapat pengalaman membeli belah terunggul.
Lanjutan tempoh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini secara tidak langsung telah menjadi pemangkin atau penyumbang terbesar kepada lonjakan trend pembelian secara atas talian. Platform digital Go Shop terus kukuh dan merekodkan peningkatan jualan yang begitu memberansangkan, dicetuskan dari pembelian di atas talian. Tambahan lagi, dengan peningkatan populariti rangkaian produk kesihatan, kecergasan, fesyen dan barangan riadah sepanjang musim PKP, Go Shop berjaya menambahkan banyak lagi jenama-jenama terkemuka untuk kategori-kategori ini. Kolaborasi ini telah menghasilkan/menjayakan lebih banyak program-program menarik yang mengutamakan topik kecergasan dan kesihatan.”
“Go Shop merupakan sebuah platform membeli belah dari rumah yang terkenal dengan sajian produk berkualiti dan sentiasa menawarkan pelanggan dengan pelbagai jenama yang dipercayai ramai, dari produk-produk peralatan rumah ke perkakasan dapur dan makan, demi menepati permintaan ramai yang menginginkan sesuatu yang lebih segar dan moden. Menariknya lagi, di Go Shop akan sentiasa berusaha untuk menambah lebih banyak produk-produk menarik dan menawarkan pilihan penuh variasi demi menepati kehendak setiap pelanggan. Pada tahun ini, buat julung kalinya, Go Shop telah melancarkan jenama pakaian dan set peralatan tidur iaitu Royal Field and La Belle; jenama eksklusif Go Shop, untuk memberikan lebih banyak pilihan produk berkualiti kepada pelanggan.
Kempen sambutan ulangtahun ketujuh Go Shop, “Happy Together” ini menawarkan baucar bernilai RM7 juta, selain dari diskaun sehingga 80% dan tawaran-tawaran istimewa pada setiap minggu, bermula dari 1 November ini hingga 30 November 2021. Pelanggan boleh nantikan banyak pelancaran produk-produk terhebat sepanjang November ini. Tawaran-tawaran menarik ini termasuklah dari produk-produk peralatan memasak yang moden dan terkini, barangan perabot, set peralatan tidur dan banyak lagi produk menarik tersedia khas buat pelanggan khususnya untuk menyambut tahun baru tidak lama lagi!
Sepanjang berlangsungnya kempen istimewa ini kelak, pelanggan boleh nikmati tawaran diskaun sehingga RM77 apabila mereka berbelanja RM650 dan ke atas. Selain dari itu, menerusi aplikasi Go Shop, pelanggan juga boleh dapatkan baucar diskaun sebanyak RM7 pada setiap hari dari 1 hingga 7 November dan menyertai permainan “Happy Spin & Win Game” dari 17 hingga 30 November 2021 untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM170,000!
Anda juga boleh mendapatkan diskaun ekslusif serta rebat apabila membuat pembelian dengan GrabPay eWallet dan, kad Public Bank, CIMB serta Standard Chartered ketika berlangsungnya tempoh kempen.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton Saluran Go Shop di Astro pada setiap hari – Go Shop RUUMA Saluran 118, GAAYA Saluran 120 dan BAARU Saluran 111 serta di MYTV Saluran 120, untuk nikmati pelbagai tawaran terhebat sempena sambutan ulangtahun Go Shop. Layari laman sesawang rasmi Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Go Shop app di Google Play dan App Store.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di