Bulan ini menyaksikan beberapa selebriti menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka. Selain Nora Danish dan suami serta Linda Onn, bekas penyanyi kumpulan Kristal, Lan Solo juga turut menimang cahayamata keempat mereka Sabtu lalu. Dan melalui akaun insagramnya beberapa jam lalu, Lan telah mendedahkan wajah puteri keempat yang diberi nama Nur Amna Quxandra. Biarpun bayi perempuan berkenaan mengalami sedikit sumbing atau cleft lip, tetapi Lan tidak malu untuk berkongsi wajah puteri kesayangan kepada peminatnya.

Malah laman sosialnya juga turut menerima ucapan tahniah kepada Lan solo dan keluarga atas kehadiran orang baru ini.

Masing-masing memuji betapa comel baby Xandra dan berdoa agar Xandra menjadi anak yang soleh apabila besar nanti.

@miraclerefreshing_scent Alhamdulillah, tahniah. Semoga membesar jadi anak solehah. Aamiin ya Allah

@arifsaini12 Sumbing mcm sya?

@vitamin.yati Tahniah..comel baby xandra..semoga menjadi ank solehah pembawa rezeki untuk ibu dan ayah..

@ruzasan1 cukup comel…tgk aje muka ayah dia…semoga dia menjadi anak yg hebat disisi Allah dan ibubapa nya…aminn..

@konah_martopo Tahniahhh @lansolo_official comelll baby nye..

@liza3180 alhamdulilah comel baby semoga jd anak yg solehah aminnn

@princessrenah Alhamdulillah.. she’s is so cute. Semoga menjadi anak yg solehah dan berjaya kelak.. In Shaa Allah

Sebelum ini memang Lan dan isteri, Nur Sheila Hassim sudah tahu akan menerima kehadiran bayi yang mengalami cleft lip pada usia kandungan 32 minggu.

Mereka berdua cukup positif kerana ia adalah anugerah Allah dan akan menerimanya dengan reda dan menerimanya dengan hati terbuka.

Ada juga antara follower Lan yang turut berkongsi pengalaman yang sama mempunyai anak atau teman-teman yang juga mengalami masalah sumbing ini.

@nuraniza_umardin Tahniah @lansolo_official .. tuk buat operation tu,umur 3 blan dh bleh buat. Saya pun ada anak yg sumbing bibir dan gusi.. masa tu,doktr kata samada berat mencpai 4.5kg @ umur dh mencapai 6bulan..tpi anak akak, umur 3 bulan dh buat 1st operation di bibr di PPUM..

@ridz_techno Tahniah..alhamdulillah…anak sy pon cleft..zman skrg oprate doktor dh bt cntik..lngsung x prasan dh lpas oprate.. moga dprmudahkan…comel!!

@chiminari saying this bcs most of my friends with cleft lip are all pretty and gorgeous. Grow up well Amna! Jadi cantik luar dan dalam okay

INFO CLEFT LIP

* Peringkat pembedahan:

1. Pembedahan klef bibir

– Dilakukan seawal mungkin apabila kandungan haemoglobin dalam darah mencecah 10 gram

– Berat bayi lima kilogram

– Umur bayi mencecah 10 minggu.

2. Pembedahan lelangit:

– Bayi berumur dalam lingkungan 9 -12 bulan.

IKLAN

Rawatan susulan:

– Terapi pertuturan

– Rawatan gigi

– Rawatan tampalan gusi

– Pembedahan hidung dan tulang muka

– Pembedahan lain sekiranya perlu.

* Lebih kerap berlaku dalam kalangan bayi lelaki berbanding perempuan

– Nisbah sebanyak 2 (lelaki) :1 (perempuan)

Masalah klef:

* Masalah pemakanan*

* Masalah pendengaran

* Masalah pertuturan dan bahasa

* Masalah gigi dan orthodontik

* Masalah estetik muka terutama bahagian muka tengah

* Masalah kurang keyakinan diri terutama apabila meningkat remaja.

* Masalah saluran pernafasan**

* Masalah pemakanan tidak begitu serius, melainkan bayi mengalami sindrom yang menyukarkannya untuk makan.

IKLAN

** Selalu dikaitkan dengan Pierre Robin Sequence

Punca:

1. Faktor genetik:

* Kromosomal trisomy 13 atau 21 (Sindrom Down)

* Sindorm Van Der Woude

* Sindrom Treacher Collins

* Sindrom Stickler

* Sindrom Velokardiofasial

* Pierre Robin Sequence

2. Faktor persekitaran:

* Kekurangan khasiat pemakanan-asid folik, vitamin B6

* Kafein dan alkohol

* Merokok

* 13-cis-asid retinoik (Acutane)

* Ubat : phenytoin ,steroids

* Infeksi viral : rubella

IKLAN

* Pendedahan kepada sinar X

* Altitude tinggi

Klasifikasi umum klef :

* Klef bibir mikroform

* Klef bibir tidak lengkap +/-klef lelangit

* Klef bibir sebelah kiri +/- klef lelangit (L)

* Klef bibir sebelah kanan +/- klef lelangit (R)

* Klef bibir kiri dan kanan +/- klef lelangit (Bilateral cleft lip +/- cleft palate)

* Klef lelangit penuh ( complete cleft palate)

* Klef lelangit sekunder ( cleft secondary palate)

* Klef lelangit submucous ( submucous cleft palate)

Risiko kejadian klef berulang (recurrence rate):

* Ibu dan bapa tiada klef-

– 1 anak mempunyai klef bibir/lelangit

* Risiko kejadian klef berulang ~ 1 dalam 20 (5%)

– 2 orang anak mempunyai klef bibir/lelangit

* Risiko kejadian klef berulang ~ 1 dalam 4 (25%)

* Ibu ATAU bapa dan seorang anak mempunyai klef

– Risiko kejadian klef berulang ~1 dalam 4 (25%)

* Ibu ATAU bapa mempunyai klef,

– Risiko anak pertama mendapat klef ~ 1 dalam 20 (5%)

* Kedua-dua ibu dan bapa mempunyai klef,

– Risiko anak pertama mendapat klef 1 dalam 4 (25%)

SUMBER: BERITA HARIAN

KREDIT FOTO: INSTAGRAM LAN SOLO

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI