Baru sahaja bergelar isteri pada Sabtu lalu, kini Neelofa diangkat sebagai Tokoh Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith pula. Dia menerima anugerah tersebut bagi kategori tokoh berpengaruh mega oleh Kerajaan Kelantan sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.
Walaupun begitu dia tidak dapat hadir ke majlis yang diadakan kerana sedang berada di Langkawi. Untuk pengetahuan pembaca, Hari Sayyidatina Khadijah merupakan program tahunan yang mengiktiraf peranan dan juga sumbangan wanita dalam pembangunan di negeri itu.
Ads
Sebagai acara yang disambut secara tahunan, program tersebut dilihat sebagai satu langkah dalam menonjolkan personaliti wanita serta kecemerlangan mereka di dalam bidang masing-masing.
Ads
Acara ini dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan dan pada tahun ini anugerah tersebut disampaikan oleh Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang merupakan Timbalan Menteri wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia serta Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan.
Tak susah sebenarnya untuk jadi cantik. Bukan sahaja dengan cara mengamalkan petua tradisional, tetapi juga boleh dilakukan setiap kali mengamalkan Doa Nabi Yusuf supaya wajah tampil cantik dan berseri.
Doa ini boleh diamalkan sebaiknya selepas setiap kali bersolat.
Inilah Doa Nabi Yusuf Supaya Wajah Tampil Cantik & Berseri..
Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh membentuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”
Caranya:
Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tempoh bercuti untuk kaum muslimah iaitu datang haid dari melakukan perkara wajib seperti solat membaca Al Quran, bukan halangan untuk melakukan ibadah lain.
Mungkin kaum muslimah menganggap kalau kedatangan haid tidak perlu untuk berdoa. Sebaliknya, kalau wanita kedatangan haid dihari pertama lebih baik berdoa. Walaupun berada dalam keadaan kedatangan haid dan nifas atau dalam berhadas.
Kaum muslimah tidak sepatutnya membiarkan hari-hari tersebut berlalu dalam keadaan yang merugikan, sebaliknya berusahalah mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan baik yang lain seperti membaca doa waktu kedatangan Haid.
Di bawah ini doa untuk muslimah yang kedatangan haid dihari pertama:
Segala Puji bagi Allah atas segala perkara dan aku memohon keampunan Kepada-Mu, Ya Allah dari kesemua dosaku.
Jika perempuan kedatangan haid hari pertama dan dia berdoa, seperti doa diatas maka:
Dari Saiyyidatina Aishah r.a meriwayatkan:
“Tidak ada seorang perempuan pun yang kedatangan haid, melainkan haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa diatas pada hari yang pertama, maka Allah SWT akan menulis baginya supaya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas jambatan Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan derajatnya oleh Allah SWT baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan empat puluh orang mati syahid. manakala perempuan itu dikira berzikir kepada Allah SWT di dalam masa haidnya.”
Wallahua’lam
SUMBER: Syed Al Murshi
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seorang selebriti pasti menjaga penampilan, bukan sahaja wajah malah mengekalkan bentuk badan yang kekal langsing juga amat penting. Tentu anda pernah terfikir bagaimanakah cara seorang selebriti mengekalkan berat badan mereka?
Sehubungan itu, team HIJABISTA terpanggil untuk memberikan wanita jawapan kepada persoalan tersebut dengan berkongsikan cara bagaimana pelakon jelita asal Singapura, Datin Nur Atikah Mohd Suhaime atau lebih dikenali dengan nama pentas Atikah Suhaime menjaga penampilan serta mengekalkan kelangsingan tubuh badanya.
Terdahulu, suri hati pengasas jenama Zaitun, Datuk Lokman Teh ini pernah berkongsikan tips penurunan berat badan tanpa perlu berlapar. Menerusi hantaran di laman Tik Tok miliknya, Atikah Suhaime turut berkongsikan resipi menu diet yang diamalkan.
HIJABISTA difahamkan sudah tiga bulan Atikah Suhaime mengamalkan menu diet ini. Menariknya, tips yang dikongsikan ternyata berjaya curi tumpuan warga maya.
Ternyata, Atikah Suhaime mempunyai cara tersendiri dalam rutin diet menerusi video yang dikongsikannya. Selain itu, pelakon Lagenda Budak Hostel ini dilihat tidak lokek sama sekali berkongsi rahsia bagaimana dia menurunkan serta mengekalkan berat badan.
Sekadar recap, Atikah Suhaime memulakan kerjaya televisyen pada 2010 di negara kelahirannya, Singapura seawal usia 19 tahun.
Malah, sejak bergelar isteri pada Januari lalu, Pelakon yang berusia 33 tahun ini dilihat amat bijak membahagikan masa menguruskan rumahtangga, kerjaya sebagai usahawan Zaitun dan mengamalkan rutin pemakanan dan gaya hidup sihat.
Atikah turut mengakui meski jarang melakukan senaman, dek kerana jadual seharian yang padat, namun dia tidak culas mengamalkan pemakanan yang sihat. Meskipun, menu diet yang diamalkan lebih kepada sayur-sayuran, namun tetap kenyang.
HIJABISTA sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati, Atikah Suhaime menerima pujian ramai di hantaran video berkenaan.
Terdapat wargamaya yang memuji menu diet yang dikongsikan Atikah Suhaime dan mengakui setelah mengikuti menu disediakan oleh pelakon jelita ini terbukti mengenyangkan mereka dan dalam masa sama berkesan menurunkan berat badan.
Malah, ada juga yang memuji kejelitaan aktres ini, kerana tidak kelihatan seperti berusia 30-an, sebaliknya terlihat awet muda seperti berusia 18 tahun!