Neelofa Prihatin Nasib Bayi Terbuang! Laksana Usahasama Dengan Badan Kebajikan ‘Buka Mata’ Masyarakat

Share

Usahawan dan juga pengasas jenama tudung terkemuka Naelofar Hijab, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Hajah Lofa baru-baru ini menjalankan usahasama bersama orphan care (Organisasi Perlindungan Bayi Terbuang).

Menurut isteri kepada pendakwah bebas, Pu Riz itu, tujuan dia menjalankan usahasama dan menggarap inisiatif sedemikian adalah bertujuan untuk bersama-sama membantu dan memberikan perlindungan kepada bayi yang tidak bernasib baik menerusi kempen ‘Naelofar Kindness Box’.

Lofa Terasa Kerdil, Lihat Usaha Orphancare Lindungi Bayi Terbuang!

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Lofa menerusi satu muatnaik foto dalam sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

Dalam hantaran itu, terpapar foto Lofa sedang mendukung dan mendakap seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan dan masih lagi kemerah-merahan.

“Bayi dalam dukungan saya ini antara bayi yang ditinggalkan dalam keadaan masih merah dan baru sahaja dilahirkan dan masih bertali pusat. Bayangkan dengan keadaan bayi yang masih merah itu ditinggalkan sendirian.

“Apa sebenarnya yang jadi kepada bayi? Kenapa ibu dia meninggalkan anaknya? Tak ada siapa tahu, tetapi ibunya telah membuat keputusan betul dengan meletakkan baby di tempat sepatutnya dan tidak membuangnya di tempat yang bukan-bukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, ummi kepada Muhammad Bilal ini juga menyeru para wanita diluar sana agar tidak membuang bayi sekiranya berdepan masalah membesarkan anak itu.

Sebaliknya wanita-wanita ini disarankan untuk tampil ke OrphanCARE kerana pusat perlindungan berkenaan tidak hanya menerima bayi terbuang, malah menyediakan perlindungan sama khusus kepada wanita hamil, sehinggalah mereka melahirkan.

Menerusi hantaran sama, Lofa juga telah mengambil kesempatan untuk berkongsi serba sedikit tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi OrphanCare.

Artikel Berkaitan : Cecah Usia 10 Bulan, Neelofa Teruja ‘Bilal’ Dah Mula Bertatih – Dah Boleh Jalan Dah Dia, Empat Lima Langkah, Jatuh.”

“Saya berkesempatan ke OrphanCare Foundation hari ini. Perjuangan yang mereka lakukan membuatkan saya terasa diri ini kerdil.

“Jika ada antara anda yang tidak mahu menjaga bayi anda, tinggalkan sahaja di baby hatch yang dibuka 24/7 sehari. Jika anda perlukan bantuan, boleh datang ke OrphanCARE dan mereka akan bantu sehingga anda melahirkan bayi,” jelasnya lagi.

Justeru, Neelofa turut menzahirkan harapan agar usaha kecil yang dilaksanakannya dalam membantu memaklumatkan rakyat berhubung bayi terbuang ini sedikit sebanyak mampu membantu perjuangan organisasi Orphan Care agar dapat melindungi lebih banyak lagi nyawa kecil yang tidak berdosa.

Sumber: Instagram Neelofa

Artikel berkaitan: Netizen ‘Syak’ Neelofa Hamil Lagi – “Berisi Lain Macam! Alhamdulillah Bilal Nak Jadi Abang..”

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN