Sedang menghitung hari menanti detik kelahiran, penyanyi Ernie Zakri menerima titipan ucapan dan doa daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas bertemu di program MeleTOP pada hari Selasa yang lalu.
Memuat naik video dan foto di laman Instagram, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi sempat berbual mesra bersama Ernie serta suaminya, Syamel dan mendoakan agar semuanya berjalan lancar buat pasangan ini.
Saya doakan adik saya @erniezakri akan terus sihat sehingga selamat bersalin nanti dan juga buat @syamel_official, semoga menjadi suami dan ayah terbaik sebagai ketua keluarga. Usap perut Ernie, rasa macam baru saja saya mengandungkan Aafiyah dan Afwa. Jaga diri dik!!
Ads
Terharu dengan doa yang diberikan, Ernie dan Syamel mengucapkan terima kasih kepada TokTi dan mengharapkan yang terbaik juga untuk TokTi dan keluarga.
Syukur, sangat gembira dapat berjumpa dengan @ctdk semalam. Sempat lah tanya sikit sikit tips sebelum nak melahirkan. Terima kasih Tokti diatas tips tips tu! Kami akan cuba praktikkan!
Nervous, tak lama saja lagi anak Ibu nak lahir dah. Doakan kami, moga menjadi Ibu & Daddy yang baik untuk anak solehah kami. Amin ya Rabb.
Handsome pula shurami ku tu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum sedia maklum pasangan selebriti sama cantik sama padan, Fazura dan Fattah Amin atau lebih dikenali sebagai Fattzura, merupakan pasangan yang jarang dilanda kontroversi.
Ini membuatkan mereka menjadi pasangan kesukaan ramai dan setiap tingkahlaku ‘sweet couple’ ini sering menjadi sorotan netizen.
Terbaharu, gelagat bersemut pasangan ini sekali lagi tular di laman sosial hingga membuatkan netizen cemburu melihatkan perilaku Fattah yang sabar melayan kerenah isterinya, Fazura.
Perkara berkenaan menjadi tular sebaik sahaja Fazura memuatnaik satu hantaran video di laman Instagram miliknya, memaparkan Fattah yang begitu sabar melayan kerenahya yang tidak mahu pipi kelihatan tembam semasa mengenakan tudung sekolah ketika membawa watak remaja sekolah sewaktu penggambaran.
“Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pulak. Haih… anyway love you Fattah Amin.” Tulis Fazura ringkas diruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Malah, kehidupan bahagia pasangan selebriti bebas kontroversi yang selalu kelihatan harmoni dan bahagia telah menyebabkan peminat membanjiri ruangan komen hantaran itu dengan puji-pujian.
Tidak kurang juga yang berseloroh sekiranya, calon suami yang mempunyai ‘husband material’ seperti Fattah Amin boleh dibeli di aplikasi beli belah online seperti Lazada.
“Ada jual kat Lazada tak husband material macam ni”, tulis wargamaya yang turut mendambakan mempunyai suami penyabar persis Fattah Amin.
Selain itu, ramai juga antara netizen yang meluahkan rasa suka melihat telatah pasangan ini, sekaligus mendoakan ikatan perkahwinan antara Fattah dan Fazura kekal hingga ke syurga.
“Semoga hubungan yang terbina ini kekal hingga ke jannah, suka sangat-sangat tengok pasangan ni. Sama cantik, sama padan”
“Pasangan yang takde sangat kontroversi. Semoga kak dan suami sentiasa dalam rahmat Allah”, tulis netizen
Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin diijabkabulkan pada November 2017. Hasil perkahwinan selama tujuh tahun itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada awal Oktober 2020 yang kini berusia tiga tahun.
Sebut sahaja nama Sherry Alhadad, pasti hijabi familiar dengan pengacara serba boleh yang juga mempunyai ‘sense of humor’ yang tinggi dan sering menghiasi kaca tv dengan telatah ‘tak kering gusi’ serta personaliti menyenangkan yang dimilikinya tidak kira ketika mengacara mahupun berlakon.
Bagaimanapun, pemilik nama penuh Sharifah Mariam Syed Abdullah Al Hadad ini mendedahkan bahawa karakter sebenar dirinya dahulu agak pemalu, terutamanya untuk memulakan perkenalan dengan mana-mana lelaki baharu di dalam kehidupan miliknya.
Menurut Sherry perasaan rendah dirinya juga selalu menghantui dirinya dalam memulakan sesebuah perhubungan.
“Mungkin saya tak cukup cantik. Kebiasaannya, kita sudah tahu kritiria wanita cantik itu bagaimana. Bentuk badan yang ideal pula bagaimana. Saya selalu rasa yang saya tak tergolong dalam kelompok itu.
“Jadi, bila saya tahu yang saya ini tidak konvensional cantik, faktor lain yang boleh saya ketengahkan agar orang menyukai saya adalah dengan melalui personaliti.
“Sebab itu saya lebih suka berkomedi agar saya lebih senang untuk didekati dan mendekati. Bila berkenalan dengan mana-mana lelaki, saya akan rasa rendah diri dan tak cukup dari segala aspek,” katanya.
Dalam pada itu, Sherry tidak menafikan dirinya agak sunyi apabila belum berkesempatan untuk dipertemukan dengan teman hidup.
“Ada kalanya, memang rasa sepi juga. Kadang-kadang bila kita penat dan nak meluahkan kepada seseorang tapi orang itu tiada.
“Kita pun dah berusia dan sudah tentu kita nak mencari teman hidup tapi belum jumpa lagi,” ulasnya lagi.
Katanya lagi, kesibukkan kerja juga turut menjadi antara kekangan untuk memulakan sesebuah perhubungan.
“Memang ada keluarga dan kawan-kawan yang cuba kenalkan saya dengan lelaki. Yang direct message saya di Instagram pun ada.
“Ada yang cuba dekat tapi saya pula sibuk dengan kerja. Itu pun masalah juga,” kongsinya lagi.
Sherry turut mendedahkan dirinya tidak gentar untuk menjalani kehidupan berkeluarga meskipun banyak hal-hal melibatkan penceraian berlaku sejak kebelakangan ini.
“Sebagai seorang yang single, kadang-kala saya jadi tempat untuk mengadu nasib tentang keluarga atau pasangan. Malah, mereka juga ada bertanya, selepas mendengar masalah mereka, saya masih ada niat nak kahwin ke?
“Namun, saya selalu positif. Pada saya, setiap orang itu punyai pengalaman yang tersendiri. Saya tetap mahu berkahwin. Saya pun mahu merasai pengalaman kahwin saya sendiri.
“Sudah tentu saya mahukan perkahwinan yang bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, ketika ini belum rezeki saya lagi. Saya bertuah kerana semua orang mendoakan saya bertemu dengan jodoh yang baik,” akhirinya.
Sekadar info, artikel ini adalah artikel olahan semula dari Media Hiburan
Tirai program realiti Pencarian Nona Superwoman melabuhkan tirainya semalam. Tepukan gemuruh bergema di setiap penjuru studio apabila nama finalis, Norfazlina Mohd Faozi, atau Fazs Faozi diumumkan sebagai Juara, sekaligus mengatasi empat ‘seteru’ akhir yang bersaing di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Pada setiap episod, Fazs sering menampilkan prestasi yang konsisten dan seimbang dalam pelbagai aspek. Faktor kestabilan adalah asas berniaga yang sebenar, yang menjamin ‘kekuatan’ sesuatu perniagaan agar terus kekal dan bertahan lama. Ciri-ciri itulah yang membuatkan juri sebulat suara menobatkan usahawan kosmetik ini sebagai pemenang utama.
Menjelang malam finale Pencarian Nona Superwoman, wanita berusia 35 tahun dan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri itu berjaya memikat juri dengan pembentangan perniagaan syarikatnya, Fazsbeauty. Beliau bijak mengadaptasi segala ilmu sepanjang menyertai Pencarian Nona Superwoman, sekaligus mengukuhkan kedudukan di peringkat Top 3.
Turut bertanding di pentas akhir adalah usahawan bakeri Ana Najia dan Ayu Omar, usahawan sambal iaitu Syu Ramli serta usahawan percetakan gambar, Linda Roos. Juri-juri sepakat memilih Ana Najia sebagai pemenang ‘Most Favourite’ dan Syu Ramli sebagai pemenang ‘Most Inspiring’ dengan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Setiap pemenang juga menerima sebuah trofi dan selempang serta sejambak bunga tajaan Aleeya Florist & Gifts.
SOKONGAN
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Datuk Seri Rina Mohd Harun menunjukkan sokongan penuh terhadap acara finale program realiti Pencarian Nona Superwoman yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan disiarkan secara langsung di Astro Prima saluran 105.
Turut hadir mengiringi Datuk Seri Rina ke PICC adalah isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad.
Daripada ratusan penyertaan, hanya 12 yang terpilih dan akhirnya lima finalis yang berjaya melangkah ke final. Program lapan episod yang bermula sejak 22 September lepas memberi peluang kepada usahawan B40 dan M40 yang terjejas pandemik untuk berkembang, menambah ilmu niaga dan merebut hadiah lumayan berjumlah RM70,000 keseluruhan.
Lima finalis yang menunjukkan prestasi cemerlang – Ana Najia, Ayu Omar, Fazs Faozi, Linda Roos dan Syu Ramli bakal bersaing merebut gelaran juara di pentas akhir. Masing-masing memburu ganjaran lumayan berupa wang tunai RM50,000 (Juara), RM10,000 (Most Favourite) dan RM10,000 (Most Inspiring).
Episod finale selama 1 jam, bermula 9.00 – 10.00 malam ini turut menyaksikan penampilan juri jemputan iaitu Dato’ Fazley Yaakob dan Datuk Rosyam Nor bersama juri-juri tetap iaitu Awal Ashaari dan Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan. Ia turut dihoskan oleh pengacara jelita iaitu Uyaina Arshad. Program realiti ini dianjurkan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Nona.
Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak dalam ucapan beliau berkata, program Pencarian Nona Superwoman ini berjaya menggilap nilai keusahawanan yang tinggi serta bermanfaat untuk wanita yang menceburi bidang perniagaan.
“Saya bersyukur kerana program realiti ini berjaya mencapai tujuannya untuk memperkasakan kaum wanita berniaga. Kami di Majalah Nona sentiasa fokus terhadap usaha menjadi media utama yang memberi inspirasi kepada wanita bangkit dalam kerjaya dan gaya hidup.
Platform Pencarian Nona Superwoman anjuran Majalah Nona yang diperkasakan oleh USANITA selari dalam membantu wanita yang terjejas ekonomi akibat pandemik COVID-19. Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada USANITA yang sentiasa mewujudkan pelbagai peluang termasuk program pembangunan, bantuan kebajikan dan sosial, bantuan komuniti, seminar motivasi serta pendidikan yang berterusan kepada golongan memerlukan.”
Dengan pematuhan SOP yang ketat, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial sepanjang rakaman berlangsung, acara finale bertemakan ‘Smart Elegant’ ini turut diserikan persembahan artis terkemuka Malaysia, Anuar Zain.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.