Memiliki tubuh yang langsing dan menawan memang menjadi idaman setiap wanita. Siapa tak mahu kelihatan cantik kan? Cuma, untuk langsing memerlukan keazaman dan tekad yang kuat.

Terdapat satu perkongsian di Facebook oleh Fiza Mukhtar di mana wanita ini berjaya menurunkan berat badannya daripada 104kg kepada 51kg (berat hari ini). Menariknya, Fiza berjaya turunkan berat badan tanpa pengambilan sebarang supplemen kurus.

Tak amalkan sebarang supplemen kurus

Nak kurus sebab nak sihat

IKLAN

Elak ambil makanan nie

Amalkan cara hidup yang sihat

Menurut Fiza kepada Hijabista, kini beratnya sudah mencapai 51kg. Dia masih lagi mengambil makanan seperti biasa, cuma dia mengurangkan kuantiti pengambilan makanan. Sehingga kini, dia sudah tidak mengambil langsung minuman yang bergula tinggi dan amalkan pengambilan air masak. Ke mana sahaja dia pergi, akan diusung air masak di dalam begnya.

Tentang senaman pula, dia memang mengamalkan senaman seperti larian dan walking. Pemangkin usaha Fiza untuk kurus tentunya suami tercinta. Meskipun suaminya sering berkata dia terima Fiza seadanya, lumrah seorang wanita tetap sukakan kecantikan. Keadaan itu yang membuatkan dia bertekad untuk berusaha menjadi lebih baik.

IKLAN

Sebenarnya, Fiza berusaha untuk kurus kerana dia mahu menjadi seorang yang lebih sihat dan berkeyakinan. Malah, dia sering menghadapi hinaan dan pandangan orang ramai terhadap dirinya. Bila makan sikit, dia akan diperli dan bila makan banyak juga akan diperli. Jangan terkejut bila admin katakan yang Fiza dulu mampu habiskan satu kek Secret Recipe itu seorang sendiri tanpa berkongsi dengan orang lain. Terkejut kan?

IKLAN

Katanya, “Saya terlalu obesiti dan melebihi berat yang sepatutnya. Ketinggian saya 154cm, jadi berat ideal untuk saya sepatutnya 45kg hingga 55kg sahaja. Bila dah kurus nie, lebih senang pergerakan saya. Kalau dulu, nak solat pun kena pakai kerusi. Alhamdulillah sekarang dah normal.”

Apa yang penting, jangan putus semangat. Suami, majikan dan kawan-kawan sekerja banyak membantu Fiza dalam mencapai misinya ini. Kini, dia lebih senang mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang sihat.

Sumber: Facebook Fiza Mukhtar

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI