Menyingkirkan racun (detoks) dari dalam tubuh wajar dilakukan untuk menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat. Gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat, termasuk tabiat buruk seperti merokok dan mengambil minuman keras serta kepelbagaian jenis makanan yang diambil juga boleh menyebabkan racun-racun ini terkumpul di dalam tubuh.

Racun-racun tersebut boleh merosak organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh. Oleh sebab itulah, diperlukan cara-cara semula jadi untuk mengeluarkan sekali gus menghilangkan racun pada tubuh, selain daripada menggunakan suplemen ‘detoks’.

4 BAHAN MUDAH INI BOLEH MEMBANTU DETOKS DAN BOLEH JADI KURUS!

Cuba minum ini jika nak kurang berat badan!

Diet dan pemakanan sihat, memainkan peranan penting jika nak turun berat badan.

Minum detoks adalah salah satu cara terbaik untuk menyahtoksik badan anda.

Ia bukan sahaja menyingkirkan toksin dari badan tetapi juga meningkatkan metabolisme.

BAHAN BAHAN

Lobak Merah – 3 batang
Kunyit hidup – 1 ketul sebesar ibu jari
Orange – 2 biji
Halia – 1 ketul sebesar 1/2 tapak tangan
2-3 cawan air

IKLAN

KAEDAH:

Kupas kulit halia dan kunyit hidup dan
hiris
Kupas lobak dan hiris
kupas kulit buah oren dan hiris
Masukkan ke dalam pengisar semua bahan
dan kisar sehingga menjadi halus

CARA MINUM

Minum sehari sekali sebelum sarapan pagi.

IKLAN

MANFAAT BAHAN BAHAN

LOBAK

Kandungan kalori yang rendah dan kaya dengan serat di mana ia amat baik untuk penurunan berat badan. Jus lobak meningkatkan rembesan hempedu yang membantu membakar lemak dan seterusnya mengurangkan berat badan.

BUAH OREN

IKLAN

Buah Oren rendah kalori dan tinggi vitamin C serta serat.

HALIA

Halia adalah superfood untuk penurunan berat badan.

KUNYIT

Kunyit mempunyai sifat anti-keradangan

Selamat mencuba!

Sumber kredit: Sarifa Redzuan II

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI