
Senyuman yang cantik boleh menyerlahkan kejelitaan seorang itu. Ditambah dengan barisan gigi yang tersusun rapi seperti senyuman Fazura membuat hati mudah jatuh hati.
Oleh sebab itu kita perlu menjaga gigi kita seperti bahagian lain kerana dengan senyuman kita itu membuat diri begitu berharga.
Pastikan gigi kita sentiasa bersih agar tiada masalah bau mulut yang boleh menghilangkan keyakinan diri.
Salah satu masalah bau mulut ini adalah berpunca dari karang gigi dan ia tidak boleh diambil ringan.
Karang Gigi ini juga dikenali sebagai kalkulus merupakan plak yang menempel di bahagian dalam dan depan gigi.
Jika dibiarkan ia akan mengeras dan akan mendatangkan masalah lain seperti bau mulut, gangguan pencernaan dan juga jangkitan pada gusi.
Untuk menghidari masalah tersebut, anda perlu membersihkan karang gigi yang sudah mengeras dan tebal.
Anda boleh atasi masalah ini dengan lakukan sendiri di rumah menggunakan bahan semula jadi iaitu garam.
Ditunjukkan di sini cara untuk menghilangkan karang gigi menggunakan garam.
1. Campurkan 1 sudu garam dan 1 sudu baking soda.
- Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes.
3. Basahkan berus gigi dan oleskan adunan pes tadi.
4. Gosok gigi anda dengan perlahan dan amalkan rutin ini hingga dapat kesan yang diinginkan.
Artikel Berkaitan: Cuba Buat Body Shea Butter Sendiri Untuk Kulit Cantik & Halus
SUMBER: VIA PETUA BONDA
Kekal Langsing & Ramping, Ini Tip Mudah Diet Untuk Turun 10kg Di Bulan Puasa

Ramadhan bakal tiba tak lama lagi guys. Pastinya ramai yang sedang sibuk melakukan persiapan untuk menyambutnya dan tidak kurang juga pasti ramai yang sudah merancang untuk menjaga diet pemakanan pada bulan Ramadhan nanti kerana merasakan lebih mudah untuk melakukannya pada bulan puasa. Betul ke?
Sebenarnya ianya boleh dilakukan dengan mudah jika kita mengikut cara yang betul. Sekiranya hijabi bertekad untuk melakukannya, bolehlah mengikut kaedah yang dikongsikan oleh Wani ini. Dia telah berjaya menurunkan sebanyak 10kg pada tahun lepas. Banyak tu!
Tips Diet di Bulan Ramadhan:
Wani berjaya turunkan berat 10KG tahun lepas dan tahun ni wani nak turunkan lagi 4KG. raya nanti boleh la pakai kebaya merah size xs.
So wani nak share tips dan cara wani diet sepanjang bulan puasa ni:
SAHUR (untuk sahur kena ambil carbo utk bekalkan tenaga seharian)
1. Boleh makan roti wholemeal, untuk roti wholemeal ni boleh makan dengan telur hancur ke ikut kreativiti masing2.
2. Ambil segenggam nasi biasa atau paling bagus untuk diet BROWNRICE.
3. Kurma rendam dalam air sebelum tidur dan makan masa sahur.
4. Biasanya wani ambil 3 roti wholemeal cicah dengan mila coklat, itu je. Kenyang sampai berbuka. Sebab dalam mila coklat slym ada rolled oat, badam, kurma so dah cukup bagi rasa kenyang dan bekalkan tenaga seharian wani. Kalori dalam mila coklat 110 kalori sahaja tapi kenyang macam makan nasi 200 kalori. Tapi kalau jenis kena makan nasi boleh ambil nasi takda masalah?
BERBUKA PUASA
1. Minum segelas air masak dan makan kurma (sunnah gais kena ikut pahala lebih)
2. Wani akan minum secawan mila coklat supaya wani rasa kenyang jadi nafsu nak makan itu ini dah berkurang.
3. Makan nasi segenggam, lebihkan sayur (ni memang letak banyak) ikan atau ayam. Better masak sendiri lauk2 ni dari beli dekat bazaar sebab bila masak sendiri lebih healthy dan rendah kalori.
4. TAK MINUM AIR MANIS LANGSUNG. Sebab ini la punca berat badan susah turun.
5. TAK AMBIL AIS LANGSUNG. Kalau nak minum sejuk2 letak la dalam peti ais.
6. TAK MAKAN KUIH MUIH yang manis itu. Benda2 manis semua wani elakkan kecuali kurma je wani ambil.
MOREH (biasanya lepas teraweh akan rasa lapar jadi perlu ada moreh kan?)
1. Boleh makan roti wholemeal letak peanut butter
2. Makan buah buahan. buah feveret wani adalah tembikai dan limau
3. Minum teh detox (takda gula gaiss, apa apa jenama pun takpe)
4. Atau boleh ratah lauk2 berbuka tadi tapi ratah lauk means ikan ayam je bukan ratah sekali kuah2nya okey.
Biasanya wani memang tak makan dah lepas berbuka sebab memang kenyang. Tapi wani nak bagi tips jugak untuk rujukan lain kodd kodd lepas terawih lapar kan?
Kalau larat korang exercise 20/30 minits setiap hari. Atau boleh gantikan exercise dengan kemas rumah asalkan berpeluh ye.
Okey itu je. Kalau ada apa2 soalan boleh tanya nanti wani jawab ye.
SHARE JIKA BERMANFAAT ?
-wani mustafa-
kredit: facebook Wani Mustafa
Buang Toksin & Bangkitkan Aura Seri Dengan Garam Bukit, Barulah Wajah Tampak Glowing

Elemen semula jadi di persekitaran kita semuanya boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan. Bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi dalam masa yang sama juga ia bersifat semula jadi kita tidak perlulah risau tentang kesan sampingan yang perlu kita hadapi.
Salah bahan alami yang boleh dijadikan sebagai rejim untuk perawatan kecantikan ialah garam bukit. Garam bukit adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia.
Garam bukit berfungsi sebagai pemangkin dalam tindak balas kimia, oleh itu garam bukit sangat diperlukan dalam proses penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Garam bukit juga kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.
Membelai tubuh tidak semestinya di pusat rawatan kecantikan atau spa saja. Faktor masa, kekangan wang dan jarak untuk ke spa ada waktunya menjadikan kita malas untuk keluar. Apa lagi jika hari itu tidak berteman.
Sesekali, tidak salah jika melakukan semuanya sendiri di rumah. Tentu sekali ia jauh menjimatkan dan anda boleh menikmati hari santai yang lebih panjang berbanding di spa.
Menggunakan garam bukit sahaja, anda boleh menikmati kenikmatan seperti mendapat perawatan di spa. Banyak sebenarnya kebaikan garam bukit dan ianya perlu ada di setiap rumah sebagai remedi utnuk penjagaan kesihatan dan juga kecantikan.
KEBAIKAN LAIN GARAM BUKIT:
Garam bukit juga dipercayai mengandungi banyak lagi khasiat, antaranya:
*Meneutral dan meningkatkan kualiti udara
*Mengurangkan pencemaran udara
*Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma
*Mempercepatkan proses penyembuhan luka akibat terbakar
*Memberikan kesan positif keatas tindakan kita terhadap perangsang deria
*Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara rumah
*Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh
*Melegakan resdung, migrain, pening kepala, demam panas dan serangan selsema
*Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosentrasi
*Meningkatkan kapasiti denyutan jantung
*Mengurangkan perasaan cemas/bedebar-debar
*Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah
Cara menggunkan garam bukit mudah sahaja sama ada semasa mandi atau hanya untuk rendaman kaki.
RENDAMAN KAKI:
1. Masukkan segenggam garam bukit dalam besen sederhana besar.
2. Campur dengn air suam. Rendam kaki selama 15 hingga 30 minit.
3. Ia dapat melancarkan perjalanan darah dan membuang toksin. Dalam masa yang sama, amalan ini dapat meredakan tekanan.
MANDIAN
1. Ambil segenggam garam bukit campurkan dengan ½ baldi air. Jadikan air tersebut sebagai bilasan terakhir setelah mandi.
2. Setelah itu lapkan sahaja badan. Ia dipercayai dapat menaikkan seri wajah dan membunuh bakteria.
Jom kita amalkan penggunaan garam bukit untuk meningkatkan aura positif di sekeliling kita.
Sumber kredit: Atie Ghani
Selain Penggunaan Produk Yang Salah, Ini Punca Lain Kenapa Kulit Muka Anda Sering Mengelupas!

Fitrah seorang wanita, memang suka pada kecantikan dan sentiasa mahu terlihat sempurna. Selalunya wanita memang sanggup menghabiskan wang semata-mata ingin terlihat cantik.
Tetapi, rata-rata produk kecantikan yang berada di pasaran juga memakan belanja yang besar. Bayangkan jika anda sudah berhabisan duit untuk mendapat kulit yang licin, tetapi tiba-tiba kulit mengelupas, memang terus potong ‘mood’. Nak bersolek pun akan terlihat ‘cakey’ dan ‘crack’. Ah, tidak!
Apa itu kulit mengelupas?
Pengelupasan kulit merupakan perkara biasa yang terjadi di mana-mana bahagian kulit tubuh badan termasuk pada bahagian wajah. Secara saintifiknya, kulit mengelupas dikenali sebagai “desquamation,” yang bermaksud kehilangan lapisan luar kulit.
Kalau kulit pada bahagian wajah yang mengelupas, seakan terkopek atau tertanggal memang boleh hilang keyakinan diri! Selain itu, pengelupasan yang juga disebut sebagai ‘facial skin peeling’ ini boleh mendatangkan kesan buruk lain seperti kemerahan, kegatalan, kesakitan dan keradangan. Jadi, apakah punca kulit muka mengelupas?
Artikel berkaitan: Tren K-Beauty Guna Sperma Salmon Untuk Kulit Cantik? Kim Go-Eun Turut Pakai Produk Ini
Punca masalah kulit muka mengelupas
Ramai yang menganggap masalah kulit muka mengelupas ini terjadi disebabkan kulit yang kering atau tidak lembap, tetapi sebenarnya ada banyak faktor lain. Berikut Hijabista senaraikan beberapa punca mengapa kulit anda mengelupas:
#1 Penggunaan produk yang salah
Perkara paling penting dalam pemilihan produk adalah mengelakkan bahan yang mengandungi merkuri, tretinoin dan hydroquinone. Bahan-bahan ini sangat berbahaya dan dilarang kerana mendatangkan pelbagai kesan buruk seperti kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, kulit pedih, ruam serta meningkatkan risiko kanser kulit.
Jika kulit muka anda sensitif dan mudah berjerawat, pastikan untuk pilih produk yang bersesuaian. Produk seperti losyen, moisturizer, toner atau lain-lain haruslah dipilih dengan berhati-hati. Ini kerana, kalau anda memilih produk yang salah, kulit muka anda akan mengelupas disebabkan mengandungi bahan yang tidak bersesuain untuk kulit sensitif seperti asid salisilik, benzoil peroksida, sulfonamida serta macam-macam lagi.
#2 Pendedahan sinar matahari yang berlebihan
Selain itu, kulit mengelupas juga disebabkan selar matahari iaitu sunburn. Di antara kesan fizikal yang paling sering dikaitkan dengan selar matahari adalah gatal-gatal, sakit, melepuh, bengkak, dan mengelupas.
Sel-sel kulit asli akan terbunuh disebabkan terdedah kepada sinar matahari yang berlebihan. Selepas sel kulit asli mati, ia akan digantikan dengan sel kulit yang baharu. Disebabkan itu, proses pengelupasan kulit wajah akan terjadi secara semula jadi. Oleh itu, pastikan anda memakai pelindung matahari seperti sunscreen atau sunblock yang mencukupi!
#3 Masalah kulit kering
Yang ketiga adalah tidak lain tidak bukan disebabkan oleh kulit wajah yang terlalu kering. Kekeringan pada kulit mengakibatkan sel-sel tidak mampu untuk melekat di antara satu sama lain. Seterusnya, ia akan menyebabkan pengelupasan kepada jaringan kulit asal.
Secara ringkasnya, kulit wajah kering dan mengelupas disebabkan kurangnya kelembapan pada wajah. Hal ini sering terjadi disebabkan beberapa faktor seperti cuaca yang terlalu sejuk. Contohnya, apabila anda pergi bercuti ke negara yang mempunyai iklim sejuk ataupun akibat duduk terlalu lama di bawah pendingin hawa (aircond).
Suhu pendingin hawa yang rendah boleh membuatkan kulit kering dan mengelupas serta menyerap lembapan dari udara di sekeliling lalu menyebabkan kulit anda menjadi kering dan tidak bermaya. Dalam masa yang sama, udara yang kering juga membuatkan mata mudah gatal dan merah-merah.
#4 Hipotiroidisme
Hipotiroidisme terjadi apabila anda mempunyai tiroid yang kurang aktif. Tiroid adalah kelenjar endokrin kecil berbentuk rama-rama di bahagian depan tekak anda, yang membantu mengawal proses metabolik, kardiovaskular, dan perkembangan tubuh badan anda.
Salah satu tanda-tanda penyakit ini adalah apabila kulit anda mula mengering lalu mengelupas disebabkan ketiadaan hormon tiroid yang sangat penting bagi proses pembentukan dan penggantian sel kulit baharu.
#5 Alergi, Ekzema dan Rosacea
Selain faktor diatas, terdapat beberapa faktor lain yang turut menjadi faktor kulit wajah mengelupas seperti:
- Alergi– Alergi adalah tindak balas berlebihan sistem imun terhadap bahan asing yang dianggap berbahaya. Untuk pengetahuan hijabi; selain produk, alahan kepada bahan seperti besi, logam dan plastik juga boleh menyebabkan masalah pengelupasan kulit.
- Ekzema – Ekzema adalah sejenia simptom keradangan dan kegatalan kulit. Jika anda penghidap ekzema, kulit anda akan senang mengelupas, merah, gatal, dan mengeluarkan nanah atau cecair
- Rosacea – Rosacea adalah satu penyakit kulit muka, individu yang menghidapi rosacea selalunya akan mempunyai kulit merah yang disertai dengan tompok-tompok seperti jerawat. Dalam keadaan ini, hipersensitiviti yang berlebihan menyebabkan kulit menjadi mengelupas, merah, gatal, dan berbenjol.
Itulah di antara punca pengelupasan kulit pada wajah. Namun, sekiranya kulit anda mengelupas dan mengalami simptom teruk, jangan lupa untuk rujuk atau meminta pendapat dan rawatan daripada pakar dermatologi!
Artikel berkaitan: Ingin Kelihatan Awet Muda Seperti Rakan Sebaya? Ini Essence Terbaik Kunci Kecantikan Wanita Korea Sesuai Untuk Hijabi Asia.
Sumber info dan gambar: Hello Doktor dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.