
Kebanyakan gadis mesti mahukan badan dan kulit wajah yang cantik. Pasti seronok jika berjaya mendapatkan kedua-dua ini bukan? Untuk mendapatkannya, anda perlu berusaha dan salah satunya cara anda boleh mengikut tips diet yang dikongsikan oleh Norafiza Mahmud ini.
Jadual diet kurus dan cantik kulit wajah.
Banyak menu diet yang dikongsi. Semuanya sangat menarik!
Bermula saat ini, hijabi semua bolehlah mengikuti tips menu sihat yang dikongsi ini. Dietnya sangat menarik dan lazat. Pasti tidak sukar untuk mengikutnya!
Rambut Kini Lebat Memukau Bila Guna Kiub Ais Limau Purut. Lelaki Ini Kongsi Caranya!

Tahukah anda bahawa limau purut bukan hanya boleh melazatkan masakan anda malah boleh juga melebatkan rambut. Bukan itu sahaja, kelemumur juga mampu dihapuskan oleh limau purut ini. Hebat bukan!
Untuk merawat rambut anda supaya lebih lebat dan sihat, anda bolehlah cuba mengamalkan kiub ais limau purut. Eh! bukan untuk dimakan tau tetapi untuk dilumurkan di seluruh kulit kepala. Jom kita lihat cara untuk menghasilkannya.
Hanya dengan 3 langkah mudah, kiub ais limau purut dapat dihasilkan.
Macam masak-masak pulak jadinya!
Wah, pasti terasa kesegarannya apabila dilumurkan di kulit kepala!
Kalau nak lihat hasilnya, kita haruslah konsisten mengamalkannya. Seeloknya lakukanlah 2 minggu sekali. InsyaAllah anda pasti akan dapat lihat perubahannya.
kredit: twitter @Hunain_
Tubuh Jadi Langsing, Perut Kempis & Wajah Tampak Awet Muda, Wanita Ini Kongsi Petua Jamu Asam Kunyit

Memiliki bentuk badan yang langsing dan menawan memang menjadi idaman ramai wanita. Ada yang sanggup mengeluarkan bajet yang tinggi semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing dengan potongan badan ala model.
Sebenarnya selain menggunakan cara moden, anda juga boleh mengamalkan cara tradisional dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Ia bukan sahaja tiada kesan sampingan namun dalam masa yang sama dapat menjimatkan perbelanjaan harian anda.
Berikut perkongsian Azwani Muzammel via Masak Apa Hari Ni (MAHN) tentang cara-cara membuat jamu untuk mengempiskan perut serta melangsingkan tubuh. Paling penting jamu ini hanya mengguakan bahan-bahan boleh di dapur sahaja.

Petua ini boleh diamalkan oleh kaum wanita dan juga lelaki. Petua mudah ini untuk kempiskan perut dan untuk kurus. Khasiatnya juga dapat mengeluarkan angin degil dan menghalang lemak terkumpul serta melancarkan pencernaan.
Ia baik juga untuk melancarkan darah uzur bagi kaum wanita. Malah dapat membantu menyihatkan dalaman dan luaran. Dan juga menjadikan awet muda jika diamalkan secara konsisten. InsyaAllah.
CARA MEMBUAT JAMU ASAM KUNYIT:
BAHAN-BAHAN:
3 inci kunyit
1 inci halia
Segenggam asam jawa
2 sudu gula melaka/ gula kabung
Sedikit garam
*boleh ikut citarasa
CARA MEMBUAT:
1. Halia dan kunyit ditumbuk dalam lesung batu. Boleh juga dikisar.
2.Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan juga air asam jawa yang sudah diramas.
3.Didihkan. Tapis dan saringkan. Boleh diminum dalam keadaan suam.
Mudah sahaja untuk membuatnya. Boleh juga diolah rasa ikut kesesuaian kita. Diamalkan mengikut keperluan pengamal.
HIJABISTA: Apa-apa jua petua perlulah diamalkan secara konsisten barulah ia menampakkan hasil. Memang cara semula jadi agak mengambil masa namun kesannya berpanjangan.
Sumber kredit: Azwani Muzammel via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Tak Semua Yang Serasi, Gadis Ini Share Tip Pilih Cleanser Ikut Kesesuaian Kulit Kita

Pencuci muka atau cleanser merupakan antara item produk penjagaan wajah yang wajib kita miliki di rumah. Iyelah, jika kita malas terlalu malas untuk mengamalkan rutin-rutin kecantikan yang lain, paling tidak pun cucilah muka kan. Jika kita menggunakan sabun mandian untuk bersihkan badan, mengapa pula tidak kebersihan kulit wajah?
Jangan abaikan kebersihan kulit wajah kita sis. Nanti bila kulit sudah mulai kusam, barulah nak rasa menyesal. Jagalah kecantikan kulit anda bermula dari sekarang. Bagi mengetahui jenis-jenis cleanser mengikut kesesuaian kulit kita, ikutilah penerangan yang dikongsikan oleh Syahira Aziz di Facebook ini.
Silap pakai boleh memberikan kesan buruk pada kulit.
Cleanser ada banyak jenis. So, kena pandai pilih sebab tak semua cleanser sesuai dengan semua jenis kulit.
Kalau salah pilih cleanser akan menyebabkan muka lebih berminyak, terus kering, berjerawat, kusam dan sebagainya.
Antara jenis-jenis cleanser yang ada mengikut jenis kulit yang sesuai. Lets check it out!
1. Oil Cleanser dan Balm Cleanser – Semua jenis kulit.
2. Foam Cleanser – Kulit kombinasi + berminyak
3. Cream Cleanser – Kulit sensitif + kering.
4. Gel Cleanser – Kulit normal, sensitif, kombinasi + berminyak
5. Milk Cleanser – Kulit normal, kering, sensitif dan kombinasi.
6. Facial Bars – Kulit kombinasi, berminyak + jerawat








kredit: facebook Syahira Aziz