“Hey Hijabista! Hari ni jom kita tengok tip untuk pilih style tudung mengikut bentuk muka korang!”
Mesti korang pernah beli tudung yang nampak cantik bergaya; tapi bila disarung pada wajah sendiri, hasilnya – “OMG! Macam labu Halloween muka aku. Bulatnya!”.Haa. Inilah antara kesilapan yang sering kita lakukan. Bila nampak orang lain pakai cantik, kita mula terpengaruh. Dengan confident-nya kita beli jenis tudung yang sama, walhal bentuk muka kita tak sesuai langsung dengan style tersebut.
Setiap mahkluk yang dijadikan maha Esa adalah sempurna, walaupun berbeza bentuk dan rupa, semuanya cantik-cantik belaka. Kita cuma perlu pandai enhance our unique features dengan tepat. Oleh itu, disebabkan bentuk muka kita ada yang bujur, bulat, bersegi, pemilihan style tudung yang betul memainkan peranan yang sangat penting. Jom, kita tengok tip di bawah:
Alahai, bertuahnya badan! Apa jenis fesyen tudung pun memang “ngam” untuk korang. Thanks to ciri-ciri seperti jarak rahang yang pefect, cheekbones tinggi serta kening dan panjang dagu yang seimbang. Pakai lah tudung ada awning ke, selendang ke, bawal ke, kembong ke, EH! Ada ke tudung kembong? Lol! Ok, ok. Pendek kata, muka bujur ni memang bertuah! Boleh gayakan apa juga jenis tudung yang latest dan trending!
Antara feature yang paling ketara adalah jarak dahi ke dagu yang sama dengan jarak kedua pelipis, serta kelihatan tembam ataupun berisi di pipi. Kalau korang suka pakai tudung awning, make sure bahagian tepi tudung tidak melepasi tulang pipi. Awning tu pun jangan pilih yang pendek, alamatnya nanti lebih terselah ketembamanmu!
Sesiapa yang muka berbentuk panjang, sangatlah lucky! Dengan dagu yang panjang dan runcing bak dicucuk botox, ini antara ciri utama yang menjadi idaman setiap wanita. Tip utama untuk korang adalah pemfokusan yang harus diberi pada bahagian atas tudung, iaitu dengan menggayakan tudung atau anak tudung yang melekap pada dahi, menghasilkan ilusi agar dahi tu tak kelihatan terlalu luas. Jangan pulak ditutup bahagian pipi, kerana bahagian itu penting agar muka tu tak nampak over panjang!
Dagu yang panjang dan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan pangkal rahang adalah ciri utama bagi wajah berbentuk hati. Oleh itu, always remember to find tudung yang boleh ditarik ke belakang sebanyak mungkin dan bertemu di bahagian leher untuk menyerlahkan bahagian rahang anda.
Seterusnya, pemakaian cekak sebelum anak tudung juga akan membantu untuk menampakkan kening anda seperti “terangkat” dan anak tudung yang bersifat net agar ruangan kosong di bahagian kanan dan kiri tampak berisi.
Bentuk muka ini berciri seperti pangkal rahang dan tulang rahang yang lebar dan kawasan dagu yang kelihatan rata. So, it is very important untuk belajar macam mana nak sorok bahagian rahang yang menonjol tu. Cara paling mudah adalah dengan memilih anak tudung yang boleh menghasilkan ilusi muka yang lebih panjang. Kemudian, kalau nak gayakan selendang, gunakan inner neck yang menutup bahagian bawah dagu. Elakkan style Turban kerana dahi yang luas tu akan nampak lebih luas macam landasan kapal terbang! Oh, TIDAK!
Okay, diharap perkongsian ni akan mengelakkan korang daripada jadi fashion victim! Jangan lupa share tip ni dengan geng hijabista yang lain tau. Sharing is caring, kan? Selamat melaram!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Diana Rafar, selebriti cantik ini baru sahaja melahirkan anak keduanya baru-baru ini. Ternyata rezekinya makin murah setelah melahirkan anak dan Diana juga kelihatan lebih maanis dan cantik. Rupanya Diana ada mengamalkan perkongsian beberapa zikir yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Berkongsi amalan ini yang dimuat turun di laman instagramnya dan jika diamalkan secara konsisten, insya-Allah rezeki akan datang tanpa disangka-sangka.
“Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah” (HR. At- Tabrani)
Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
“Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu”. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
“Barang siapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya” (HR. AtTabrani)
Barang siapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat”. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul).
“Barang siapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Doa Harian Menjemput Rezeki
Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.
Jika ada di bumi maka keluarkanlah.
Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkanlah.
Jika sedikit maka banyakkanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.
Heliza Helmi salah seorang artis yang kini dilihat begitu aktif dalam melakukan misi kemanusiaan. Melalui laman sosial instagramnya, penyanyi dan pengacara ini cukup aktif membuat kerja amal. Salah satunya adalah membantu misi kemanusiaan di Rohingya. Ternyata Heliza cukup terkesan dengan penderitaan yang dialami oleh masyarakat Rohingya yang ditindas di negaranya sendiri. Heliza dengan kerjasama MUSLIM Care Malaysia baru-baru ini telah berlepas ke Dhaka, Bangladesh untuk memberi bantuan kepada pelarian di sana.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Misi ini turut disertai Presidennya, Zulkifli Wahijan, sukarelawan yang disertai Exco Muslim Care dan juga empat doktor. Misi bantuan adalah bertujuan untuk membina 20 telaga tiub bagi kegunaan lebih 200,000 pelarian di Kem Balukhali dan KutuPalong di Cox’s Bazar Bangladesh. Juga turut memberikan rawatan perubatan juga pengagihan pek makanan di kem pelarian terbabit.
Melihat gambar-gambar dikongsi bersama Heliza, menunjukkan penyanyi comel ini sanggup mengetepikan penampilan glamour, untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi masyarakat Rohingya di sana.
Dalam satu postingnya, membuat netizen cukup terharu apabila melihat sekeping gambar Heliza sedang memeluk seorang kanak-kanak perempuan. Dia memberitahu dia bukanlah orang yang mudah menangis tetapi pagi itu air matanya bergenang sambil mengenangkan apa yang kanak-kanak ini makan untuk pagi, lenakah tidur mereka dan 1001 pertanyaan yang menganggu mindanya.
Dia juga yang bertindak sebagai sukarelawan misi kemanusiaan ini menceritakan pengalamannya yang tidak sempat untuk makan minum dan rasa haus yang hanya Tuhan yang tahu. Namun dia bersyukur kerana Allah beri kekuatan hingga tidak sedar seharian tidak menjamah makanan dan minuman.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Langsung Heliza terfikir bagaimana pula dengan pelarian yang berjalan 4 hari tanpa makan dan minum dengan membawa barang berat dan juga anak-anak. Berjalan bukan dekat tetapi hampir beratus-ratus kilometer mencari tempat perlindungan.
Ternyata pengalaman berada di sana hampir lima hari sebagai sukarelawan begitu menginsafkan Heliza. Mengenang betapa beruntungnya kita yang bangun sahaja tidur insya-Allah ada rezeki untuk makan dan minum, tetapi mereka belum tentu tidak. Kalau kita sakit ada ubat, tetapi masyarakat Rohingya ini hampir dikatakan tiada bantuan perubatan dan tidur mereka juga hanya berlantaikan tanah. Bumbung mereka pula beratapkan plastik dan juga sampah sarap. Meletakkan daun sebagai penyejuk khemah. Hatta mahu minum air putih juga agak sukar sekali untuk mendapatkannya.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Dia cukup terkesan melihat rata-rata anak-anak kecil tidak berbaju dan berseluar. Apatah lagi keperluan ‘pampers’ atau lampin, memang tidak ada di sana. Usahkan itu, berus gigi juga belum tentu ada. Segala-galanya ‘tiada’ yang tinggal untuk mereka.
Menurut Heliza lagi, ujian yang mereka lalui cukup hebat dan luar biasa. Malah mereka ini dilabel sebagai insan luar biasa. Dalam pada itu, Heliza cukup terharu sambutan yang baik diterima apabila anak-anak kecil mendahului mereka untuk memberi salam. Baginya setiap ujian yang hebat ini adalah untuk mendekatkan diri dengan pencinta dan tanda Allah sayang pada mereka.
Dalam catatannya lagi Heliza memberitahu dalam serba kedaifan itu di kem KutuPalong, terdapat sebuah pondok tahfiz kecil dan kedengaran suara merdu sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Biarpun status sebagai pelarian, tetapi tidak menghalang mereka untuk dekat dengan Al-Quran. Mereka belajar, menghafaz dan bacaan yang diperdengarkan sungguh sedap. Sekali lagi Heliza tidak mampu membendung air matanya yang tumpah di pipi ketika merakamkan mereka yang sedang membaca Al-Quran.
Dan dalam perkongsian ini turut dipaparkan bagaimana rupa telaga yang dibangunkan oleh Muslim Care sedalam 500 kaki dan dapat digunakan untuk keperluan harian, mengambil wuduk dan juga kegunaan lain. Air yang mengalir itu ibarat pahala buat anda yang telah menyumbang kepada penubuhan telaga ini sebagai bekalan di akhirat kelak.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Perkongsian pengalaman Heliza ke sana mendapat respon cukup positif dari netizen. Rata-rata mendoakan agar usaha dilakukan dipermudahkan Allah.
@njwa.nsuha21_ Ya Allah , kau permudahkan lah urusan mereka , bantu lah mereka yg dalam kesusahan,kesakitan,penderitaan dah kedukaaan.. Amin Ya Rabbal Alamin.. Terima kasih kak ija bawak hati kami ke sana
@marialove82 Moga Allah permudahkan usahamu sis….insyaalah sya berdoa semua umat Islam selamat sejahtera dimna jua…..
@amirrasy Allahu,,terima kasih kak heliza,,perkongsian yg sgt menyentuh hati dan menyentap fikiran untuk kembali mengenangkan betapa susahnya orang lain berbanding kita yg senang lenang ini,,di manakah syukur kita,?di manakah doa kita untuk mereka,?ayuh sama samalah kita,,
@surianisaedah Mashaallah tabarakallah.. Sungguh beruntungnya dirimu duhai adinda dapat mencurahkan bakti buat hamba2 Allah yang di dalam kesusahan. Mudah2an ganjaran syurga buat dik @nurhelizahelmi dan team. Semoga sentiasa berada dalam perlindungan Allah walau di mana saja kalian berada. Amin.. Allahuakbar!
Admin menyokong usaha yang dilakukan oleh Heliza walaupun dia seorang wanita dan juga selebriti. Usaha dan niatnya itu cukup murni. Penyanyi kecil molek ini juga turut mengalu-alukan sumbangan/bantuan yang boleh kita sebagai Muslim salurkan untuk masyarakat Islam Rohingya di sana.
Telekung merupakan keperluan bagi wanita untuk menunaikan solat. Untuk solat, wanita perlu menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, telekung ibarat pelengkap aurat wanita.
Hakikatnya, wanita juga boleh solat tanpa perlu memakai telekung, asalkan pakaian yang dipakai menutup aurat.
Yang menjadi persoalannya adalah mengapa ramai wanita masih lagi menunggu telekung jika mahu solat? Mengapa tidak terus solat sahaja? Bukankah aurat sudah ditutup, jadi mengapa tunggu lagi?
Ini persoalan yang ditimbulkan oleh seorang wanita bernama Sara. Keadaan ini sudah lama diperhatikan oleh Sara di surau-surau serta masjid-masjid. Sekiranya tiada telekung, maka terpaksalah tunggu hingga orang lain habis gunakan.
Menariknya, Sara juga turut menegur aurat wanita yang masih tidak tertutup sempurna walaupun bertudung. Semoga perkongsian Sara ini bermanfaat untuk hijabi di luar sana.
Assalamualaikum, saya Sara. Dah lama sebenarnya nak nasihat secara umum pasal ini. Telekung dan aurat. Sepanjang pemerhatian aku dekat masjid-masjid, surau-surau yang ada kebanyakannya telekung tu jadi syarat nak solat.
Takda telekung tak dapat solatlah, kena tunggu orang lain habis solat baru dapat guna bergilir-gilir. Sampai lunyai telekung tu dengan kesan mekap dan macam-macam peta.
Islam dah mudahkan. Asalkan kita pakai tudung dah tutup paras bawah dada dan tak nampak bentuk, baju bawah punggung dan tidak ketat, kaki bertutup (stokin), pakai kain(skirt), seluar pun boleh asalkan longgar dan tidak jarang. Cukup untuk bawa solat.
Jika tak cukup syarat diatas ketahuilah anda tak sempurna tutup aurat. Kalau aku ada tertinggal syarat tutup aurat bagitahu. (Silakan kecam aku tak kisah)
Dah baik, cukup syarat semua tu tak perlu lagi nak bawak telekung dalam beg sentiasa, tak perlu lagi nak tunggu orang lain nak guna telekung, tak perlu pakai telekung yang tak berbasuh dan penuh dengan kesan mekap. As simple as that. Solatlah dengan selesa.
Tapi aku tahu ramai suka mekap dulu baru boleh siap pakai tudung. No problem. Korang ambik wuduk then pakai mekap dan pakai la tudung dan pakaian yang boleh bawa solat. Boleh je. Tapi bab mekap yang tak halal dan tak boleh bawa solat tu aku tak nak sentuh bab tu sebab dah lari topik. Kalau ada nak ulas pasal tu silakan.
Aku tegur sini sebab aku tak mampu nak nasihat seorang demi seorang. Aku tak nafikan telekung tu memang perlu kalau pakaian kita ada najis atau kotor dan kita tak yakin pakaian kita bersih nak guna untuk solat, bolehla pakai telekung.
Kang orang kata aku matikan adat melayu pulak sebab itu amalan pakai telekung adat orang melayu dari dulu sampai sekarang. Tapi negara lain takda pun istilah pakai telekung bila nak solat.
P/S: Aku kat sini bukan nak tunjuk pandai, alim bagai semua tu. Ini hakikat dan kenyataan yang nyata. Kalau nak terima silakan. Berlapang dadalah. Kalau taknak aku tak rugi dan aku dah sampaikan apa yang perlu sebab agama itu nasihat.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!