Jika anda berhajat untuk menurunkan berat badan, pastikan anda mendapatkan maklumat dan info terlebih dahulu. Apa jua yang kita lakukan mestilah dirancang bagi mendapatkan hasil seperti yang diinginkan.
Tidak dapat dinafikan ada berbagai jenis diet yang boleh diamalkan namun jika anda ingin mengamalkannya biarlah sesuai dengan diri anda. Luangkan sedikit masa untuk membuat kajian tentang kaedah-kaedah pelbagai jenis diet kemudian barulah pilih yang mana satu yang akan anda praktikkan.
Ramai yang tanya pasal diet yang turun hingga 6 kg. Sebenarnya, itu adalah ‘experimental’ diri sendiri dengan GM DIET.
Apa itu GM DIET ?
GM = General Motor
Diet GM pertama kali diasaskan khusus untuk para pegawai di perusahaan General Motors, Amerika Syarikat.
Diet ni merupakan program diet 7 hari yang diuji oleh John Hopkins Research Center. Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kesegaran di pengurusan General Motors, sekali gus menaikkan daya saing produk di perusahaan General Motors.
Diet GM ni sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara cepat tanpa rasa lapar. Diet ni mampu menurunkan berat badan sekitar 5-8 kg dalam tempoh seminggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta mampu memperbaiki pola makan seseorang.
Diet ni dilakukan dengan menu yang telah ditetapkan. Selama diet ini berlangsung, anda harus minum air kosong minimum 8 gelas setiap hari dan tidak boleh minum minuman manis.
Diet GM boleh diulang sekali sebulan tanpa mengganggu keseimbangan gizi.
HARI PERTAMA
• Buah-buahan kecuali pisang.
Di hari pertama ini hanya dibolehkan makan buah-buahan. Semua buah kecuali pisang. Digalakkan makan lebih buah tembikai. Boleh makan kerap hingga kenyang.
HARI KEDUA
• Sayur-sayuran
Hari kedua hanya dibolehkan makan sayur-sayuran. Apa saja jenis sayur baik mentah ataupun dimasak. Boleh dimasak tumis, sup ataupun rebus. Boleh juga dibuat pecal cuma hadkan kekacang.
IKLAN
Digalakkan sarapan dengan kentang rebus.
Tiada had jumlah ataupun jenis sayuran. Boleh makan kerap hingga kenyang.
Di hari ketiga boleh mencampur menu sayur-sayuran dan buah-buahan. Tiada had jumlah dan boleh makan sebanyak yang diinginkan.
HARI KEEMPAT
IKLAN
• Pisang • Susu rendah lemak
Di hari keempat, perlu makan 8 biji pisang serta 3 – 4 gelas susu rendah lemak. Tidak boleh makan makanan lain pada hari ini. Sekiranya anda allergi terhadap susu lembu (Lactose intolerance), boleh gantikan susu rendah lemak dengan susu kacang soya.
Bagi yang tidak suka atau tidak boleh makan pisang, boleh digantikan dengan jambu batu, buah kiwi ataupun tembikai.
HARI KELIMA
• Makanan dari sumber protein • 6 biji tomato
Pada hari ini, anda boleh ambil 560 gram sumber protein seperti daging lembu, ikan ataupun ayam tanpa kulit. Dimakan bersama dengan 6 biji tomato.
Daging hamburger atau Meet ball dibolehkan. Tingkatkan pengambilan air putih untuk memudahkan sistem pencernaan.
IKLAN
Bagi yang vegetarian, daging boleh digantikan dengan tempe.
Pada anda yang tidak suka tomato, boleh gantikan dengan belimbing.
HARI KEENAM
• Makanan dari sumber protein • Sayur-sayuran
Di hari keenam ini, anda boleh memakan kombinasi daging, ayam tanpa kulit atau ikan bersama sayur-sayuran. Tiada had jumlah. Boleh makan hingga kenyang.
HARI KETUJUH
• Nasi beras perang / parboiled • Jus buah • Sayur-sayuran
Merupakan hari terakhir dalam GM diet. Hari ketujuh merupakan hari kembali pada pola makan yang biasa. Mulai dengan satu mangkuk nasi beras perang (sebesar penumbuk), dimakan bersama sayur serta jus buah.
NOTA TAMBAHAN :
*GM diet ini cukup dilakukan sebulan sekali.
*Jangan ambil minuman & makanan bergula sepanjang GM diet.
*Selesai 7 hari GM diet, teruskan dengan memilih diet suku suku separuh, atkins fasa 4, eat clean ataupun intermitten fasting untuk maintain berat badan.
HIJABISTA: Usaha untuk menurunkan berat badan memerlukan usaha yang konsisten dan kesabaran yang tinggi. Jangan ambil jalan mudah dengan cara mengambil pil diet dan sebagainya. Biar lambat, asal selamat.
Tidak susah sebenarnya untuk menurunkan berat badan dan mendapat berat ideal. Salah satu caranya hanya dengan mengamalkan diet eat clean. Diet cara ini boleh dilakukan sama ada masak sendiri atau memilih makanan yang memang dikenal pasti menyihatkan. Melalui perkongsian di laman sosial facebook, wanita ini Aimi Nawi berkongsi pilihan bahan makanan sihat yang boleh didapati dari pasaraya besar.
Menurutnya apa yang difahami tentang diet sihat bukanlah kita anggap makan istimewa atau sejenis yang pelik-pelik atau lain dari orang lain, tetapi kena pilih bahan makanan yang lebih baik saja.
Bahan yang dipilih ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga secara tidak langsung akan membuatkan badan kekal langsing.
Jika sudah mendapat berat idaman, teruskan dengan amalan pemakanan bahan produk sihat yang dicadangkan ini. Paling penting stok makanan bahan dapur ini perlu disimpan dan wajib ada di rumah untuk amalan gaya hidup lebih sihat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
BARANG DIET PILIHAN DAPURSIHAT
Hari tu jalan-jalan dekat Tesco sempat lah snap gambar-gambar beberapa barang diet yang saya guna dari dulu sampai sekarang. Nak share dengan geng #eatandslim tapi takpe kita share sini je bagi ramai lagi dapat manfaat.
Bila diet sihat ni bukannya kita makan special sangat or makan pelik-pelik dari orang lain pun. Kita cuma kena pilih bahan makanan yang lebih baik je.
Selalunya kita nak yang low GI supaya kita kenyang lama. Kita nak yang takde added sugar sebab kalau perlu kita tambah sendiri je gula baru boleh control kuantiti.
Tu je. Takde pelik sangat. Dan bahan-bahan ni pun bagus untuk kesihatan. So dah kurus pun teruskan lah cara yang sama baru boleh maintain berat.
8 dari 10 orang yang turun berat akan naik balik berat dia dalam tempoh setahun. Haa awak nak ke jadi macam tu? Penat je diet kan.
Kalau tak nak pesanan penaja Dont do diet but change your way of eating☺️
Ni saya suka buat snacking bila kadang teringin nak makan something sweet. Masalahnya sedap sangat 2 keping rasa tak cukup. Haha so be careful lah naa
2. COFFEE
Siapa suka minum Coffee tu nah boleh try instant coffee Essenso ni. 1 sachet baru 7kcal. Coffee juga bantu boost metabolisme tapi dengan syarat gula jangan lah bersudu-sudu.
Nak letak gula max 1 tsp. Nak ala-ala white coffee tu tambah fresh milk. Susu pekat manis a big NO okay. Nak kurus kan?
Kebanyakan orang boleh ambil maximum 6 tsp (sudu kecil) gula tambahan je sehari. Tapi majoriti ambil kita gula 4-5 ganda dari tu
Siapa kata diet tak boleh guna minyak. Boleh tapi hadkan maximum 1 tbsp per serving. Maknanya sekali masak tu guna 1 tbsp je lah.
Minyak dekat pasaran ada 2 jenis. Satu macam botol kiri tulis Minyak Sawit Olein Bertapis. Dan satu lagi belah kanan tu campuran minyak sawit dan minyak lain dinamakan minyak sebatian.
3. MINYAK MASAK
SEBAIKNYA guna yang belah kiri which is minyak sawit olein tu.
Tapi jenis minyak ni tak significant sebab yang penting control KUANTITI penggunaan.
Kebanyakan orang boleh ambil maximum 2 tbsp (sudu besar) minyak je sehari. Sebab tu nak kurus kena kurangkan sangat makanan bergoreng.
My choice is coconut oil tapi kalau nak deep fry guna minyak sawit je sebab murah sikit
4. MAYONIS
Mayo brand Kewpie. Warna pink mayo Low Fat. Warna merah yang biasa.
Pink rendah kalori, rendah lemak, tinggi karbohidrat
Merah tinggi kalori, tinggi lemak, rendah karbon.
Nak pilih mana satu? Kalau saya mana-mana pun boleh sebab yang penting KUANTITI. Mayo hadkan 1 tsp per serving.
Tapi kalau dah contoh sandwich tu letak cheese atau protein tu dah goreng ke, tak perlulah letak mayo. Nak diet meal kena balance. Jangan semua benda nak letak.
5. SOS PERASA
Ni antara sos yang selalu guna dalam meal#dapursihat
Kalau orang diet Eat Clean tak boleh la kot kan ambil sos macam ni.
Tapi sebab saya bukan buat Eat Clean. Saya cuma healthy & balance diet.
So sos boleh guna yang penting kawal KUANTITI.
Sos limit maximum 3 jenis sos. Dan hadkan penggunaan 1 tbsp sos je per serving. Kalau nak guna sampai 3 sos pun total combine max 1 tbsp juga. Lagi kurang lagi bagus
6. BERAS
Kebulur la ahkak kalau diet tak makan nasi kan. Bagi yang nak belajar kurangkan portion nasi tu ahkak advice makan Beras Parboiled ni.
Ada macam-macam brand tapi yang brand Jati tu paling murah (5kg dalam RM20). Jasmine dan Faiz mahal sikit.
Beras parboiled ni bagusnya GI rendah. Jadi makan sikit pun kenyang. Sesuai la untuk orang diet kena kurangkan portion nasi.
Beras parboiled ni ada khasiat macam beras perang tapi rasa macam beras putih. Kebanyakan orang kata beras perang tak sedap. So makanlah beras parboiled. Khasiat beras perang tapi rasa beras putih.
Untuk yang ada masalah kencing manis pun digalakkan guna beras parboiled.
7. JAM
Jam biasa dekat kedai tu semua tinggi gula. Yang guna High Fructose Corn Syrup atau Dextrose pun banyak. Tak nak tau.
Nak jam beli yang brand St.Dalfour ni. NO sugar added. Natural sweeteness dari buah je.
Mahal sikit. Tapi sihat dan kalori pun rendah.
8. JAM
Ni satu lagi jam brand Steffi. Walaupun tulis no sugar added tapi tengok ingredient ada guna maltitol syrup which is sejenis gula alkohol.
Walaupun alkohol tapi dia bukan alkohol yang memabukkan tu.
Gula alcohol ni bersifat low GI cuma dalam steffi ni guna maltitol yang GI dia tinggi sikit dari gula alkohol lain tapi still low GI.
Cuma as warned dekat botol tu kalau consume banyak sangat boleh ada laxative effect (cirit). Ada orang akan bloating, badan berangin etc.
9. GARAM
Ni garam bukit warna pink tu. Benefit nya, ada sedikit mineral lain. Tapi bab garam ni pun sama. Jenis tak lah main peranan sangat sebab yang penting KUANTITI. Jadi guna sesikit yang boleh.
10. WRAP
Ahkak dinner suka makan wrap. Cepat. Sebab malas nak masak?
Wrap digalakkan guna yang Wholegrain atau 6 Grains. GI lagi rendah, so kenyang lama
11. ROTI
Haaa ni roti special sikit. Harga pun mahal sikit. Ada pek merah dengan pek hijau.
Kalau agak-agak nak makan yang special tu make sure pilih pek HIJAU ya. Yang Multigrain and Seeds tu. Sebab GI dia lagi rendah, kenyang lama.
12. ROTI
Saya guna roti Wholemeal ni je dekat rumah. GI rendah, lagi mengenyangkan.
Beza sangat kalau makan roti putih. Tapi nak diet makan roti putih pun tak salah cuma roti Wholemeal ni lagi menyenyangkan untuk orang diet.
13. SUSU
My choice always Fresh Milk je. Jenama Farm fresh or Tesco. Dua-dua sedap.
Susu marigold HL tu pulak saje nak tunjuk. Walaupun duduk dekat tempat sejuk tapi bukanlah 100% fresh milk tau.
Tengok yang farm fresh tu ingredient tulis 100% fresh cows milk. Yang susu HL tu banyak bahan dia.
So kalau betul nak minum fresh milk cari yang ingredient 100% cows milk je. Macam HL tu susu yang diproses lah. Still boleh minum je
14. OAT
Sebaiknya guna oat jenis ROLLED OAT. Kenyang lagi lama. Tapi kalau nak guna instant oat pastikan plain bukan yang 3 in 1 tu sebab banyak gula dalam tu.
15. BIHUN
Nak bihun the best cari yang bihun dari beras perang yang rendah GI macam ni.
Bihun biasa yang putih tu GI tinggi. So kita makan sikit tapi kurang kenyang. Cuma kalau nak jugak boleh tapi mesti follow rule PingganSihat. Mesti ada protein dan a lot of veggies. Baru boleh rendahkan GI hidangan tu. Baru kenyang lama.
16. MEE
Diet nak makan mee? Boleh. Nah guna Vit’s Ramen Mi Kuning ni. Lagi menyenyangkan dari mee kuning biasa. Dan low fat.
17. SOS
Nandos ni sebab sos dia agak sihat dan rendah kalori. Tapi personallly saya tak minat pun. Kalau makan sandwich or wrap sama ada guna #chilijamby #dapursihat or guna je sos cili life tu tapi hadkan 1/2 tbsp. Sebab sos cili manis, tinggi gula.
18. PITA
Jemu makan sandwich. Jemu makan wrap. Boleh try buat menu pita pulak. My choice pita wholemeal. Kenyang lama.
19. BAKED BEANS
Beans & lentils bagus tau untuk orang diet. Buat baked beans makan dengan 2 keping roti dan 1 bj telur separuh masak so yummmy?
My choice Heinz No Added Salt.
20. TUNA
Guna yang tuna in water tak kisah brand apa pun. Tak nak yang in oil or mayo ke apa.
21. YOGURT
My favorite plain Fresh Yogurt brand Sunglo. Atau boleh juga plain Greek Yogurt. Letak fresh fruit, letak#homemadepeanutbutter by #dapursihat pun dah sedap.
Beza fresh yogurt dengan greek yogurt ni fresh yogurt lagi rendah protein dari greek yogurt. Tapi kurang masam.
22. CHEESE
My choice Bega Super Slim sebab lagi rendah kalori
23. SALAD DRESSING
Guna brand Kewpie tapi had 1 tsp je tau. Tapi lama-lama buat sendiri je salad dressing guna Fresh yogurt mix dengan Apple cider, sedikit salt dan sedikit P3 sweetener or gula.
24. COKLAT
Perempuan dan coklat mana boleh dipisahkan ?tapi tengah diet tu nak makan coklat cari Dark chocolate dan at least 70% Cocoa. Dalam gambar tu 72% cocoa. 1-2 bar kecik tu je ya limit nak makan. Bukan 1 peket
25. AYAM
Kena belajar makan ayam dada sebab kurang lemak, tinggi lean protein. Paling elakkan chicken wing.
26. PEANUT BUTTER
Cari yang no added sugar dan kalau boleh cari yang no hydrogenated oil.
27. CEREAL
Nak makan cereal untuk breakfast better cari yang Weetbix ni. Makan ni sangat lah mengenyangkan.
28. CHICKEN MEATBALL
Bebola biasa tu selalunya isi ayam or daging dia dalam 30% je. Selebihnya lemak dan bahan-bahan lain macam filler, preservative.
So ni antara option sihat sebab guna 100% isi ayam
29. PASTA
Macam-macam brand guna tapi antara yang selalu guna Tesco organic wholewheat ni. Lagi tinggi fiber dan kenyang lagi lama.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Baking soda adalah salah satu produk paling serba boleh yang ada di dapur anda. Sama ada menggunakannya dalam membakar kek atau petua-petua yang mempunyai banyak kegunaan praktikal.
Tetapi jika anda tidak pernah mencuba memasukkannya ke dalam rutin penjagaan kulit, mungkin anda akan ketinggalan. Baking soda boleh dicampurkan ke dalam lulur pengelupasan, topeng muka yang mencerahkan, atau rawatan untuk jerawat. Yang perlu anda ketahui adalah ramuan yang tepat untuk mencampurkannya untuk mendapatkan faedah yang paling banyak untuk kulit anda.
Mengelupas dengan baking soda
Sumber gambar: E-Medical
Campurkan baking soda dengan madu organik. Letakkan 1 sudu teh baking soda di telapak tangan anda. Tambahkan 1 sudu besar madu organik dan gunakan jari anda untuk menggabungkan keduanya dengan teliti untuk membentuk pes.
Madu mempunyai sifat antikulat dan antibakteria yang menjadikannya ramuan yang ideal dalam lulur wajah untuk kulit yang berjerawat.
Madu juga mempunyai sifat pelembab, jadi lulur juga berfungsi dengan baik untuk kulit normal hingga kering.
Sekiranya anda tidak mempunyai madu, gantikan dengan 1 ½ sudu teh air.
Urut perlahan campuran baking soda ke atas kulit anda. Apabila telah menggabungkan baking soda dan madu, gunakan jari anda untuk mengurut campuran tersebut dengan teliti ke wajah. Gosokkan lulur ke kulit anda dengan gerakan melingkar untuk membantu melonggarkan kulit mati. Diamkan campuran di kulit anda selama 1 minit.
Jangan gosokkan lulur terlalu kasar pada kulit kerana boleh menyebabkan kegatalan dan kemerahan.
Bilas wajah sehingga bersih. Setelah campuran baking soda menempel pada kulit wajah selama seminit, gunakan air suam untuk membilasnya. Pastikan Bilas dengan bersih sehingga anda tidak meninggalkan sisa pada kulit.
Sekiranya menghadapi masalah untuk membilas wajah, anda boleh melembapkan kain lap microfiber dan menggunakannya untuk menghilangkan lulur.
Sapukan toner, serum mahupun atau pelembap rawatan kulit anda yang biasa setelah membersihkannya. Kulit anda akan menyerap produk dengan lebih mudah kerana lulur telah menghilangkan sel-sel kulit mati dari wajah anda.
Baking soda Mencerahkan Kulit
Campurkan baking soda, jus lemon dan madu. Dalam mangkuk kecil, campurkan 1 hingga 2 sudu besar baking soda, jus dari setengah lemon dan 1 sudu teh madu. Kacau rata untuk memastikan ramuannya digabungkan sepenuhnya.
Perlukan konsistensi kepekatan. Mulakan dengan 1 sudu besar baking soda dan tambahkan lebih banyak lagi jika campurannya berair.
Jus lemon segar berfungsi paling baik, tetapi anda boleh menggantikan jus yang sedia ada di dalam peti sejuk anda. Masukkan satu sudu teh jus ke campuran.
Sebaik sahaja mencampurkan bahan ke dalam pes, sapukan topeng dengan teliti ke wajah anda. Urut ke kulit dengan gerakan melingkar dan biarkan di wajah anda selama 5 hingga 15 minit.
Pastikan bermula dengan kulit bersih semasa anda memakai masker.
Adalah normal jika masker menyebabkan kesemutan dan pengetatan. Namun, jika kulit terasa seperti terbakar, segera basuh wajah anda.
Basuh masker dengan kain lap yang lembap. Setelah anda membiarkan topeng itu duduk di kulit anda selama beberapa minit, basuh kain lap yang bersih dengan air suam. Gosokkan kain secara perlahan ke wajah anda untuk menghilangkan topeng sepenuhnya.
Gunakan gerakan bulat dengan kain semasa anda menanggalkan topeng.
Bilas wajah dengan air sejuk dan sapukan pelembap. Apabila anda menanggalkan topeng dengan kain lap, percikan wajah anda dengan air sejuk untuk membilasnya pada kali terakhir. Seterusnya, sapukan pelembap kegemaran anda untuk membantu menghidrat dan menenangkan kulit.
Baking soda Merawat Jerawat
Campurkan baking soda dengan air. Letakkan satu sudu teh baking soda dalam mangkuk kecil. Perlahan-lahan campurkan air ke baking soda, tambahkan air secukupnya untuk membentuk pes. Gunakan sudu untuk mengaul campuran dengan teliti.
Sekiranya anda terlalu banyak tambahkan air ke dalam campuran dan menjadi berair, taburkan sedikit lagi baking soda ke dalam mangkuk sehingga anda mencapai konsistensi seperti pes.
Sapukan pes pada cela dan biarkan kering. Setelah mencampurkan pes baking soda, sasarkankan kawasan di mana anda mempunyai jerawat. Tidak perlu menyebarkannya ke seluruh wajah yang mungkin akan mengeringkan kulit anda, jadi letakkan pes pada jerawat tertentu. Biarkan pes menempel di kulit selama 15 minit atau sehingga kering sepenuhnya.
Pastikan tangan anda bersih semasa anda meletakkan pes ke wajah.
Bilas pes dengan air suam. Apabila pes betul-betul kering, basuh dengan air suam. Anda mungkin perlu menggunakan kain lap yang lembap untuk menghilangkan pes sepenuhnya, tetapi jangan gosok terlalu kasar yang boleh merengsakan kulit. Keringkan wajah anda dengan tuala bersih.
Setelah mencuci topeng, ada baiknya menggunakan pelembap bebas minyak.
Gincu memang menjadi item wajib yang perlu ada dalam beg tangan kita setiap kali keluar rumah.
Rasa tak lengkap dan wajah pucat jadinya jika tidak mengenakan gincu tatkala bersiar-siar di luar.
Yang menjadi masalah adalah untuk memilih warna gincu yang sesuai mengikut tona kulit kita.
Pastikan anda tahu tona kulit anda terlebih dahulu sebelum membeli gincu yang baru. Ini ada beberapa tips untuk anda.
Tona kulit cerah
Buat gadis berkulit cerah, warna gincu yang terbaik untuk anda adalah rona nude. Rona nude seperti peach atau merah jambu memang sesuai untuk anda.
Elakkan memilih rona coklat gelap dan burgundy. Sesekali tampil dengan rona merah untuk kelihatan lebih anggun dan seksi.
Tona kulit kuning langsat
Gadis yang memiliki tona kulit ini sesuai dengan kebanyakan warna gincu. Rona coral merupakan warna yang terbaik untuk anda. Selain itu, rona bronze dan warm pink juga sesuai dengan tona kulit ini.
Cuma, sebaiknya elakkan memilih gincu rona coklat dan ungu kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak lebih pucat.
Tona kulit sawo matang
Rona nude, oren dan merah jambu merupakan rona pilihan yang paling sesuai untuk anda dan boleh dipakai setiap hari. Merah antara warna yang perlu dielakkan untuk tona kulit anda.
Selain itu, elakkan juga memakai rona ungu dan kuning kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak seperti sedang sakit.
Tona kulit gelap
Sekiranya anda memiliki tona kulit ini, lipstick rona coklat, plum atau merah merupakan pilihan yang terbaik.
Untuk waktu siang, anda boleh memilih rona coklat karamel atau pecah. Manakala untuk waktu malam pula anda boleh cuba mengoles rona merah wine.