Apabila menyambut Hari Raya Aidil Fitri, untuk hijabi tudung memberikan peranan yang besar bagi memberi kontras warna pada muka. Oleh itu,  kita hendaklah mengetahui peranan tudung berwarna memberi kesan yang lain-lain.

Wanita mahu kelihatan cantik, terutamanya apabila mereka dikelilingi oleh orang lain. Mereka sering cuba mencipta detik indah pada setiap acara yang mereka pergi.

Artikel Berkaitan : Rahsia Berseri Di Hari Raya, Pilih Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Tona Kulit & Personaliti

Jika anda ingin kelihatan terbaik semasa Aidilfitri, berikut adalah beberapa petua.

1.Pemilihan Bedak atau Foundation Yang Tepat

Jika memilih warna yang agak cerah, atau khususnya tudung berwarna putih pastikan menggunakan dua tone cerah dari kulit asal sebenar anda. 

Ianya akan mencerahkan kulit berbanding memakai tone kulit sebenar anda yang mungkin melihatkan anda agak gelap. 

IKLAN

Jika anda menggunakan asas solekan yang baik, ia akan membantu solekan anda kekal di tempat pada hari yang panas.

Menjadikan solekan anda tahan lebih lama adalah penting. Lebih-lebih pada hari raya,  base solekan yang terlalu banyak boleh menyebabkan ia kelihatan lebih tebal dan lebih pudar.

  1. Pemilihan Warna Eyeshadow, Blusher, Lipstick dan Mascara. 

Untuk mendapatkan kesan yang natural, bagi orang asia kita hendaklah mencari tona dasar warna kulit kita dan ianya lebih kepada yellow-orange. 

Bagi orang asia, kategori warm ini sangat lah sesuai. Contoh seperti warna merah bata, kuning tanah dan sebagainya. 

IKLAN

Tetapi, untuk orang yang mahu extra pemilihan kategori cool warna-warna yang berlawanan dari kategori warm tadi. Seperti warna biru, merah jambu. Ianya akan memberi kesan yang dramatik dan ekstra dipagi raya. 

Terpulang kepada individu itu masing-masing mana satu pilihan warna yang dimahukan. 

  1. Bertudung Kemas

Di Hari Raya, sudah tentu kita hendaklah memakai tudung yang kemas dan senang di bentuk. 

IKLAN

Jika anda memakai baju bercorak, cuba padankan dengan selendang polos. Jangan pakai baju dengan corak yang berbeza, nanti nampak macam terlalu sarat. 

Cara menggunakan tudung bawal dan selendang terpulang kepada anda. Anda boleh menggunakannya dalam pelbagai cara untuk menjadikan seni dan anda kelihatan istimewa.

Artikel Berkaitan : Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini Tawar 100 Koleksi Busana Syawal Mampu Milik!

Tetapi anda masih boleh menjadikannya kelihatan bergaya dengan mengikuti petua yang telah kami kongsikan. 

Apapun, cuba berpakaian dengan cara yang membuatkan anda kelihatan elegan dan menarik. Dan akhirnya, pastikan anda menikmati masa anda bersama keluarga dan rakan-rakan!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI