Bila sebut sahaja tentang kanser, pasti semua sudah kecut perut. Tentulah takut kan sebab ia merupakan antara penyakit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat sejak daripada awal lagi.

Selain kanser payudara, antara kanser yang digeruni oleh wanita adalah kanser serviks. Kanser serviks merupakan kanser yang menyerang pada bahagian pangkal rahim.

Kanser ini berpunca daripada virus HPV yang boleh menyerang melalui hubungan seksual. Salah satu cara untuk mencegah kanser ini adalah melalui suntikan HPV.

Katanya, kanser serviks juga boleh terjadi sekiranya ‘Miss V’ tidak dijaga dengan betul. Oleh itu, ayuh kita lakukan 7 cara mudah untuk menjaga kebersihan ‘Miss V’ demi mencegah kanser ini daripada berlaku.

IKLAN

1. Bersihkan ‘Miss V’ Dengan Betul

Ketika anda membersihkan ‘Miss V’, basuh bermula daripada hadapan ke belakang supaya bakteria di bahagian belakang tidak berpindah ke ‘Miss V’ anda.

2. Jangan Guna Tuala Atau Tisu Berulang Kali

Selepas membersihkan ‘Miss V’, anda perlu mengeringkan bahagian tersebut agar tidak lembap. Jika lembap, ia akan mudah dijangkiti kuman atau bakteria.

IKLAN

3. Cuci Tangan Sebelum Membersihkan ‘Miss V’

Pastikan tangan anda sentiasa bersih ketika mahu mencuci ‘Miss V’ kerana ia merupakan bahagian sensitif yang mudah dijangkiti bakteria dan penyakit.

4. Jangan Berkongsi Seluar Dalam

Alamak, a big no! Anda tidak digalakkan langsung berkongsi tuala atau seluar dalam dengan orang lain kerana anda tidak tahu sama ada mereka dijangkiti virus atau tidak. Sekiranya anda berkongsi, dibimbangi virus tersebut akan lebih mudah menyerang tubuh anda.

IKLAN

5. Pilih Material Seluar Dalam Yang Tepat

Sebaiknya, gunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas kerana ia mampu menyerap peluh. Elak daripada memakai seluar dalam yang terlalu ketat supaya bahagian intim anda tidak terasa lembap.

6. Jika Lembap, Segera Ganti Seluar Dalam

Apabila ‘Miss V’ anda terasa lembap dan ada keputihan, segera ganti seluar dalam anda. Menukar seluar dalam lebih baik daripada memakai pantyliner terutama pantyliner yang mempunyai bau wangi.

7. Jaga Kebersihan Terutama Ketika Haid Atau Dijangkiti Kuman

Ketika haid, risiko dijangkiti kuman adalah tinggi berbanding kondisi normal. Ketika anda datang bulan, gunakan pembersih khusus wanita yang mengandungi Povidone Iodine 10% iaitu antiseptik yang bertindak membunuh bakteria penyebab infeksi.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI