Ramai yang suka untuk mengabaikan pemilihan kasut yang sesuai untuk memelukan aktiviti. Tahu tak, kalau di soal hampir 10 orang, 8 darinya memilih untuk memakai kasut yang cantik dan menarik walaupun kaki akan sakit!

Betullah orang kata istila “Beauty is Pain” tapi sanggup ke anda nak berjalan terhencut-hencut di hari seterusnya. Memang tak stail dan nampak pelik tahu!

Kaki Pun Perlu ‘Healing’ Dan Selesa!

Sakit kaki adalah suatu perkara yang paling kita nak elakkan supaya pergerakan kita tak terbatas. Bayangkan kalau anda dah bergaya sakan dengan kasut yang cantik tapi asyik sakit kaki sahaja, sudahnya pergerakan anda di kemudian hari akan terbatas.

Gambar di atas menunjukkan beberapa penyakit kaki yang boleh ‘mencacatkan’ pergerakan serta kesihatan kaki anda. Jadi macam mana nak elakkan perkara ini dari berlaku? Pilih kasut yang sesuai dengan aktiviti anda!

IKLAN

Artikel berkaitan: Jenama Kasut Fesyen Ikonik Buat Hijabi, Ketahui Dahulu Personaliti Anda Mengikut Jenis Kasut

Pilihan Kasut Yang Sesuai Jamin Kaki Sihat!

Jenama kasut MBT menghasilkan satu teknologi tapak melengkung yang dipatenkan untuk membantu memperbaiki postur, mengurangkan kesakitan sendi, dan meningkatkan pengaktifan otot di seluruh badan.

Antara beberapa pilihan kasut yang mengikut kesesuaian aktiviti seperti berjalan mahupun berlari seperti:

 1. HURACAN UNTUK LARIAN SELESA

Kasut Huracan yang datang dengan pelbagai warna!

Sesuai untuk larian, Huracan menyediakan perlindungan maksimum dan menggalakkan pusingan semula yang lebih pantas dan lancar semasa berlari, meningkatkan kecekapan larian dan mengurangkan keletihan.

IKLAN

Artikel berkaitan: Petua Untuk Menentukan Saiz Kasut Semasa Membeli-Belah Dalam Talian!

2. MODENA UNTUK YANG SUKA BERJALAN!

Modena sesuai untuk yang suka berjalan!

Pengguna yang aktif berjalan pasti akan menyukai kasut Modena. Dengan tapak berbatu rendah dan bahan bahagian atas yang boleh mengalirkan udara, kasut ini menawarkan keselesaan dan sokongan dalam setiap langkah.

IKLAN

3. RECOVERY SANDAL

Dilengkapi dengan tapak kaki MBT ANATOMICAL yang menyokong lengkungan kaki dan menggalakkan penyelarasan semula jadi, kasut ini sesuai untuk mereka yang inginkan keselesaan dan gemar berjalan santai.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI