Setiap orang ada cara tersendiri untuk menjaga kecantikan wajah. Untuk yang rajin ada sampai 10 hingga 20 langkah dari awal hingga akhirnya. Seperti juga dengan penjagaan kulit orang Korea yang dikaitkan dengan rutin 9 langkah. Tapi telah bertambah ke 14 langkah dan semuanya perlu diikuti untuk memastikan kulit jadi sihat dan cantik.

Namun untuk yang rajin tidak ada masalah. Tetapi bagi yang sibuk takkan nak abaikan rutin penjagaan wajah ini. Bagi memastikan kulit sentiasa terpelihara, jangan sesekali abai penjagaan wajah ini.

Perkongsian di laman sosial facebook oleh seorang doktor wanita Dr Nazelia memberitahu tip penjagaan kulit secara minimalis dan straight forward.

Menurutnya hanya 3 langkah mudah sahaja yang perlu dilakukan sebagai rutin penjagaan kulit harian. Beliau juga turut memberi panduan untuk menjaga wajah pada hujung minggu.

Good morning!

TIPS PENJAGAAN KULIT SECARA MINIMALIST & STRAIGHTFORWARD

IKLAN

Apabila berbicara tentang rutin penjagaan kulit orang Korea, kebiasaannya ia akan dikaitkan dengan ‘rutin 9 langkah’. Tapi tahun 2018 sahaja, rutin penjagaan harian telah bertambah kepada ‘14 langkah’. Tapi bagi kita yg sentiasa sibuk, uolls sanggup ke apply 14 produk di wajah sebelum apply make up? And how much time will it takes? 2 hours? Doketot sgt2 yakin uolls takkan ‘comply’ dgn 14 langkah ni. 

PARA DOKTOR KULIT BERPENDAPAT HANYA 3 LANGKAH MUDAH SAHAJA YANG PERLU SEBAGAI RUTIN PENJAGAAN KULIT HARIAN:

LANGKAH 1: Pencuci muka – bagi yg kulit berjerawat, berminyak dah pori terbuka; pilih pencuci muka yg mengandungi AHA (alpha hydroxyacid) sekurang2 nya 7% utk membantu menghapuskan “blemish” dimuka. Bagi yg berkulit kering, atau “aging skin” atau selepas rawatan muka intensif, produk pencuci “extra gentle” (NA Extra Gentle Cleanser) sgt2 perlu utk mengekalkan kelembapan kulit. Utk mereka yg menggunakan make up sama ada tebal @ nipis, guna kaedah “double cleansing” iaitu mencuci muka sebanyak 2kali berturut utk memastikan make up dapat ditanggalkan secara keseluruhan.


LANGKAH 2: Pelembap (moisturizer) – Utk mereka yg berkulit kering, guna pelembap dalam bentuk krim (NA moisturisng cream) dan bagi yg berjerawat/ berminyak, guna pelembap dalam bentuk serum (NA Hydragel) .Pelembap adalah salah satu produk penjagaan kulit yg sgt2 penting, doketot ulang sekali lagi … SANGAT SANGAT PENTING utk mengekalkan hidrasi. You will experience early signs of aging if you don’t use moisturiser frequently. 

IKLAN

LANGKAH 3: Krim pelindung matahari (NA Sunscreen with SPF50++) Tahukah uolls 90% of skin damage are caused by UV? Tak kira la terperuk dlm office seharian @ tak keluar rumah pun masih kena apply sunscreen. Setiap 4 jam tau … ingat, SETIAP 4 JAM … Tiada alasan tak boleh repeat penggunaan sunblock tu sebab malas nak tanggalkan make up tau. Cari sunscreen dalam bentuk “colourless powder”. So when you apply the powder sunscreen, it wont affect your make up look. 

LANGKAH 4: langkah ini perlu utk mereka yg mempunyai masalah kulit seperti:
– JERAWAT: krim anti-jerawat dipakai sebelum menggunakan pelembap
– JERAGAT: serum anti-jeragat biasanya digunakan waktu malam (NA Miracle Whitening Booster)
– PRODUK ANTI-PENUAAN: kebanyakan nya dtg dlm bentuk serum/krim utk digunakan waktu malam (NA Ultimate Recovery Cream)

IKLAN

Eh, doketot… napa takde TONER? Tak perlu ke?

Kebanyakan doktor berpendapat toner tidak perlu dijadilan rutin penjagaan kulit kerana bahan “astringent” @ “alcohol” yg hanya merosakkan kulit jika digunakan secara kerap. Namun, apapun jenis kulit, sebaiknya uolls memilih toner dengan formula alcohol-free kerana alkohol dapat membuat kulit kering dan wajah menjadi lebih cepat tua.

RUTIN MINGGUAN:
1. SCRUB: Pilih exfoliating scrub yg bertindak menanggalkan kulit mati dgn cepat. TAPI jgn jadikan skrub sebagai rutin harian ye sis. IT S A NO-NO. Seminggu sekali @ 2 kali seminggu sudah cukup.
2. MASK: Pastikan muka dicuci dahulu sebelum memakai mask kerana using mask on a dirty face will only trap “impurities” into your skin.


Doketot tak dapat nafikan yang memakai terlalu banyak produk dimuka akan buat seseorang individu merasa “self-satisfied” kerana dapatkan “manjakan” kulit supaya lebih sihat. But why on make it as once a-week job, not as daily routine.

Good luck!

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI