Sejak mengenakan hijab, penampilan aktres terkenal iaitu Lisa Surihani sering menjadi tumpuan ramai kerana dia kelihatan bertambah ayu dan berseri-seri apabila memakainya.
Simple dan tidak berlebihan dalam berfesyen, penampilannya yang berstokin juga memberi inspirasi buat kebanyakan hijabi di luar sana untuk sama-sama menutup aurat dengan lebih baik. Mungkin belum sempurna, tetapi setidak-tidaknya kita mencuba bukan?
Baru-baru ini, seorang anak Malaysia telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam pengajiannya di University of West England. Yang menariknya, kejayaan itu menjadi tular dan mendapat perhatian ramai kerana netizen menggelarkan dirinya ‘beauty with brain’.
Sarah Amanda Sahrudin,21, berjaya memperoleh kepujian dalam Bacelor Perakauanan dan Kewangan ketika menamatkan pengajiannya pada 17 Julai lalu.
Menurutnya, dia bukan dilahirkan terus pandai, tapi dirinya sentiasa melipatgandakan usaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang.
Dia yang merupakan anak kepada pasangan juruterbang dan bekas pembaca berita popular tahun 90-an, Azura Abdul Karim itu berjaya menamatkan pengajian dalam masa singkat kerana memiliki sijil Juruteknik Perakaunan Bertauliah (CAT) dari Kolej Universiti Damansara Utama (KDU) ketika berusia 18 tahun.
Gadis yang berasal dari Shah Alam ini sering menghabiskan waktu dari pagi hingga ke malam untuk mengulangkaji pelajaran demi menamatkan pengajiannya dalam tempoh dua tahun. Ternyata perjuangannya tidak semudah yang disangka.
Dia juga akan duduk di meja untuk belajar dari pagi hingga ke malam dan kadang-kadang sampai tengah malam untuk mentelaah pelajaran.
Walaupun pada mulanya dia tidak berhasrat menyambung pengajian dalam jurusan peraukanan kerana tidak begitu minat dengan nombor,namun selepas ayahnya mencadangkan untuk ambil jurusan itu dan melakukan solat istikarah, dia teruskan jua.
Sarah yang merupakan anak keempat daripada enam beradik itu menjelaskan bahawa resepi kejayaannya adalah perlu bijak memberi keutamaan ke atas tugasan yang diberikan oleh pensyarah, selain belajar secara berkumpulan.
Mungkin tidak semua orang dianugerahkan kebijaksanaan, tetapi dia percaya setiap individu boleh berjaya sekiranya mereka berusaha dengan keras untuk mencapai apa yang diinginkan.
Bertuahnya Sarah, dia telah ditawarkan pekerjaan sebagai juruaudit di firma audit antarabangsa KPMG sebaik tiba di negara ini pada Sabtu lalu.
Sarah yang menjadikan tokoh perniagaan Aireen Omar, Datin Paduka Marina Mahathir dan Malala Yousafzai sebagai idolahnya itu juga bercadang untuk bekerja sambil belajar untuk mendapatkan sijil Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Semoga semangat dan kejayaan Sarah ini boleh dijadikan inspirasi dan dorongan kepada hijabi di luar sana. Kejayaan tidak akan datang bergolek sebaliknya kitalah yang perlu berusaha dengan sebaiknya untuk merealisasikan impian kita.
Sumber: MStar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan sahaja kaum wanita, lelaki juga turut mengalami pertambahan berat badan. Dan mereka juga berusaha untuk menurunkan berat badan. Salah satu perkongsian dari lelaki ini. Dia hilang 24 kg dalam masa 4 bulan hanya dengan menggunakan cara biasa, tanpa pengambilan suplemen atau sebarang pembedahan. Hasilnya setelah mendapat berat badan ideal, dia kembali menjadi suami yang sihat kepada isteri tersayang serta abah yang baik untuk anaknya.
Ayuh, kita lihat cara yang dikongsi di laman twitternya Ihsan Junid bagaimana dia hilangkan 24 kg dengan cara lebih sihat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kebiasaannya, kita pasti terpaksa membuang sayur-sayuran lebihan yang ada di dalam peti ais akibat sudah layu walaupun baru saja membelinya beberapa hari yang lalu.
Rasa membazir pula bukan? Jangan buntu sis, sebenarnya ada cara yang boleh kita lakukan bagi membuatkan kekal segar dan tahan lama. Nak tahu macam mana? Jom kita ikuti perkongsian daripada Fatin Tarmedi ini.
Hai semuaaa! Selamat hari ahad! Okey sayur yang selalu cepat layu atau cepat rosak ada lah daun daun.
Ni fatin nak share tips untuk simpan daun daun. Daun yang selalu fatin guna is daun kari. Tips ni fatin belajar dari kawan fatin. Nampak dia guna di ig.
So daun apa yang boleh kita guna teknik ni.
1. Daun sup 2. Daun ketumbar 3. Daun kari 4. Daun limau purut 5. Daun daun freah herbs yang selalu dalam masakkan western macam sage/basil/oregano/dill etc
Apa yang kita perlukan?
1. Plastik aiskrim/ bekas. 2. Daun daun 3. Air yang bertapis
Cara cara nya,
1. Daun yang dah dibasuh, letak dalam plastik aiskrim/ bekas
2. Masukkan air bertapis dalam bekas sampai hapus daun
3. Tutup dan letak dalam freezer.
Dia tahan lama tau. Nak pakai terus lebur aja dalam periuk.
Harap berguna ya untuk semua!
Kredit: Fatin Tarmedi
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.