Pelakon jelita Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih mesra disapa sebagai Nad Zainal kini sudah enam hari bergelar isteri kepada pelakon gandingan serasi yang juga sahabat karibnya, Ungku Ismail Ungku Aziz.
Pasangan berkenaan selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM 1,000 pada tanggal 1 Rejab lalu iaitu pada 23 Januari 2023.
Berita Gembira Itu Dihujani Ucapan Tahniah Rakan Selebriti!
Sebaik sahaja melihat muat naik video di laman Instagram Nad Zainal beberapa jam lepas, hantaran Nad itu terus dibanjiri dengan pelbagai ucapan tahniah dari rakan selebriti dan para peminat.
Rata-ratanya menzahirkan rasa gembira, apabila akhirnya kedua selebriti kegemaran mereka disatukan dalam sebuah ikatan pernikahan yang sah dan tidak lagi berselindung dan merahsiakan hubungan mereka.
Ads
Berikut merupakan beberapa komen yang berjaya menarik perhatian Hijabista.
“Selamat Berbahagia Duna Akhirat,” Tulis Fazura
“Congratulations Kak Nad Dan Abang Ungku!” Ujar Puteri Aishah
Ads
Hijabista mendoakan agar perkahwinan Nad dan Ungku Ismail berkekalan hingga ke jannah dan memperoleh bahagia serta maghfirah oleh Allah SWT.
Sekadar info, sebelum ini, ketika ditanya berkenaan status hubungan dirinya bersama Ungku Ismain, Nad berkata Ungku merupakan antara individu paling rapat dengan dirinya ketika ini.
Pengakuan berkenaan dibuat Nad pada, siaran langsung di aplikasi TikTok, pada Jumaat lalu selepas kembali pulih setelah sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dna jangkitan kuman pada paru-paru.
10 malam terakhir bukan senang untuk mengekalkan momentum untuk berjaga dan bermunajat mencari malam lailatul qadar. Sekiranya mengantuk segala ibadah menjadi tidak fokus. Pelbagai perkara cuba anda lakukan tapi masih tidak berjaya.
Nah, Hijabista cadangkan 10 perkara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk agar misi mencari malam lailatul qadar tercapai.
Ambil snek seperti buah-buahan untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Elak daripada mengambil makanan yang berat dan mengandungi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda bertambah mengantuk.
Kajian menunjukkan bahawa jalan-jalan selama 10 minit boleh meningkatkan aliran oksigen dalam darah dan menambah tenaga selama 2 jam.
Salah satu cara untuk menghilangkan mengantuk adalah dengan tidur. Tidak perlu tidur lama-lama, cukup sekadar 25 minit untuk menghilangkan rasa mengantuk dan menambah tenaga anda.
Sekiranya anda sedang melakukan tugasan dan mengantuk, apa kata telefon BFF anda dan berborak seketika. Bila sudah ‘membawang’, mesti hilang rasa mengantuk kan? Hehe
Mendengar alunan zikir ketika sedang mengantuk pasti akan membuatkan anda lebih segar. Lagi-lagi bila dengar zikir menyentuh jiwa kan.
Salah satu penyebab anda mengantuk adalah disebabkan oleh dehidrasi. Jadi, jangan lupa minum air okay!
Menatap Al Quran di dalam telefon atau tablet dengan terlalu lama boleh menyebabkan mata anda penat. Jadi, alihkan dan rehatkan mata anda daripada melihatnya. Cuba lakukan perkara lain. seperti basuh muka atau melihat pokok yang hijau.
Cara ini sering menjadi pilihan orang ramai kerana ia dikatakan lebih efektif. Satu hingga tiga hirupan kopi mampu mengembalikan kembali tenaga anda.
Pastikan pencahayaan di sekitar anda terang dan tidak malap. Keadaan yang malap akan membuatkan anda semakin mengantuk.
Jika anda tidak mempunyai waktu yang cukup untuk berjalan-jalan atau quick nap, cuba lakukan stretching. Lakukan dengan perlahan serta nafas yang dalam. Oksigen akan mengalir ke dalam aliran darah lalu rasa mengantuk pun hilang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masih terbayang betapa glamour majlis perkahwinan pelakon, Syida Melvin, 22 tahun awal tahun ini. Walaupun masih muda dalam melayari alam perkahwinan, tetapi bagi Syida dia mempunyai cara tersendiri untuk menambat hati suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen dalam mengukuhkan hubungan suami isteri.
Menurut Syida yang juga adik kepada Tilla tip yang dikongsi diperoleh dari perkongsian pengalaman ibunya sendiri serta adik beradik lain yang sudah mendirikan rumah tangga.
“Tidak ada masalah jika seseorang mahu berkahwin dalam usia muda. Apa yang penting kita dan pasangan sama-sama memahami dalam meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.
“Bagi Syida tip pertama paling mudah diamalkan adalah kena jaga perut suami. Sebagai isteri kena rajin masak untuknya kerana dari air tangan kita itulah boleh menambat hati suami.
“Perlu adanya sikap bertolak ansur dengan pasangan. Lagi-lagi yang baru berkahwin macam kami ini. Maklumlah bila sudah berkahwin, kita mempunyai dua buah keuarga.
“Keluarga mentua dan keluarga kita sendiri. Jadi kena bijak ‘balance’ dalam apa yang dilakukan agar tidak menyinggung hati mana-mana pihak,” ungkap Syida ketika ditemui dalam satu sesi fotografi.
Menurutnya juga dalam menjaga hubungan rumah tangga itu perlu elakkan sikap negatif vibes bagi mengelakkan berlaku sebarang pergaduhan antara suami isteri.
“Jangan sesekali ada negatif vibes dalam hubungan sedia ada. Kalau boleh bajai rumah tangga dibina dengan perkara positif yang menggembirakan. Lagi satu kita sebagai isteri juga jangan sesekali bersangka buruk dengan suami.
“Misalnya kita tanya dalam kedaan marah kenapa dia balik dan mula akan fikir bukan-bukan. Kalau boleh bagi ruang untuk berehat (selepas balik kerja) dan tanam kepercayaan pada suami kita sendiri.
“Tip terakhir yang Syida boleh kongsi adalah jaga kebajika suami kita. Malah sebagai isteri memang jadi tanggungjawab kita untuk menjaga segala urusan makan pakai suami itu. Walau sibuk mana sekalipun, kebajikan mereka perlu kita jaga sebaiknya,” ujar Syida sambil tersenyum.
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan awal Januari di di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Melakukan amalan penjagaan kulit yang baik dari masa ke semasa, tetapi seringkali yang menjadi kebiasaan adalah penyebab banyak masalah umum seperti jerawat dan jeragat.
Bergantung pada produk pada tahap kawalan kerosakan, menerapkan langkah pencegahan seperti rutin yang seimbang akan membantu anda mengekalkan kulit yang optimum. Namun jika anda masih mengamalkan tabiat ini, pasti solusi untuk mencapai kulit wajah yang sihat tidak akan berjaya malah memburukkan keadaan.
Pembersihan yang berlebihan dan penggunaan produk yang salah boleh menyebabkan mikrotraum dan merosakkan mantel asid kulit anda, penghalang asid lemak yang tidak dapat dilihat yang melindungi daripada kerengsaan dan jangkitan.
Atas sebab ini, pakar memberi amaran untuk berusaha mencapai “perasaan bersih yang maksima iaitu melalui pembersihan dan pengelupasan berlebihan.
Kecuali anda mempunyai kulit berminyak, rata-rata individu hanya perlu membersihkan pada waktu malam. Manakala pembersihan berganda pula terlalu banyak pendedahan kepada air dan sabun juga dapat mengeringkan kulit. Mengenai jenis pembersih apa yang perlu dicari, yang terbaik adalah menjauhkan diri dari pembersih berbuih.
Ini mungkin seperti solusi tercepat, tetapi alih-alih mengambil risiko penyebaran keradangan dan parut. Pakar menyarankan untuk memasukkan flanel dengan garam Himalaya ke dalam air suam dan meletakkannya di atas jerawat. Atau, campurkan benzac over-the-counter dengan sentuhan garam untuk menjadikan pes anti-radang, anti-bakteria untuk bertahan selama tiga minit. Sebagai alternatif asid laktik atau salisilik dengan menggunakan kapas. Seperti silap mata jerawat pun lesap.
Individu yang mengatakan bahawa menganggap kulit yang lebih baik hanya dapat dicapai dengan menggunakan produk mahal adalah salah satu kesalahan terbesar yang dilakukan. Pendekatan yang lebih kurang adalah yang terbaik dalam mewujudkan rutin yang bertujuan membaiki kondisi kulit dengan nasihat pakar. Jika anda tidak pasti, bukan cadangan dari orang lain.
Tidak cukup dengan melakukan rejimen atau set produk juga merupakan perkara biasa. Tetap menggunakan satu produk selama dua bulan, kerana memerlukan masa sekitar 28 hari agar kulit kembali segar dari lapisan bawah ke bahagian atas kecuali reaksi alergi berlaku.
Melapisi produk dengan betul agar bahan berkesan. Pada waktu pagi, bersihkan dengan perlahan sebelum menggunakan serum seperti vitamin C atau niacinamide, kemudian pelembap dan pelindung matahari sebelum solekan. Sebagai peraturan umum, cuba tinggalkan beberapa minit selepas serum anda kerana kulit anda memerlukan masa untuk penyerapan.
Walaupun ramai di antara anda mencari bahan-bahan keajaiban untuk memerangi hiperpigmentasi, warna kulit yang tidak rata dan bintik penuaan. Menggunakan pelindung matahari SPF 50+ adalah “perlindung terbaik” terhadap barah kulit dan produk penjagaan kulit yang tidak boleh dirundingkan.
Kira-kira 80 peratus penuaan atau kerosakan luaran disebabkan oleh paparan sinar matahari. Cahaya UV menyumbang kepada penurunan kolagen, protein yang menyediakan struktur dan rangkaian sokongan penting yang menjadikan kulit tetap anjal dan bebas dari kedutan.
Waktu PKP ni ramai yang berjaga menonton Netflix, tetapi untuk kesihatan kulit, sangat sesuai untuk tidur pada pukul 11 malam, lebih baik lagi, dengan sarung bantal sutera). Tidur pada jam 11 malam untuk hasil pemulihan terbaik, termasuk pembinaan semula kolagen.
Tidur adalah ketika banyak detoksifikasi dan pembaikan kulit anda berlaku, melalui proses pembaikan yang mencerminkan melatonin bergantung pada seberapa dalam tidur anda. Mereka yang kurang tidur lebih cenderung kepada masalah seperti rosacea dan kulit kering. Latih diri untuk membaringkan bantal sepanjang malam akan bererti kurang menarik di satu sisi wajah anda seiring bertambahnya usia.
Dorongan untuk melompat ke tempat tidur selepas larut malam amat diidamkan, tetapi pernafasan kulit sangat penting untuk sel-sel epidermis anda kembali. Solekan akan menyesakkan dengan lapisan serpihan buatan dan bukannya melakukan detoks semula jadi.
Sebilangan rias wajah memiliki aroma dan botani di dalamnya. Untuk menghilangkan solekan dan kotoran dan pencemaran alam sekitar yang melekat pada wajah bersihkan dua kali dengan air misel dan pembersih kaya ceramida.
Seiring bertambahnya usia, keanjalan dan ketahanan kulit tidak begitu hebat, jadi jika anda meregangkan kulit anda secara agresif setiap malam sambil mengurut perlahan anda akan mempunyai mikrotraum yang tidak kelihatan yang membahayakan penghalang kulit anda. Berus dan alat solek hendaklah dibersihkan setiap minggu.
Penting untuk memberi tumpuan kepada bidang lain yang menjadi lebih rentan seiring usia anda, termasuk tangan, dada dan leher. Masukkan sedikit sisa produk yang anda gunakan di kawasan ini dan mulakan lebih awal. Elakkan juga menyemburkan minyak wangi di kawasan yang terdedah kepada sinar matahari, termasuk leher, rahang dan dada atau berisiko mewarnai warna.
Pakar mengesyorkan pencegahan dengan meletakkannya di perut, belakang lutut bahkan pakaian anda atau tempat yang tidak terdedah kepada cahaya matahari.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.