Nabil Ahmad bersyukur kerana diberi peluang untuk meneruskan ibadah puasa pada Ramadan tahun ini, dan beliau bercadang mengerjakan umrah pada 10 malam terakhir bulan tersebut.
Nabil akan ke tanah suci, Makkah, bersama isterinya Nazirah Ayub pada 12 April. Dia mahu berehat dan mencari kekuatan.
Menurut Gempak, Nabil sangat gembira kerana dapat bertemu lagi di bulan Ramadan. Sebab tu beliau habiskan semua shooting sebelum puasa.
“Sepanjang puasa ini saya nak berehat dan tenang. InshaAllah, 10 malam terakhir saya akan menunaikan umrah sekali lagi. Saya akan bertolak ke tanah suci pada hari esok’
Ads
“Tapi saya akan pergi bersama isteri sahaja. Anak-anak tinggal di rumah sebab masih bersekolah,” katanya kepada gempak
Nabil berkata bahawa dia akan pergi menunaikan umrah pada sepuluh malam terakhir Ramadan sejak tahun 2015.
“Ikutkan saya dari 2015, setiap 10 malam akhir bulan Ramadan akan tunai umrah…Alhamdulillah cuma tak dapat masa PKP saja. Tahun lepas pun saya dapat tunai umrah.
Ads
“Tapi tahun lepas saya beraya atas kapal terbang sebabkan raya mengejut. Pertama kali saya dapat pergi umrah pun pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Lain macam perasaan, seronok, ketenangan.. Walaupun berkumpul berjuta-juta orang dalam masjid itu. Jadi setiap tahun ketagih nak dapat rasa benda itu balik.
Ads
“Bagi saya, bukan saja dapat buat umrah tapi sama seperti nak ‘healing juga la.” – Nabil Ahmad
Sekadar info, Nabil berkahwin dengan Nazirah Ayub pada 30 September 2011. Mereka mempunyai tiga anak perempuan: Nayla Mikayla , Leyla Medyna , dan Mishall Imani.
Sumber : Gempak
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon yang kini sangat aktif berkecimpung dalam aktiviti-aktiviti kemanusiaan, Heliza Helmi sering menjadi sumber inspirasi dan role-model umum dalam memperjuangkan masyarakat Islam dunia.
Baru-baru ini, satu ‘aktiviti sunnah’ yang dilakukan oleh Heliza bersama adiknya, Hazwani Helmi iaitu sukan memanah sambil menunggang kuda menjadi bualan netizen.
Setelah melihat hantaran video tular yang dikongsikan oleh akaun Tik Tok @aeeeeshah, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan keberanian dua beradik hijabi itu yang begitu bersahaja melakukan aktiviti lasak itu.
Hantaran video yang tular itu, memaparkan Heliza dan Hazwani sedang memanah sambil masing-masing menunggang kuda. Aktiviti ini merupakan antara aktiviti yang tidak asing dan sering dilakukan pada zaman Rasulullah saw lagi.
Namun, bukan semua orang mampu melaksanakan aktiviti lasak yang dilakukan oleh Heliza dan Hazwani ni tau, jarang kita lihat ada hijabi yang masih melakukan aktiviti sunnah. Ini sekaligus membuatkan mereka menjadi sumber inspirasi untuk terus istiqomah dalam mengamalkan serta mengekalkan sunnah dalam kehidupan seharian.
Sehubungan itu, netizen telah membanjiri hantaran berkenaan dengan komen-komen positif kerana Heliza dan Hazwani merupakan role-model terbaik menggambarkan keindahan wanita Islam yang sopan, lemah lembut dan menurup aurat dengan sempurna walaupun sedang melakukan aktiviti lasak.
“Sebabtu Allah suruh kejar akhirat, inshaallah dunia pun dapat. Doakan saya jugak dapat jadi macam mereka.
“Suka tgk diorang.. Semangat jihad ke jalan Allah begitu tinggi.
“Mereka melihat, mereka menghayati… banyak musafir. Dan ini membuatkan mereka sedar cara untuk sedarkan para wanita silahlah pertahankan diri contoh dengan memanah.
Sebagai rekod, setelah melihat sendiri pergolakkan yang melanda Gaza dan Palestin 10 tahun lalu pada 2012, semangat untuk memperjuangkan isu ummah semakin membuak-buak dalam diri Heliza sehingga dia memutuskan untuk terus konsisten menjadi sukarelawan dalam misi membantu Gaza dan Palestin.
Sumber: Tik Tok @aeeeeshah & Instagram Heliza Helmi
Sungguh Besar Kelebihannya. Surah ini juga terkenal dengan 4 Kul yang dirangkaikan sekali dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, surah An-Naas dan surah Al-Kafirun. Jom kita semak apa kelebihan surah ini yang ditakuti iblis.
“Qul yaaaaa ayyuhal kaafiruun”, ayat ini merupakan salah satu potongan dari surat pendek yang sering dibaca saat shalat. Ya, surat Al-Kafirun merupakan surah ke 109 dalam Al-Qur’an yang berada dalam juz terakhir (jus Amma). Surat ini berisi kandungan tentang tidak adanya toleransi dalam Keimanan dan Peribadahan.
Surah Al-Kafirun turun saat kaum kafir laknatullah berusaha mempengaruhi Nabi SAW dengan menawarkan kekayaan agar beliau menjadi seorang yang paling kaya di kota Makkah, dan akan dikahwinkan dengan sesiapa yang beliau kehendaki.
Syaratnya Nabi Muhammad harus menyembah berhala yang menjadi Tuhan mereka dalam kurun waktu satu tahun. Nabi Allah menolak usul kaum kafir untuk penyatuan ajaran agama dalam rangka mencapai kompromi. Selain itu, surat ini juga mengajak masing-masing agama untuk melaksanakan ajaran agama dan kepercayaan tanpa bersikap saling mengganggu.
Al-Kafirun juga memiliki keutamaan dan manfaat jika diamalkan sehari-hari. Beberapa keutamaan dan manfaatnya surat ini adalah adalah sperti berikut :
Surat ini merupakan surah yang sangat terkenal kerana kandungannya mengajarkan untuk bertoleransi antara umat beragama.
Agama Islam dalam kitab suci Al—Quran di perintahkan untuk menghormati penganut agama lain. Seperti dalam potongan akhir ayat ini yang ertinya ‘Untukmu agama mu dan untuk ku agama ku’.
Namun meski menghormati, urusan keimanan dan keperibadahan tidak ada kata toleransi. Menurut Imam Qurthubi, sikap menghormati agama dan kepercayaan lain bukan bererti lemah atau diri menjadi terlambat berkata ya kebenaran mereka.
Namun akan sebaliknya hal itu akan memperteguh keimanan dan membebaskan diri dari kemusyrikan dan kemunafikan sesuai dengan salah satu keutamaan surat Al-Kafirun.
Surah Al-Kafirun juga memiliki keutamaan lain iaitu menjadi surah yang ditakuti iblis. Hal ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, menurutnya Tiada surah yang sangat ditakuti Iblis kecuali surah ini.:
“Tidak ada dalam Al-Qur’an yang lebih menakutkan bagi Iblis daripada Qul ya ayyuhAl-Kafirun, sebab ia adalah tauhid dan pembebas dari kemusyrikan”.
Imam ja’far ‘alayhis salaam berkata” Bacalah surah 7x dalam 1 hari untuk menjaga iman,barang siapa membiasakan membacanya pada sa’at matahari terbit dan terbenam, maka ia akan di selamatkan dari keraguan, kesyirikan dan keyakinan yang buruk”
Ternyata membaca surah Al-Kafirun sama dengan membaca seperempat dari Al-Quran. Perkara ini disebutkan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan Annas “Qul Ya ayyuhAl-Kafirun senilai dengan seperempat Al-Quran.” Hadits ini dianggap Hasan oleh Al-Albani dalam kitab silsilah hadis sahih.
Hal ini disebabkan kerana Al-Kafirun berisi keterlepasan dari syirik (tauhid atau kalimat syahadat yang pertama). Kerana itu surah ini memiliki kandungan yang setara dengan seperempat Al-Qur’an.
Syeikh al-Mubarakfuri dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi Syarah Sunan at-Tirmidzi menyebutkan bahawa Al-Quran hukum-hukum yang terkait dengan dua kalimat syahadat serta penjelasan tentang kehidupan dunia dan akhirat dan Al-Kafirun memiliki kandungan itu.
Menurut Syeikh Ibn Baz membaca empat kali surah ini sama dengan khatam Al-Quran. Hanya saja, ini bukan bererti setelah itu tidak perlu lagi membaca Al-Quran. Sebab seorang muslim hendaklah membaca Al-Quran secara rutin setiap hari dan mengkhatamkannya dalam sebulan.
Sementara hadis di atas adalah untuk memotivasi setiap muslim agar membaca surah yang memiliki fadhilat yang besar serta memahami dan mengamalkan dalam kehidupan.
Hal ini diriwayatkan oleh Al Wailli dari hadist Jabir bin Abdullah: “Seorang laki-laki berdiri lalu solat fajar dua rakaat. Ia membaca di rakaat pertama Qul ya AyyuhAl-Kafirun (katakan hai orang-orang kafir) hingga akhir surah. Lalu Nabi SAW bersabda:
“Ini adalah hamba yang beriman kepada Tuhannya. Kemudian ia membaca pada rakaat kedua Qul HuwalAhad (Katakanlah Dia adalah Allah yang maha Esa sampai akhir surat. Lalu Nabi Saw bersabda: Ini adalah hamba yang mengenal Tuhannya. Thalhah berkata : Maka aku suka membaca dua surat ini dalam dua rakaat ini ”
Hal ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Farwah bin Naufal: dari ayahnya bahawa Nabi SAW bersabda: Bacalah Qul ya ayyuhAl-Kafirun kemudian tidurlah di akhirnya, sesungguhnya ayat tersebut membebaskan dari kemusyrikan”.
Bila dibaca dengan Qul huwallahu Ahad akan memperteguh keimanan dan membebaskan kemunafikan: Hal ini disampaikan oleh Al Asymu’i berkata : Dikatakan Qul ya AyyuhAl-Kafirun dan Qulhuwallahu Ahad, keduanya membebaskan dari kemunafikan. Wallahu a’lam.
Sedekah merupakan pemberian yang ikhlas sebagai bukti ketaatan kepada Allah s.w.t. Sedekah sememangnya tidak dapat dipaksa melainkan lahir dari hati untuk memberi berdasarkan kemampuan seseorang itu.
Erti sedekah dalam Islam itu sangat luas sekali. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk kebendaan, tetapi boleh dilakukan dengan pertolongan, mengajarkan ilmu, senyuman, memberi nafkah, berzikir dan sebagainya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“Kamu menyingkirkan batu, duri dan tulang dari tengah jalan itu adalah sedekah bagimu.”
– Hadis Riwayat Bukhari
Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya.
Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka. Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala.
Selain itu juga akan dijauhkan dari bala. Seseorang yang bersedekah dengan harta yang halal juga akan dijauhkan daripada api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya seseorang bersedekah dengan harta yang haram, dia tidak akan memperolehi sebarang kebaikan kecuali azab kerana memberi sesuatu yang haram kepada orang lain.
Terdapat sebuah hadith mengatakan bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ yang disediakan Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta yang haram. Selain dapat membantu sesama manusia, Allah SWT juga akan membalasnya dengan pahala bagi mereka yang ikhlas melakukannya.
Janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya.
Rasulullah SAW, beliau bersabda :
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)
Nabi SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di padang mahsyar.
Salah satu golongan yang mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah. Rasulullah SAW bersabda :
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”(HR. Bukhari )
Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah s.w.t selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah. Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari. Rasulullah SAW bersabda :
“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”
Surah al-Baqarah:261
Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” [HR. Ath-Thabrani]
Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda:
“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Janji Allah terakhir kepada mereka yang rajin bersedekah adalah akan menjauhkan diri dari api neraka. Ternyata meskipun hanya sedekah dengan jumlah yang sedikit, namun sedekah tersebut memiliki andil untuk menjauhkan diri dari api neraka.
Semakin banyak sedekah yang dilakukan, maka akan semakin jauhlah darinya. Rasulullah SAW bersabda:
Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah” [HR. Bukhari dan Muslim]
Siratal Mustaqim yang tidak ramai berjaya harungi akan menjadi lebih mudah kepada pemberi sedekah. Lalu janganlah kedekut kerana dengan berdekah akan menjadi pembantu dan penolong kita di hari akhir nanti.
Jangan sesekali bimbang akan berkurangnya rezeki kerana memberi sedekah kepada orang lain. Sesungguhnya dengan bersedekah akan meluaskan dan membukakan pintu rezeki kepada kita. Sabda Baginda;
“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”
Sedekah juga merupakan amalan yang pahalanya berpanjangan sehingga meninggal dunia. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (Ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”
Seungguh indah dan ajaib amalan bersedekah ini sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa dengan bersedekah dapat memanjangkan umur pemberi sedekah itu.
“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”
Hadis Riwayat Thabrani
Dengan bersedekah seikhlas hati dapat menyembuhkan penyakit-penyakit orang yang bersedekah itu, kerana sedekah itu dapat membersihkan hati dan fikiran. Namun semua itu adalah dengan izin Allah s.w.t. Baginda bersabda;
“Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah.”
Sedekah juga sebagai penolak bala, musibah serta kejahatan terhadap pemberi sedekah.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.” Sesungguhnya sangat besar ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada hamba-Nya yang bersedekah.
Sungguh banyak keutamaan yang akan diperoleh mukmin yang gemar bersedakah ini. Oleh itu, janganlah berkira-berkira untuk memberi sedikit rezeki kita kepada golongan memerlukan. Hulurkanlah sedikit bantuan dengan kudrat yang ada, paling mudah dan ringan senyumlah kerana sombong itu sifat yang tidak disukai Allah bahkan menjauhkan punca rezeki. Untuk itu, keluarkan sedikit harta untuk bersedekah, agar Allah memberikan kita janji-janji mulia tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.