
Kebanyakan daripada kita mesti ada mempunyai kenalan atau ahli keluarga yang tak gemar makan sayurkan? Macam sayur taugeh, pasti ada yang membuangnya saat dihidangkan bersama char kuey tiaw.
Namun begitu, tahukah hijabi sebenarnya sayur taugeh ini boleh membantu menurunkan berat badan? Terkejut bukan. Oleh itu, mulai dari saat ini jangan suka-suka buang sayur taugeh kalau nak kekal langsing.

Jom kita semak lagi kebaikan yang ada pada sayur taugeh ini:
1. Sumber Protein

Taugeh boleh menajdi sumber protein yang baik untuk tubuh anda terutama sekali buat vegetarian yang tidak makan makanan berasaskan haiwan.
Taugeh juga mengandungi lebih kurang 35 peratus protein untuk tubuh. Selain itu, kelebihan lainnya, taugeh menawarkan protein tanpa tambahan lemak, kolesterol dan kalori seperti sumber protein lain.
2. Sumber Enzim

Walaupun halus, taugeh mengandungi 100 kali lebih banyak enzim jika dibandingkan dengan sayuran yang tidak dimasak. Enzim ini merupakan protein istimewa yang bisa meningkatkan fungsi organ dalam tubuh.
3. Mencegah Anemia

Sayur ini dikatakan mempunyai kandungan asid folik yang sangat bagus untuk menghasilkan pengeluaran asid amino dan sel darah merah. Bila pengeluaran darah merah menjadi stabil, ia membantu mencegah terjadinya anemia atau kekurangan sel darah merah.
4. Meningkatkan Kesuburan

Petua “orang lama” pun ada menyarankan memakan sayur taugeh untuk kesuburan sperma. Taugeh mengandungi vitamin E dan protein yang sangat tinggi. Kalau anda tak suka makan taugeh, ubahlah selera mulai sekarang kalau nak sihat dan subur.
Ia sangat baik untuk meningkatkan kesuburan lelaki atau wanita. Jadi, jika ada pasangan yang telah berkahwin dan masih mencuba untuk mendapatkan zuriat, amalkan memakan sayur taugeh.
5. Membantu Sistem Penghadaman

Sayur taugeh ini mudah dihadam memandangkan ia mengandungi jumlah enzim yang cukup banyak. Ia juga membantu orang yang memiliki masalah dengan perut kembung atau masalah penghadaman.
6. Mampu Menurunkan Berat Badan

Ini mungkin fakta yang paling disukai oleh kebanyakan hijabi di luar sana. Sayur taugeh yang kaya dengan zat dan rendah kalori akan membantu kita menurunkan berat badan sambil memenuhi nutrisi yang diperlukan tubuh.
Di samping itu, ia juga kaya dengan serat dan boleh membuatkan kita rasa lebih kenyang. Semua kebaikan ini membuatkannya sangat sesuai diambil oleh sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee