Sama juga seperti masalah jerawat, jeragat juga antara salah satu penyakit kulit yang sentiasa menjadi masalah besar kepada kaum wanita khususnya. Ia bukan sahaja menyebabkan kulit tidak cantik malah jeragat juga menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri.

Sumber gambar: Bioderma

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan berlakunya masalah jeragat. Antaranya ialah:

Sinaran matahari

Sinaran UV daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’. Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan kepada matahari.

Perubahan hormon

Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.

Kosmetik

Produk penjagaan kulit dan alat solekan yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.

Keturunan. 

IKLAN

Akibat daripada genetik.

Pelbagai produk di luar yang dijual untuk menghilangkan masalah jeragat. Pun begitu, ia mungkin menelan kos yang banyak dan kebarangkaliannya juga ia tidak efektif. Kali ini, team Hijabista akan kongsikan kepada kamu penggunaan bahan semula jadi yang dapat merawat masalah jeragat dengan berkesan! Cubalah!

1. Kulit kayu manis

Sumber gambar: Merdeka.com

Kulit kayu manis dikenali sebagai rempah untuk memasak. Walau bagaimanapun, kulit kayu manis juga boleh berguna sebagai penghilang sakit secara semulajadi untuk jeragat. 

Petua hilangkan jeragat yang menggunakan kayu manis adalah dengan tuangkan 1 sudu besar kayu manis ke dalam bekas. Kamu boleh mencampurkan dengan 3 sudu besar madu. Madu adalah antibiotik semulajadi yang membantu melembapkan kulit dan kulit kayu manis sangat memainkan peranan penting dalam menyokong penjanaan kulit semula. 

IKLAN

Selepas madu dan kayu manis di masukkan, kacau kedua bahan tersebut. Selepas itu, gunakan bahan tersebut ke bahagian muka yang terjejas akibat jeragat dan biarkan selama 15 minit. Akhir sekali, bilaslah menggunakan air suam dan keringkan muka menggunakan tuala yang bersih.

2. Aloe Vera

Sumber gambar: Hindustan Times

Umum tahu, Aloe Vera mempunyai banyak manfaat besar bagi kesihatan rambut. Bermula dari menghitamkan hingga menyuburkan rambut. Selain bermanfaat untuk kesihatan rambut, Aloe Vera juga boleh menjadi satu bahan semulajadi untuk menghilangkan jeragat. Petua hilangkan jeragat dengan Aloe Vera adalah dengan mengambil satu Aloe Vera segar dan dipotong menjadi kepingan. Kemudian ambil gelnya. Sebelum anda meletakkan di muka, kamu perlulah membersihkan muka supaya kotoran di muka tidak tersumbat. Jika muka sudah bersih, sapukan gel Aloe Vera di area yang mempunya jeragat. Biarkan hingga ia kering. Selepas itu bilas dengan menggunakan air suam.

3. Lemon

Sumber gambar: Live Eat Learn

Lemon masih dikategorikan sebagai keluarga oren tetapi rasa lemon lebih masam daripada oren. Walaupun ia mempunyai rasa masam, lemon mengandung asid dan vitamin C yang dapat menghapuskan jeragat degil. Petua hilangkan jeragat dengan lemon ialah potong lemon segar menjadi 2 bahagian. Sapukan potongan lemon ke kawasan jeragat. Biarkan selama 15 minit walaupun rasanya agak menyengat. 

IKLAN

Selepas itu, basuh muka dengan air sejuk.

4. Teh Hijau

Sumber gambar: Docwire News

Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat. Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangkan pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit. 

Petua hilangkan jeragat secara semulajadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan uncang teh hijau ke dalam air panas selama 5 minit. Angkat uncang teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang mempunyai jeragat. Jika kamu mempunyai tepung teh hijau maka boleh menjadikan ia sebagai pes. Sapukan pes teh hijau di keseluruhan muka. Biarkan ia kering kemudian basuh muka menggunakan air suam.

5. Putih Telur

Sumber gambar: Bigger Bolder Baking

Menghilangkan jeragat menggunakan putih telur mungkin tidak sangat disukai orang ramai kerana baunya yang hanyir. Walau bagaimanapun, jika tiada bahan lain selain putih telur, kamu boleh cuba lakukan sebagai alternatif terakhir.

Caranya sapu putih telur ke kawasan muka. Biarkan hingga ia kering dan sapukan lagi putih telur sebagai lapisan kedua. Jika ia telah kering, basuh muka dengan air suam.

Selamat mencuba!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI