Motivasi Mahu Pakai Baju Cantik, Gadis Ini Dedah Cara Berjaya Turun Sebanyak 45kg!

Share

Kebanyakan daripada kita pastinya ada ‘body goals’ masing-masing yang ingin dicapai. Bukan hanya untuk cantik semata, malah demi kesihatan di masa akan datang dan juga untuk memudahkan lagi kehidupan seharian.

Berkongsi kisahnya di twitter, gadis yang dikenali sebagai Bieda ini menjadikan pakaian yang menawan dan mahu dapatkan foto yang cantik serta mahu kekal sihat sebagai motivasinya untuk menurunkan berat badan. Jom kita lihat apa yang telah dilakukan bagi mendapatkan transformasi hebat sebegini.

Dia memilih untuk melakukan diet atkins dan tidak makan nasi, hanya menikmati lauk sahaja.

Minum air lemon dijadikan rutinnya sebelum tidur bagi membantu penghadaman.

Senaman jangan lupa tau sis. Penting ni!

kredit: twitter @zubiedaboudjit

IKLAN