Alahai..malasnya nak bangun pagi! 

Bukan semua orang ialah ‘morning person’. Ada di antara kita yang amat susah untuk pagi dan memulakan aktiviti-aktiviti harian, terutamanya perihal kerja. Tambahan pula, hari ini ramai yang masih melakukan kerja di rumah disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara kita. Ada yang menjadikan ‘mood’ terus hilang dan tidak bersemangat untuk melakukan kerja di pagi hari. Akhirnya, kerja dan tugasan penting tergendala dan kualiti kerja anda tidak akan bagus.

Ubah rutin pagi anda dengan sesuatu yang menarik! Tak susah untuk menjadikan pagi anda lebih menarik dan bersemangat! Ikuti 5 langkah terbaik ini, untuk mendapatkan ‘mood’ pagi yang positif, bersemangat dan ceria!

  1. Lakukan senaman ringan ataupun regangan.
Sumber gambar: My Imperfect Life

Senaman ringan seperti yoga ataupun beberapa regangan mudah membantu untuk pengaliran darah dalam badan lebih lancar. Luangkan masa dalam 10-15 minit untuk melakukan senaman ini dan pastinya minda anda akan lebih segar!

2. Membuat jadual tugasan sepanjang hari

IKLAN
Sumber gambar: Forbes

Langkah ini sesuai untuk anda yang sering terlupa untuk melakukan sesuatu. Rasa serabut di minda kadang-kala akan menganggu fokus dan akhirnya terlupa untuk membuat tugasan. Ambil masa untuk fikir sejenak perkara penting yang harus dilakukan pada hari itu, dan tulis di atas sebuah kertas. Jika anda memiliki Ipad, lakukan sebagai ‘Reminder’ untuk tidak terlupa. Cara ini memudahkan anda dan tidak menjadikan anda buntu! Kualiti kerja juga akan lebih baik dan tersusun! Percayalah, jika anda melakukan cara ini, pastinya anda mempunyai waktu untuk berehat kerana, masa kerja anda sudah disusun rapi!

3. Mendengar muzik atau lagu kegemaran anda!

IKLAN

Tak semua orang mudah untuk mendapat ‘mood’ pagi yang ceria! Usah risau, pastikan anda memasang muzik atau lagu kesukaan anda sambil bersiap di pagi hari. Jangan malu untuk menari, berdansa ataupun menyanyi mengikut rentak lagu! Cara ini boleh mengalirkan semangat yang ceria dan akhirnya ‘mood’ pagi anda akan sentiasa stabil dan tidak kusut! Tetapi, janganlah kuatkan volum sehingga dimarahi oleh jiran sebelah ya!

4. Menikmati sarapan dengan menu kesukaan

IKLAN

Langkah ini ramai yang ‘skip’! Tahukah anda, jika tidak bersarapan pagi, ia juga boleh menjejaskan ‘mood’ anda kerana kekurangan sumber protein yang diperlukan oleh tubuh badan untuk memulakan aktiviti harian. Jadi, apa kata mulai hari ini, reka menu sarapan pagi yang anda minati. Tidak kisahlah semudah manapun, asalkan anda tersenyum menikmati menu pagi anda.

5. Hirup udara pagi di luar

Sumber gambar: In The Cove

Melihat pokok atau daun yang hijau sambil menghirup udara segar di waktu pagu boleh memberi ketenangan dan kedamaian pada hati kita. Lihat pemandangan pada waktu pagi, lebih indah dan sangat sejuk! Jadi, jika anda rasa berat untuk melakukan kerja di waktu pagi, lihat saja pemandangan di luar!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI