Sebagai umat Islam, sudah pasti keredhaan dari Allah S.W.T menjadi fokus utama kita dalam kehidupan harian. Untuk mengelakkan kita dari terjebak ke dalam kancah maksiat atapun melakukan perbuatan yang syirik, kita haruslah sentiasa meminta petunjuk dari Allah S.W.T. Antara amalan yang boleh kita amalkan ialah dengan membaca doa Nabi Sulaiman.
Doa Nabi Sulaiman dibaca untuk diberi petunjuk dari Allah S.W.T, mengharap rezeki dan kekayaan, menyembuhkan kesakitan serta menundukkan haiwan buas.
Doa Nabi Sulaiman ini sangat kuat kesannya. Ia sering diamalkan Nabi Sulaiman dalam meminta petunjuk, memohon dipermudahkan dan mendapatkan kekayaan serta kejayaan. Seperti kita tahu, Nabi Sulaiman adalah raja segala makhluk, betapa besarnya rezeki Allah SWT turunkan kepada Nabi Sulaiman.
Ertinya: Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.
Doa Nabi Sulaiman yang pertama ini adalah doa yang dapat digunakan untuk memohon kelancaran rezeki dan untuk kekayaan. Jika kamu sedang mengalami kesulitan hidup, atau berharap agar status kewangan menjadi lebih baik, amalkanlah doa agar rezeki lancar seperti yang terdapat dalam QS Shaad ayat 35 berikut ini.
Ertinya: Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.
2. Doa Nabi Sulaiman Untuk Menundukan Haiwan dan Mengusir Jin
Ertinya : Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Janganlah kamu berlaku sombong kepadaku, dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.
Semoga kita diberi petunjuk dari Allah S.W.T dan dipelihara dari perkara-perkara yang tidak elok. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nama personaliti ini mula jadi bualan ketika hadir di Perhimpunan Agung Umno atas jemputan Kelab Umno Luar Negara yang lalu. Bukan sahaja cantik tetapi bijak dan dia juga pandai bergaya. Ramai menggelarnya doktor selebriti kerana penampilannya seperti model (jika dilihat dalam laman sosial instagramnya). Doktor Syarifah Nur’ Insyirah Saifuddin Shah, 25 tahun baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kedoktoran dari Kursk State Medical University, Russia Jun lalu. Kejayaannya menamatkan pengajian di bidang perubatan dalam usia yang masih muda ini memang cukup membanggakan.
Walaupun dia kini sedang menunggu surat panggilan untuk memulakan perkhidmatan sebagai doktor, tetapi gadis cantik ini tetap masih mengulang kaji setiap hari supaya ilmu dipelajari tidak dilupakan.
Malah oleh sebab orang tahu dirinya pelajar perubatan, ramai yang bertanya tentang penyakit di (PAU) biarpun dia masih belum ‘posting’ sebagai doktor pelatih (housemanship). Dia yang meminati bidang perubatan sejak kecil lagi turut menjadikan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sukor sebagai idolanya.
Gadis kelahiran Kuala Lumpur yang mesra di sapa Affa merupakan anak tunggal kepada pasangan ibu bapa berdarah campuran Melayu, Cina dan Belanda sebelah ibunya, dan pakistan, Arab dan Indioa pula di sebelah bapanya.
Buat masa ini Afa berkhidmat sebagai penasihat kecantikan di sebuah syarikat di Setia Alam dan pada hujung minggu pula, akan bekerja secara sambilan sebagai pembaca berita di sebuah stesen televisyen swasta.
Ini bermakna, selain bergelar doktor perubatan, Affa juga turut digelar doktor selebriti kerana minatnya dalam bidang fesyen juga cukup terserlah setiap kali melihat foto yang dimuat turun di laman instagramnya. Affa dilihat cukup bijak bergaya dan ada kelas tersendiri.
Tidak hairanlah dia turut berjinak-jinak dalam dunia peragaan untuk mengisi masa terluang. Gadis manis ini juga turut dilantik menjadi jurucakap produk kecantikan jenama antarabangsa, Airish London di negara ini.
Dia juga sebenarnya punya cerita tersendiri kerana pernah jadi tular gara-gara mempunyai dua kad pengenalan sejak 13 tahun lalu.
Sebelum ini beliau pernah berhadapan dengan masalah apabila terpaksa membiasakan diri memegang dua jenis kad pengenalan yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Ini kerana satu kad pengenalan biasa digunakan memaparkan nama dan maklumat penempatan dirinya dan satu lagi kad bertujuan untuk mengesahkan nama penuhnya.
Sepanjang mempunyai dua kad pengenalan itu, dia tidak lupa ketika urusan melanjutkan pengajian ke luar negara kerana ditahan berjam-jam di Jabatan Imigresen untuk memastikan kebenaran yang dia memang mempunyai dua kad pengenalan.
Menurutnya dia mengalami kesukaran apabila melakukan urusan rasmi termasuk berdepan dengan Jabatan Imigresen sama ada dengan kerajaan Rusia atau Malaysia sendiri.
Ada yang tidak percaya keaslian kad berkenaan kerana nama ayahnya diasingkan daripada kad pengenalan asal.
Malah dia juga perlu meyakinkan orang ramai berhubung ketulenan kad pengenalan dan berdepan masalah jika mahu mengisi borang yang mempunyai ruang yang pendek.
Dan satu lagi masalah sering dihadapi adalah apabila beliau juga berdepan masalah untuk mengisi maklumat butiran peribadi terutama ketika menjalani ujian peperiksaan sejak bersekolah rendah lagi. Dia perlu mengisi dua borang kerana ruang nama yang disediakan tidak mencukupi.
Bagaimanapun pada Oktober lalu, Sharifah Insyirah sudah boleh menarik nafas lega apabila akhirnya mempunyai satu kad pengenalan.
Menurut Unit Perhubungan Awam JPN sebelum ini, penggunaan dua kad iaitu kad pengenalan dan satu lagi kad pengesahan nama adalah satu prosedur biasa.
Ia dilakukan sekiranya nama seseorang individu itu agak panjang dan melebihi ruang ditetapkan.
Bagaimanapun, JPN menyatakan ianya hanya ditetapkan untuk kad pengenalan lama memandangkan Mykad kini mempunyai cip simpanan melebihi 80 aksara. Malah, setakat ini tiada lagi penggunaan dua kad membabitkan Mykad.
JPN menasihatkan orang ramai terutama yang masih menggunakan kad pengenalan lama supaya mengemas kini kepada Mykad baru di cawangan terdekat bagi memudahkan segala urusan rasmi.
Mencantikkan diri di depan suami sememangnya dituntut dalam Islam. Isteri akan dapat pahala setiap kali berhias tetapi hanya pada suaminya sahaja.
Berbagai cara boleh dilakukan untuk kelihatan cantik demi menambat hati suami. Salah satu yang gemar dilakukan ialah mencukur bulu kening.
Persoalannya, apakah hukum seorang isteri memotong/mencukur sebahagian bulu kening dengan gunting supaya kelihatan cantik dilihat oleh suami?
Adakah boleh dicukur bahagian kening yang tumbuh lebih dari biasa atau memotong bulu kening yang panjang?
Hukum mencukur bulu kening adalah haram dan pelakunya dilaknat sebagaimana datang di dalam hadis.
Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
لَعَنَ النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم النَّامِصَةَ وَالمُتَنَمِّصَةَ
Maksudnya : “Telah melaknat oleh Rasulullah saw akan perempuan yang mencukur bulu kening dan yang minta dicukurkan.” (Hadith Abu Daud)
Maksud mencukur yang diharamkan ini ialah mencukur licin kesemua bulu keningnya atau mencukur sebahagian besar bulu kening yang ada dan ditinggalkan bahagian yang halus di atas keningnya.
Ada pun mencukur kening yang tumbuh lebih dari tempatnya atau memotong yang panjang daripadanya atau mengandamnya kerana tumbuhnya tidak kemas maka berlaku khilaf dikalangan ulamak dan panjang perbahasan ulamak pada masalah ini.
Sebahagian ulamak mengharuskannya dan sebahagian yang lain melarang.
Tersebut pada kitab Mughni Muhtaj bagi Syeikh Khatib Syarbini :
أما إذا أذن لها الزوج أو السيد في ذلك فإنه يجوز لأن له غرضا في تزيينها له و قد أذن لها فيه
Maksudnya: “Ada pun apabila suaminya atau penghulunya memberi izin pada memotong bulu kening maka harus ia kerana berhias bagi suaminya yang telah memberi izin baginya pada memotong itu.”
Berkata Imam As-Syairazi:
وأما الاخذ من الحاجبين إذا طالا فلم أر فيه شيئا لاصحابنا وينبغى أن يكره لانه تغيير لخلق الله لم يثبت فيه شئ فكره وذكر بعض أصحاب احمد انه لا بأس به: قال وكان احمد يفعله
Maksudnya: “Dan ada pun memotong dari dua keningnya apabila panjang ia maka aku tidak melihat apa-apa dari pandangan ashab kami. Dan sayugianya makruh ia kerana mengubah kejadian Allah yang tidak sabit suatu dalil atasnya itu maka dihukumkan makruh. Dan sebahagian ulamak Hanbali berkata ianya tidak mengapa dan dikatakan bahawa Imam Ahmad mengharuskannya.” (Kitab Al-Majmu’)
KESIMPULANNYA
*Haram mencukur semua kening atau mencukur sebahagian besarnya hingga tinggal yang halus daripada kening.
*Harus disisi setengah ulamak memotong kening yang panjang atau mengandamnya dengan gunting supaya kemas dilihat oleh suaminya dan bukan berniat untuk berhias kepada selain mahram manakala sebahagian ulamak yang lain memakruhkannya. wallahua’lam.
Bila bercakap mengenai hutang, hampir setiap daripada kita pernah berhutang kan? Tak kira lah hutang perumahan, kenderaan, peribadi atau pelajaran, kita pasti perlu menghadapi situasi “berhutang” dalam kehidupan kita.
Tetapi apabila hutang tidak dilangsaikan, mungkin hutang sudah menjadi bebanan yang perlu ditanggung. Sama ada anda haruskan atau lari daripada menglangsaikannya. Dalam islam harus anda melangsaikan hutang namun apabila anda mempunyai kesukaran membayar hutang, dalam islam menyarankan untuk mengamalkan doa supaya kita tidak dibebani dan dapat melunaskan hutang.
Sudah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan:
Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil
‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wamunzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon. A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.
Ertinya:
“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).
Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)
Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahwa maksud hutang dalam hadits tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, intinya mencakup segala macam kewajipan.” (Syarh Shahih Muslim, 17: 33).
Juga dalam hadis di atas diajarkan adab sebelum tidur iaitu berbaring pada sisi kanan. Semoga dapat diamalkan dan Allah memudahkan segala urusan kita dan mengangkat kesulitan yang ada. Aamiin…
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dulang girls Muslim dalam majlis bukan Islam mencetuskan persoalan. Mufti menjelaskan hukum perlu dilihat berdasarkan tujuan, konteks dan unsur ritual.