Ramai yang tahu pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin kini berada di luar negara dalam menghadapi persaingan perlumbaan MotoGP tahun ini. Dan kali ini dia tidak keseorangan apabila turut membawa isterinya, Suzana Manaf bersama. Pada mula menyangka isteri tersayang hanya berada di luar litar sebagai penguat semangat, tetapi rupa-rupanya dia turut menjadikan isterinya sebagai Umbrella Girl. Ini bagi menaikkan semangat untuk kekal konsisten berlumba apabila insan tersayang berada di sisi.
Isterinya yang juga seorang model Muslimah menjadi Umbrella Girl berhijab pertama berada di litar sempena perlumbaan di Thailand minggu lalu.
Nyata kehadirannya jadi tumpuan memandangkan yang dipayungi adalah suaminya sendiri dan dia juga santun dalam pakaian menutup aurat, lengkap dengan inner tangan.
Foto yang dimuat turun di laman instagramnya mendapat komen positif dari netizen. Rata-rata mendoakan kejayaan Hafiz dalam mengharumkan nama negara di pentas antara bangsa.
Umbrella Girl pembakar semangat
zulfadzliridzuan Bini jadi umbrella girl, memang semangat berkobar-kobar le jawabnya.
ballonzuza_surprise Wahhhh Good job bro ,pilihan Yg tepat ,smoga bertambah berkat ,bertambah semangat la bila tulang rusuk kiri ada Sbelah kan ,smoga sentiasa dirahmati kalian berdua
Walaupun berada di luar negara, namun kedua-duanya tidak pernah melupakan agama dan budaya kita. Malah jika diperhatikan setiap gambar di muat turun turut disertakan tanda pagar #bismillahfirst atau #akhiratdidepan.
Malah sempena sambutan Syawal yang lalu juga Hafizh dan isterinya juga lengkap berbaju Melayu di litar tanpa rasa kekok atau malu.
Setiap pasangan yang ingin melanjutkan sesuatu hubungan kearah yang lebih serius harus peka dengan kelebihan dan kekurangan kedua-dua pasangan. Mungkin tempoh jangka masa 4 tahun atau lebih itu anda tidak perasan satu perkara yang dikaburi cinta.
Ya, cinta itu penting namun untuk kearah lebih serius seperti kahwin dan mempunyai keluarga, kewangan juga faktor utama untuk permulaan hidup bersama. Jangan sampai anda terlebih cinta tapi pasangan pula ada ‘financial red flag‘.
Bukanlah kami ingin anda menjadi seorang yang materialistik namun ia satu perkara penting dalam permulaan hidup bersama. Ada juga yang sanggup utamakan cinta dari berfikir dengan jauh pada masa akan datang.
Dilaporkan oleh CNBC Indonesia, penulis kewangan CNBC Indonesia, Aulia Akbar, mengatakan financial red flag dalam perhubungan menunjukkan cara pemikiran pasangan anda dari segi pemikiran dan tingkah laku dalam menguruskan wang.
“Kalau pasangan anda sering memandang ringan mengenai cara mendapatkan wang dan menghabiskannya tanpa rasa sebersalah, itu sudah di kira sebagai ‘financial red flag’ dalam perhubungan.” katanya.
Terdapat beberapa ciri-ciri yang dijelaskan oleh Aulia Akbar yang boleh anda perhatikan kepada pasangan dan juga diri sendiri. Antaranya adalah:-
Mereka atau anda yang tidak mempunyai perancangan dalam kewangan atau tidak tahu bagaimana ingin menguruskan kewangan. Aulia Akbar menyatakan jika anda atau pasangan memberikan senario seperti tengah bulan sudah kehabisan wang sehinggakan meminjam pada sesiapa. Ini adalah salah satu tanda ciri ‘financial red flag‘.
Mempunyai hutang dalam jumlah yang wajar tidaklah menjadi masalah. Namun, apa yang menggusarkan lagi apabila jumlah hutang itu semakin bertambah dan tidak berkurang walhal wang yang sedia ada tidak mencukupi untuk membayar hutang yang sedia ada.
Situasi ini kebiasaannya terjadi akibat beberapa faktor dan salah satunya seperti kos sara hidup yang mewah. Lebih mementingkan ‘tampak mewah’ berbanding memikirkan rasional untuk hidup sederhana dan menyimpan wang juga ‘red flag’!
Impulsif membawa erti terlalu mengikut kata hati. Sudah tentu anda pernah dengar kebanyakan orang menyatakan ‘ikutkan kata hati juga membawa padah’, itu adalah satu amaran untuk kita berfikir rasional.
Seseorang yang suka membuat pembelian secara impulsif sering memikirkan wang senang sahaja untuk diperolehi tanpa berfikir apa yang bakal terjadi tanpa sedar. Ini jelas menunjukkan pemikiran yang kurang rasional boleh memberikan kesan buruk dalam membina keluarga suatu hari nanti.
Aulia Akbar juga menerangkan ada solusi untuk permasalahan ini iaitu dengan berkomunikasi. Kenapa komunikasi? Ia kerana apabila kedua pasangan serang berinteraksi dan membincangkan sesuatu perkara, misalnya membeli barang dan sebagainya, boleh membuatkan seseorang individu itu untuk berfikir sejenak sebelum membuat keputusan.
Oleh kerana itu, komunikasi dalam perhubungan itu sangat penting sebelum mengutamakan kata hati untuk menjalinkan satu hubungan yang sihat. Ya, wang tidak mampu memberikan kebahagiaan namun ia menjadi satu keperluan buat kehidupan kita. Berbelanja dengan jimat dan urus kewangan anda dengan bijak!
Dalam senario ‘new ummah’ masa kini ini, memang kita didedahkan dengan pelbagai situasi. Misalnya hukum bagi seorang perempuan yang tidak menutup aurat tetapi solat lima waktu tidak tinggal. Apakah solatnya juga jadi tidak sah dan hanya sia-sia. Ataupun bagaimanakah hukumnya yang sebenar.
Menurut jawapan dari Ustaz Azhar Idrus, tidak tinggal solat bermakna dia masih Islam. Jika tidak solat, maka tiada satu rukun Islam.
Tidak cukup satu rukun maka tidak sempurnalah Islamnya. Sama seperti solat ada 13 rukun.
Jika tidak rukuk maka tidak sah solatnya. Jadi, bila tinggal satu daripada rukun Islam, seseorang tidak dikatakan Islam.
Jika tidak tutup aurat tetapi tetap solat, dia dikira berdosa kepada Allah. Islamnya masih ada, kecuali jika dia tinggal solat, maka Islamnya akan tercabut.
Perempuan yang tidak pakai tudung tetapi solat itu lebih baik daripada perempuan yang pakai tudung tetapi tidak solat.
Manakala bagi perempuan yang masih tidak bertudung, maka hendaklah dia memasang azam untuk memakai tudung. Insya-Allah.
Wallahu’alam
KREDIT FOTO: INSTAGRAM HIJABI BLOGGER
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap insan di muka bumi ini inginkan pola gaya hidup sihat agar senantiasa cergas, kurang berisiko menghidap penyakit dan melalui hari nan indah. Kali ini, Hijabista kongsikan serba sedikit pola gaya hidup sihat yang bagus untuk diamalkan.
Yakin dan usaha, pasti ia berjaya dilakukan. Jika diamalkan secara konsisten akan membuatkan anda kekal sihat, cergas dan awet muda. Lebih-lebih bila mahu meraikan Syawal mulia.
Air mineral adalah air yang bagus diminum setiap hari, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ia mampu mencuci usus dan melancarkan sistem penghadaman. Mineral juga dapat membantu mengawal sisa kotoran di dalam tubuh.
Ramai yang meminati air berkarbonat, bukan? Rasanya enak dan melegakan, namun awas! Kandungan gula di dalamnya amat tinggi hingga mampu membuatkan anda mengalami masalah kegemukan dan buncit perut andai terlalu kerap pengambilannya.
Waktu tidur juga amat dan harus dipertimbangkan. Tidak boleh kurang mahupun terlebih masa tidur. Ini kerana tenaga dan imunisasi badan akan lemah andai tidak dijaga. Maka, anda harus amalkan gaya tidur mengikut jam yang ditetapkan; 6 jam minimum dan maksimum adalah 8 jam.
Nampak mudah bukan mengenai mentaliti yang positif. Kini anda harus tahu fikiran anda harus dijaga agar tidak terlalu memikirkan hal orang lain, sebaliknya fikirkan yang baik-baik sahaja. Usah terpengaruh dengan anasir negatif.
Amalkan meminum jus setiap hari kerana jus juga dapat mengawal berat badan manusia. Ia boleh menurunkan berat badan kerana setiap buah-buahan mempunyai zat tersendiri.
Mungkin anda tidak tahu bahawa ketawa juga mampu mengubati penyakit kerana ketawa dapat menghilangkan stres. Akan tetapi, usah ketawa berlebih-lebihan, tampak tidak sopan apatah lagi di khalayak ramai.
Perkara yang wajib anda lakukan, bersukan setiap hari selama 30 minit dikatakan dapat melupakan segenap kerja seharian anda. Inilah hiburan yang positif untuk diamalkan.
Usah pernah tinggalkan sarapan pagi anda. Ambil sarapan dalam kuantiti yang banyak kerana ia dapat memberikan kamu tenaga, ambil sedikit sahaja ketika makan tengah hari dan lebihkan minuman berkhasiat ketika waktu malam.
Jauhi diri dengan persekitaran yang berasap terutama asap rokok mahupun ‘vape’ kerana asap itu membawa kotoran dan ia mampu memberi kesan buruk pada sistem pernafasan manusia dan permukaan kulit wajah anda. Buat para hijabi, usah sesekali anda merokok kerana terdapat trend kini yang membawa imej negatif si hijabi merokok tanpa segan silu di khalayak ramai. Ini sememangnya mengundang persepsi negatif dan menggores imej hijabi. Utamakan kesihatan dan kebersihan diri. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.