Kayu manis bukan sahaja boleh digunakan didalam masakan, malah ia merupakan salah satu bahan yang terbaik untuk memastikan kulit wajah sentiasa sihat dan cantik berseri.

Sumber gambar: Marefee

Jangan terkejut ya, tetapi kulit kayu manis mampu untuk merawat kulit kering tau! Malah, banyak lagi kebaikan yang patut anda cuba untuk menjadikan kulit wajah lebih sihat. Lebih jimat kos! Nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan kulit kayu manis? Jom baca!

1. Melembapkan kulit

Percaya atau tidak, kayu manis dapat meningkatkan aliran darah ke permukaan kulit sehingga menghasilkan kulit yang lembap. Ia sekali gus dapat mengelakkan masalah kulit kering dan juga masalah kulit kusam.

Caranya, gunakan campuran 3 titis minyak kayu manis dan beberapa senduk petroleum jelly atau minyak zaitun. Kemudian, sapu lembut pada kulit yang bermasalah. Awas! Jauhi area mata kerana ia memiliki impak terbakar yang boleh merosakkan mata anda. 

2. Menyihatkan kulit

Kulit kayu manis juga memiliki sifat antibakteria yang membantu meningkatkan kesihatan kulit wajah. 

IKLAN

Caranya sangat mudah. Campur bahan-bahan yang terdiri dari pisang, serbuk kayu manis, yogurt dan jus lemon. Kemudian, tumbuk sampai rata dan lembut. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu, bersihkan dengan air hangat.

Sumber gambar: Karolina

3. Menjadikan kulit bercahaya

Selain dari memberi kelembapan kepada kulit wajah, kulit kayu manis juga dapat menjadikan kulit lebih bercahaya! Pertama sekali, anda harus mencuci muka dan keringkan terlebih dulu. Hancurkan satu buah pisang dan campurkan dengan 2 sudu besar yogurt, 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis, dan 1/2 sudu kecil jus lemon.

Sapukan pada wajah secara rata. Biarkan selama 15 minit. Setelah itu, cuci bersih dengan air suam.

IKLAN

4. Merawat kulit kering

Kayu manis membantu mengangkat sel kulit mati dan mengembalikan kelembutan kulit wajah. Untuk melawan kulit kering, anda boleh menjadikannya sebagai scrub!

Caranya, campurkan garam, minyak zaitun, minyak almond, madu, dan serbuk kayu manis. Apabila sudah sebati, sapukan campuran ini ke kulit. Teknik ini akan membuatkan kulit menjadi lebih tenang dan tidak kering.

Sumber gambar: Ron

5. Lip balm semula jadi

IKLAN

Tidak hanya untuk kecantikan kulit, kayu manis juga bermanfaat untuk kecantikan bibir. Pelembab bibir atau lip balm dari kayu manis ini dapat dibuat sendiri di rumah.

Caranya, campurkan sedikit serbuk kayu manis dengan beberapa titis minyak kelapa. Sapukan pada bibir sebagai lip balm seperti biasanya. Lip balm kayu manis dapat mencegah menjaga bibir pecah-pecah dan kering.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI