Perjalanan hijrah pelakon Izara Aishah sering menjadi tumpuan orang ramai. Imejnya yang bertudung labuh dan menutup aurat itu juga menjadi inspirasi ‘outfit of the day‘ khususnya buat para wanita di luar sana.
Baru-baru ini tular perkongsian kata-kata mutiara oleh pelakon tersebut mengenai erti istiqamah buat dirinya. Ramai yang memuji cara penyampaian dan makna yang diberikan olehnya itu.
‘Rasa Kuat Itu Akan Datang..’ – Izara Aishah
Perkongsian itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @user637484748, Nik Izara Aishah Binti Nik Izazurin atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah menjawab persoalan tentang tip untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.
“Tiada masalah tak kuat sekalipun, pakai sahaja. Nak buka, bukalah. Bila mahu pakai, pakai sahaja.
“Tapi bila dah pakai.. Pahalanya cukup dahsyat. Memang tidak diakui iman kita naik dan turun, lama-lama kita akan rasa kuat dan rasa sendiri untuk menutup aurat.
“Izara tutup sebab Izara jumpa ayat dalam al-Quran yang Allah SWT pesan untuk tutup aurat. Minta doa banyak-banyak, Allah SWT will guide you.” katanya.
Izara juga turut menceritakan tentang latar belakang keluarganya. Katanya, melihat perubahan yang berlaku melalui keluarganya yang mulai menutup aurat membuatnya bersyukur.
Izara Membesar Dalam Keluarga MODEN, Tapi Tak Pernah Tinggal Solat!
Ads
“Izara dibesarkan dengan keluarga yang moden, tetapi masih religious. Moden tetapi memang solat tak tinggal.
“Tetapi kita bukan jenis yang pakai tudung. Selepas itu bila semua dah meningkat usia, semua family dan Izara sendiri mula untuk menutup aurat.
“Lama-lama bila umur meningkat kita akan realize sendiri. Slow-slow tak perlu risau.” ujarnya lagi.
Ads
Sekadar info, pelakon Pilot Cafe itu mulai mengenakan tudung pada 14 Ogos 2021. Satu hantaran gambar dimuat naik pada akaun Instagram miliknya mengejutkan semua peminat sekali gus dia juga memadam gambar-gambarnya yang terdahulu.
Kita selalu lihat orang selalu akan moody bila hujan sepanjang hari. Ada juga yang akan tampak riang atau happy apabila cuaca begitu baik sepanjang hari. Bila tiba hujan dan cuaca yang tak menentu, ada juga yang menunjukkan berbagai emosi.
Jadi adakah emosi manusia ini boleh terpengaruh dengan cuaca? Bolehkah ia menjadi faktor utama keadaan dan suasana orang di sekeliling kita di pengaruhi oleh perubahan cuaca? Mungkin jawapannya ya ataupun tidak, boleh terjadi tidak barangkali.
Kalau anda pernah tengok cerita filem siri X-Men, sudah pasti anda kenal satu watak yang bernama Storm. Watak itu mempunyai kuasa yang boleh mempengaruh cuaca mengikut moodnya. Jadi, dalam realitinya, adakah manusia boleh terpengaruh dengan keadaan cuaca di sekeliling?
Menurut Houston Methodist, dalam kajian sains, isu ini telah menjadi satu perdebatan yang hebat kerana ianya belum di kenalpasti sama ada sebetulnya-betulnya emosi itu boleh terpengaruh dengan cuaca. Ada juga yang menyatakan ia mengikut emosi individu tersebut.
Pada tahun 1984, terdapat kajian yang di lakukan untuk mengenalpasti perubahan emosi yang mengakibatkan anxiety dan kemurungan oleh kerana perubahan cuaca. Terdapat beberapa faktor cuaca yang mempengaruhi seperti:
Kajian itu mendapati kadar cahaya matahari, suhu dan juga kelembapan banyak mempengaruhi faktor perubahan emosi. Ia menunjukkan kadar kelembapan yang tinggi boleh mengurangkan konsentrasi atau fokus sesorang dan membuatkan mengantuk.
Sebenarnya terdapat kajian yang menunjukkan emosi tidak ada kena mengena dengan cuaca. Hasil kajian yang meneliti isu ini tidak dapat menjelaskan kesahihan kajian ini dan cenderung tidak dapat membuktikan satu kesimpulan.
Pada tahun 2008, kajian telah di lakukan dan di dapati cuaca sememangnya tidak mempengaruhi emosi yang ceria. Hal ini kerana, terdedah kepada cahaya yang banyak dan suhu yang baik tidak menjamin seseorang itu akan cenderung untuk gembira.
Oleh dengan itu, ia tidak di sangkal bahawa tiada yang berkait cuma akan memberikan kesan yang minor kepada manusia sebagai contoh cahaya matahari yang panas akan membuatkan seseorang tidak selesa. Namun, kajian pada tahun 2005, ada menunjukkan kesimpulan bahawa manusia akan mudah terpengaruh dengan cuaca apabila mereka melakukan aktiviti di luar.
Jadi, jika henda di katakan mempengaruh, ia sama sekali akan memberikan kesan yang sedikit sahaja terhadap manusia. Selepas ini, anda boleh lihat perubahan cuaca terhadap rakan-rakan anda, pasti mereka akan memberikan reaksi sedikit tetapi hanya sekadar buat seketika waktu sahaja.
Jika membahas tentang rezeki dan juga masalah kewangan, maka ada beberapa kes yang mungkin saja masih bergelut dengan kurangnya pendapatan, sehingga cara yang ditempuh pun pelbagai. Salah satunya adalah dengan meminjam wang atau biasa disebut dengan berhutang.
Menanggung hutang yang banyak adalah satu beban yang berat. Diri menjadi seperti seorang hamba yang kehilangan kebebasan. Buat apa sahaja termasuk sedang beribadah pun teringatkan hutang. Tidur tidak dapat merehatkan tubuh dan minda kerana sering terjaga dalam keadaan takut dan bimbang.
Alangkah baiknya jika siang tiada kerana susahnya hati hendak berdepan dengan manusia. Begitulah keadaan orang yang berhutang. Hatinya tidak tenang. Lebih dibimbangi jika hutang masih tidak lunas semasa ajal menjemput.
Dewasa kini ramai orang yang berhutang dengan dalih kerana keperluan hidup yang semakin sulit, dan pendapatan yang kurang. Sehingga hutang pun terasa sudah menjadi gaya hidup yang biasa.Akan tetapi, ada di antara mereka pada pengakhirannya terperosok jauh dan tak boleh membayar hutang tepat waktu kerana ada keperluan lain yang lebih mendesak.
Banyak kes yang berlaku menyedihkan yang terjadi akibat dari hutang tersebut. Mulai dari bunuh diri kerana tertekan, sampai akhirnya tegar mencuri hanya gara-gara ingin hutang cepat terlunas. Sebagai manusia, seharusnya ketika sedang ditimpa masalah hanya ada satu jalan keluar.
Iaitu dengan pasrah diri kepada Allah SWT, dan juga mencuba berusaha salah satunya adalah dengan membaca doa melunaskan hutang. Dalam Islam sendiri hutang hukumnya adalah dibenarkan kerana memang sebagai makhluk Allah kita tidak boleh hidup sendiri.
Namun ketahui pula syarat berhutang, dimana salah satunya adalah ketika dalam keadaan yang benar-benar terdesak saja. Jika sampai menjadi kebiasaan, maka boleh menjadi bahaya justeru mampu merosakkan akhlak.
“Sesungguhnya seseorang apabila berhutang, maka dia sering berkata lantas berdusta, dan berjanji lantas memungkiri.” (H. R. Al-Bukhari).
Seseorang yang terikat dengan hutang sangat mudah untuk dipengaruhi oleh iblis agar mengerjakan maksiat demi boleh melunaskan hutangnya, dengan berbagai cara termasuk mencuri atau merompak. Ternyata hutang jika diteruskan boleh membuat efek buruk terhadap sikap manusia.
Oleh kerana itulah sebaik mungkin hindari hal tersebut, serta jika sudah terjebak cepat-cepat lunaskan dan baca doa amalkan doa ini sebelum tidur setiap malam.
Bagaimana amalan doa lunas hutang tersebut? Ternyata ada beberapa anjuran ketika hendak melunaskan hutang dengan cepat. Akan tetapi bukan hanya berdoa saja, jelasnya adalah harus ada usaha untuk bekerja dan mencari pendapatan agar hutang boleh cepat terbayar.
Telah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata,
“Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan,
Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil ‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon. A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.
Ertinya:
“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an).
Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah). Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu.
Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu.
Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)
Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahwa maksud utang dalam hadits tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, intinya mencakup segala macam kewajiban.”
(Syarh Shahih Muslim, 17: 33).
Juga dalam hadits di atas diajarkan adab sebelum tidur iaitu berbaring pada sisi kanan.
Semoga boleh diamalkan dan Allah memudahkan segala urusan kita dan mengangkat kesulitan yang ada.
QULI ALLAAHUMMA MAALIKA ALMULKI TU’TII AL MULKA MAN TASYAAU WATANZI’U ALMULKA MIMMAN TASYAAU WATU’IZZU MAN TASYAAU WATUDZILLU MAN TASYAAU BIYADIKA ALKHAYRU INNAKA ‘ALAA KULLI SYAY-IN QADIIRUN
ERTINYA :
Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.
TUULIJU ALLAYLA FII ALNNAHAARI WATUULIJU ALNNAHAARA FII ALLAYLI WATUKHRIJU ALHAYYA MINA ALMAYYITI WATUKHRIJU ALMAYYITA MINA ALHAYYI WATARZUQU MAN TASYAAU BIGHAYRI HISAABIN
ERTINYA :
Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas).
Bacalah dengan khusyuk doa melunasi hutang diatas setelah solat lima waktu. Bacalah masing-masing sebanyak 3 kali.
Di malam hari, lakukanlah solat hajat 2 rakaat. Niatkan hajat anda supaya cepat melunaskan hutang yang anda miliki. Mintalah pada Allah dengan setulus hati penuh rasa rendah hati dan tawadhu’ Setelah salam, bacalah doa diatas sebanyak masing-masing 11 kali.
Tutuplah dengan membaca surat Al Fatihah sebanyak 3 kali saja.
Lakukan secara istiqomah amalan ini selama 40 hari tanpa henti maka insya Allah hutang anda akan cepat dapat dilunasi dan anda pun boleh lancar rezekinya. Amin. imbangilah dengan usaha nyata sebagaimana mestinya seperti mahu bekerja apa saja yang penting halal, bekerja dengan giat tanpa kenal lelah. Bersemangatlah dalam menjalani hidup meski anda banyak hutang. Yakinlah bahawa semua permasalahan pasti ada jalan keluarnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sarapan pagi adalah hidangan yang paling penting pada permulaan hari. Walau bagaimanapun, pakar pemakanan dan doktor tidak berhenti mengesyorkan oatmeal untuk sarapan pagi. Fungsi lain, sebagai contoh ia boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Oat haruslah berkualiti tinggi, mesra alam, dan bebas daripada kekotoran dan zarah asing. Untuk mempelbagaikan rasa oat, tambah buah-buahan segar, kacang, kayu manis, krim, atau yogurt rendah lemak ke campuran.
8 manfaat lain memulakan hari makan oat setiap hari.
Oatmeal sesuai untuk rawatan keadaan keradangan, seperti ekzema atau kerengsaan, dan juga menggalakkan kulit yang sihat. Sifat unik batang oatmeal dari kehadiran pelbagai jenis vitamin dan unsur surih dalam komposisinya. Zink membantu membersihkan kulit dan menghilangkan toksin dan sebatian berbahaya yang lain. Ia juga berkesan mengecilkan liang pori dan mempunyai kesan meremajakan. Iron adalah salah satu unsur yang paling penting untuk pemakanan dan tepu kelembapan dalam sel-sel kulit. Manganese membuang bengkak dan keradangan, dan juga menggalakkan penyembuhan kulit yang cepat selepas luka, lebam, luka terbakar, dan kecederaan mikro yang lain. Magnesium menormalkan peredaran darah dan memberikan pembaharuan sel-sel kulit.
Satu hidangan atau kira-kira 8 sudu besar oat, memberikan 15% daripada jumlah protein harian yang disyorkan. Jangan lupa tentang vitamin E, antioksidan, dan glutamin, yang membantu untuk meregenerasi gentian otot dengan lebih cepat.
Oat kaya dengan antioksidan – salah satunya ialah Avenanthramides – yang membantu meredakan gatal-gatal, keradangan, dan tekanan darah. Oat mengandungi beta-glucan, yang menurunkan gula dalam darah. Kesan ini dipertingkatkan dengan kehadiran vitamin C. Secara rawaknya sarapan pagi yang baik menggabungkan jus oren dengan oat.
Oatmeal kaya dengan karbohidrat dan memberikan lebih banyak tenaga untuk badan. Ia disyorkan untuk memakan oat kering, kerana anda akan merasa puas untuk masa jangka yang lebih lama, mengelakkan keperluan untuk makanan lain.
Penggunaan harian oatmeal membantu meningkatkan metabolisme, mempercepatkan penurunan berat badan. Sarapan pagi berdasarkan oatmeal dalam tempoh yang panjang membolehkan kita menahan pengambilan kalori yang berlebihan.
Karbohidrat lambat yang terkandung di dalamnya, membolehkan kita mengawal selera makan dan keresahan dan mengekalkan paras gula darah normal. Nutrien di dalamnya bukan sahaja mempercepatkan metabolisme kita, tetapi juga menghalang pengumpulan lemak dan toksin dalam tubuh, dan mencegah kita makan berlebihan.
Oat mengandungi serat yang dipanggil beta-glucan, yang membantu mengurangkan kolesterol dalam badan. Oleh kerana asid linoleik dan serat larut yang terkandung dalam oatmeal, ia membantu menurunkan tahap trigliserida dan kolesterol jahat dalam darah. Nutrisi ini “membersihkan” sisa lemak dari dinding arteri dan melindungi tubuh kita dari perkembangan penyakit serius seperti aterosklerosis, serangan jantung, dan strok.
Oat kaya dengan lemak sihat yang baik dan menyokong sel-sel jantung dan sistem peredaran darah. Terima kasih kepada antioksidan yang terdapat di oatmeal, kebarangkalian kerosakan pada dinding saluran darah oleh radikal bebas “melekat” berkurang.
Pakar mengesyorkan makan serat setiap hari – di mana-mana 25 hingga 35 gram kerana ini sesuai untuk pencernaan yang baik. Hanya sebilangan kecil oat mengandungi 1/5 daripada pengambilan serat harian yang disyorkan.
Itulah sebabnya oatmeal adalah sempurna untuk rutin harian anda, apatah lagi bahawa serat akan membantu anda mengekalkan fungsi usus yang betul dan, dengan itu, menghalang anda daripada menerkam.
Jom makan oat setiap hari!
Sesekali kalau nak tukar selera makan, sekarang ni Lazada MY ada bagi Ramadhan Food Voucher discount , diskaun sehingga RM9 potongan. Jimatkan!
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.