Sejak menjadi johan dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61, nama Nor Farhatul Fairuzah Panut sering menjadi tumpuan ramai sekaligus menjadi inspirasi buat remaja di negara ini.
Terbaharu, video yang dimuat naik oleh gadis berusia 20 tahun ini di laman instagramnya mencuri perhatian ramai apabila Ernie Zakri dan juga Wany Hasrita memintanya untuk mengajar mereka melakukan bacaan taranum. Jom kita saksikan!
Walaupun hanya bacaan bismillah, namun kedua-dua mereka telah mengalunkannya dengan merdu sekali.
Rata-rata daripada pengikut laman instagramnya terpegun kelunakan suara mereka. Tindakan mereka ini secara tidak langsung mengajak orang ramai untuk turut serta melakukan ‘taranum challenge’ dan sekaligus dapat memantapkan lagi bacaan al-quran mereka.
Sedikit info mengenai Farhatul, dia merupakan anak bongsu lima beradik kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin.
Dia mula belajar tarannum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah pada usia seawal tujuh tahun. Bukan hanya Farhatul, malah kesemua adik-beradiknya turut aktif menyertai pertandingan tilawah.
Pada pertandingan peringkat kebangsaan yang disertainya tahun lepas, Farhatul diangkat sebagai johan manakala kakaknya, Nor Faizah, menjadi naib johan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kadang-kadang mungkin ada masanya kita akan terjaga di tengah malam. Peluang terjaga di tengah malam jangan sesekali disia-siakan. Selalunya yang sering terjaga di tengah malam ialah golongan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil.
Apabila terjaga di tengah malam, ia memberi peluang untuk kita melakukan solat Tahajud. Namun jika tidak mampu melakukannya, cubalah amalkan doa seperti yang dikongsikan oleh Farhana Muhammad ini.
Duhai ibu, jangan disia-siakan saat anak kecil ‘mengejutkan’ si ibu pada waktu malam!
Apabila bergelar ibu, lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai anak-anak kecil, pasti pada waktu malam si kecil ‘mengejutkan’ ibunya. Mungkin kerana lapar atau mungkin kerana lampin basah.
Jadi, jangan biarkan ‘aktiviti di tengah-tengah malam’ berlalu begitu sahaja tanpa si ibu memanfaatkannya sambil-sambil menyusukan anak atau menukar lampin yang basah.
Apa kata usai menukar lampin atau ketika menyusukan anak, si ibu berdoa sebegini;
“Tidak ada Tuhan yang disembah kecuali Allah semata, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan untukNya segala pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar. Dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Kemudian diucapkan: “Ya Allah ampunilah aku” atau dia berdoa nescaya akan dimakbulkan untuknya. Apabila dia berwuduk nescaya diterima solatnya.” (HR: Muslim)
Doa ini diajar oleh Ustazah Norhafizah Musa dalam salah satu kuliahnya di Masjid Hulu Kelang. Kata ustazah, apabila kita terjaga di tengah malam, seeloknya baca doa demikian dan disusuli dengan doa yang kita sendiri hajatkan. InshaaAllah, doa tersebut akan dimaqbulkan. Lebih elok lagi sekiranya kita mampu bangun menunaikan solat selepas membaca doa tersebut.
Mungkin bagi si ibu yang anaknya suka mengempeng, bangun menunaikan solat di tengah malam satu mujahadah yang cukup besar. Ditambah lagi dengan rasa kantuk, bersengkang mata dengan karenah si kecil memang menjadi bertambah sukar. Setidak-tidaknya, ibu boleh memanfaatkan berjaga malam itu dengan membaca doa sedemikian.
Reda. Mungkin ia tidak semudah yang menyebut perkataan ini. Namun sebagai umat Islam, kita harus menerima setiap apa yang berlaku dengan reda. Walaupun mungkin sesuatu ujian itu agak berat namun kita haruslah menerimanya dengan hati yang terbuka.
Reda dengan qada’ dan qadar itu ialah menerima segala ketetapan Allah dengan penuh ikhlas, tunduk dan patuh sama ada suka atau duka yang melanda. Hati tetap melaluinya dengan tenang dan lapang serta tidak menyangkal akan segala yang ditetapkan ke atasnya.
Maksudnya: “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Setiap manusia akan diuji melalui jalan kesenangan, kejayaan dan ada juga yang diuji melalui masalah mahupun musibah. Allah Mengetahui sejauh mana kekuatan dan kemampuan hamba-Nya.
Saat ditimpa ujian, Islam mendidik jiwa agar bersabar, bertawakal dan diakhiri dengan reda. Mereka yang menerima segala ketetapan dan peraturan daripada Allah adalah yang paling redha dengan takdir-Nya.
Jika kita memilih sebaliknya dan mempertikai peraturan Allah seperti kenapa harus aku berhijab, maka ia dicela oleh Allah seperti dalam hadis Qudsi:
من لم يرض بقضائى ويصبر على بلائى فليلتمس رباً سواى
“Barangsiapa yang tidak reda terhadap qadak Ku serta tidak sabar terhadap ujian Ku, maka carilah Tuhan lain selain Ku.” (Hadis Riwayat Thabrani)
Dalam sebuah hadis, daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda :
(Aku reda Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad sebagai Nabiku).’ Ketika masuknya waktu petang hari sebanyak tiga kali dan di pagi hari tiga kali, maka wajib bagi Allah untuk meredhainya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Ahmad no. 18200)
Namun, apakah semudah itu jalan untuk menggapai reda Allah? Ia bukan semudah itu. Mari kita berazam untuk jadikan zikir ini sebagai amalan harian kita. Dibaca 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang. Mudah-mudahan dengan beramal dengannya kita beroleh reda Allah di Mahsyar kelak.
HIJABISTA: Seperti yang kita ketahui, kehidupan kita hari ini adalah bersifat sementara. Oleh itu berusahalah untuk mendapat kereadaan dari Allah demi kehidupan abadi dunia dan akhirat.
Pernah tular wanita yang kudung kedua belah tangan sejak lahir, Norfarrah Syahirah Shaari kini selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama seorang jejaka di kediamannya di Bagan Datuk, Perak.
Perkongsian itu di buat pada laman Instagram wanita itu sebagai makluman orang ramai mengenai status perkahwinannya. Malah, dia juga meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis itu dan bakal menyusul ke alam perkahwinan.
Wanita berusia 34 tahun itu juga memuat naik beberapa keping foto berlangsungnya majlis pertunangannya bersama pasangan, Zul Roy. Dia yang kelihatan manis di pelamin bak seorang puteri dengan busana pengantin yang berwarna hijau muda.
“Alhamdulillah…selesai majlis pertunangan.” itulah kapsyen yang di tulis pada posting di Instagram memanjat rasa kesyukuran.
Foto yang dikongsi juga menunjukkan seorang wanita yang dipercayai bakal ibu mentuanya sedang memaikan gelang kaki padanya sebagai simbolik mengikat talian pertunangan.
Ada juga beberapa foto yang memperlihatkan Norfarrah Syahirah duduk bersama pasangannya di atas pelamin dan kelihatan manis bersama. Pemilihan warna busana hijau muda juga sangat kena bagi dua pasangan ini.
Sudah tentu bagi siapa yang mengikuti perkembangan wanita ini, ramai yang akan memberikan sokongan padanya. Tambahan lagi, ini merupakan berita yang baik buat Norfarrah dan ramai yang mendoakan supaya dia peroleh kebahagiaan.
“Cantiknya sis…tahniah sis…doakan saya insan yang bergelar OKU bertemu jodoh jua…tahniah sis…selamat bertunang,
“Alhamdulillah. Tahniah sis dan semua pihak keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga bagagia di dunia dan akhirat. InsyaAllah, Aamiiin Ya Rabbal A’lamiiin. MasyaAllah, cantik sis.” berikut antara komen yang diberikan oleh pengikutnya.
Terdahulu, dia pernah tular di mana ramai yang ingin tahu cara bagaimana wanita tersebut membawa kereta meski ada serba kekurangan. Namun, dia tampil memberikan sebuah video khas untuk menjelaskan caranya.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.