Dunia digital kini mendekatkan kita dengan pelbagai info berguna. Sama ada tip untuk travel, berjimat, hias rumah dan paling popular serta viral pastinya petua untuk kuruskan badan. Perkongsian di laman instagram menggunakan akaun @Cikgu_Diet memberitahu menu yang diamalkan oleh pelajarnya untuk menurunkan 5 kg dalam masa hanya 10 hari.
Menurutnya sebelum ini walaupun ada yang sanggup tidak makan nasi, skip makan dan banyak hadir kelas diet namun hasilnya semua tidak menjadi.
Namun kini dengan menu diet yang betul diamalkan pelajarnya menjadikan mereka boleh makan nasi, bersarapan pagi dan juga makan malam. Daripada situ mereka tahu cara mudah untuk kurus.
Dan turut dikongsi menu lunch sihat yang dikongsi oleh pelajarnya. Jadi bagi yang berhasrat untuk kuruskan berat badan tetapi masih mahu makan, boleh amalkan cara ini.
INILAH LUNCH YG STUDENT CIKGU DIET MAKAN & ADA YG BOLEH TURUN 5 KG 10 HARI.
“Dulu dah la tak makan nasi, skip meals pun selalu. Pegi kelas2 diet tak terkira banyaknya. Puasa baru ni pun berat kemain susah nak turun.”
“Tapi sekarang lunch boleh makan nasi. Menu breakfast sampai supper pulak akan dinilai. Baru tau sesenang ni rupanya nak kurus”
Inilah antara menu lunch sihat yang dikongsi student2 Cikgu Diet.
Anda boleh cuba try test menu2 ni. Tapi kalau tak turun berat, jgn salahkan saya pulak tau. Student2 Cikgu Diet semua dapat HIGH INTENSIVE PERSONAL COACHING.
Ads
Diorang semua ada guide dan bimbingan dari personal coach berpengalaman tentang menyediakan makanan yg kenyang, sedap dan menguruskan badan.
Menu 1
Menu 2
Menu 3
Ads
Menu 4
Menu 5
Menu 6
Menu 7
Menu 8
Ads
Menu 9
Ini pula sebahagian menu wajib kalau nak cepat kurus
Menu 1
Menu 2
Menu 3
Menu 4
Menu 5
Menu 6
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Minyak rambut DIY boleh menyuburkan rambut dan memerangi rambut gugur dengan berkesan. Memberi minyak pada rambut dan mengurut kulit kepala adalah cara yang terbukti untuk mengurangkan rambut gugur.
Malah, ini juga akan menguatkan folikel rambut, meningkatkan peredaran darah, dan memberikan khasiat yang diperlukan kepada kulit kepala. Jika anda ingin memberikan rambut anda kelihatan seperti sutera tanpa sebarang bahan kimia, minyak yang disenaraikan di bawah adalah untuk anda. Ketahui cara minyak ini boleh membantu menggalakkan pertumbuhan rambut dan dapatkan resipi 5 minyak rambut di sini.
Minyak kelapa kaya dengan lemak tepu dan boleh menembusi batang rambut untuk memberikan kelembapan yang mendalam. Satu kajian menunjukkan bahawa minyak kelapa juga membantu mengurangkan kehilangan protein. Minyak ini berkesan untuk rambut berporos rendah atau rambut kerinting dengan membantu merungkai simpulan. Anda boleh menggunakan minyak kelapa dara untuk urutan kulit kepala yang menenangkan.
Minyak jarak ialah minyak pekat dan likat yang diekstrak daripada tumbuhan Ricinus communis. Bukti t menunjukkan bahawa minyak kastor boleh membantu menggalakkan pertumbuhan rambut dan melebatkan kening dan bulu mata. Namun, sifat likat minyak rambut ini menyebabkan ia agak sukar untuk disapu dan dibilas.
Minyak bunga raya adalah minyak berwarna merah yang diekstrak daripada bunga raya. Satu kajian mendapati minyak daun bunga raya lebih kuat untuk pertumbuhan rambut daripada yang diekstrak daripada bunga. Minyak bunga raya telah digunakan di India sejak zaman purba untuk kunci rambut lebat dan tebal. Selain itu, ia mempunyai bau yang menyenangkan, melembapkan rambut, dan mencegah kelemumur.
Minyak jojoba mempunyai sifat anti-radang dan digunakan secara meluas sebagai ramuan penjagaan kulit. Ia juga menyuburkan rambut dan merangsang pertumbuhannya. Malah melembapkan rambut dan kulit kepala dan membantu mengelakkan hujung bercabang dan pecah. Minyak jojoba juga boleh membantu merawat kulit kepala kering, kelemumur dan kulit kepala gatal.
Minyak argan ringan seperti bulu. Ia boleh digunakan untuk mengurut kulit kepala dan menggayakan rambut yang kasar dan kering. Ia terdiri daripada asid lemak tak jenuh tunggal dan tepu, tokoferol, polifenol, sterol, alkohol triterpena, dan squalene. Minyak Argan membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat, menghalang rambut rosak dan menjadikan rambut licin dan berkilat.
Selain daripada minyak ini, minyak pati juga bagus untuk pertumbuhan rambut dan menambah aroma yang indah dan menenangkan pada minyak rambut DIY anda. Berikut ialah senarai minyak pati yang boleh anda gunakan.
Satu kajian menunjukkan bahawa minyak pudina membantu meningkatkan bilangan folikel rambut, kedalaman folikel rambut. Minyak ini mempunyai kesan menenangkan pada kulit kepala dan juga boleh membantu mengurangkan kelemumur.
Satu kajian mengesahkan bahawa minyak lavender boleh digunakan untuk pertumbuhan rambut. Minyak lavender, apabila digunakan pada kulit kepala dengan minyak pembawa seperti jojoba atau minyak biji anggur, boleh menjadi terapi yang selamat dan berkesan untuk alopecia areata.
Minyak pati rosemary juga boleh digunakan untuk merawat alopecia androgenik atau keguguran rambut corak wanita. Ia membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala, menyuburkan kulit kepala dan merangsang folikel rambut.
Minyak cedarwood membantu mengimbangi pengeluaran minyak, mempunyai ciri antikulat dan antibakteria, mengurangkan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Bersama-sama dengan minyak pembawa, minyak kayu cedar juga boleh membantu merawat alopecia areata.
Minyak chamomile mempunyai kesan santai dan baik untuk menenangkan kulit kepala. Ia juga membantu mengubah rambut kasar menjadi keriting lembut. Minyak pati ini bermanfaat untuk pertumbuhan rambut. Untuk mendapatkan rambut tebal yang mempersonakan, anda boleh cuba lakukan resipi DIY minyak rambut ini. Hanya lakukan di rumah!
Nota: Anda boleh membuat kumpulkan adunan ini dan menyimpannya untuk kegunaan masa hadapan.
BAHAN:
LANGKAH-LANGKAH:
Nota: Lakukan ujian tampalan sebelum menggunakan minyak pudina. Jika anda mempunyai kesan kesemutan pada kulit kepala, elakkan menggunakannya.
BAHAN:
LANGKAH-LANGKAH:
BAHAN:
LANGKAH-LANGKAH:
BAHAN:
LANGKAH-LANGKAH:
Simpan minyak rambut DIY ini dalam botol kaca coklat dan gunakan penitis. Anda boleh menemuinya di mana-mana kedai dalam talian. Pastikan untuk menyimpannya jauh dari matahari dan di tempat yang kering. Juga, cipta minyak dalam kelompok untuk mengelakkannya daripada menjadi tengik.
Berikut ialah senarai perkara yang boleh dan tidak boleh anda ikuti semasa menggunakan minyak rambut DIY.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini kecoh di media sosial berkenaan inisiatif kerajaan yang memperkenalkan ‘menu Rahmah’ bertujuan membantu rakyat khususnya golongan B40 yang kurang berkemampuan.
Lebih menarik lagi, apabila inisiatif ini turut mendapat perhatian bukan sahaja warga tempatan, tetapi orang luar yang berkunjung ke Malaysia.
Terbaharu tular sebuah video di laman sosial, memaparkan seorang ‘Mat Salleh’ yang teruja dan menyambut baik inisiatif ini dan mencadangkan agar kerajaan United Kingdom dan negara lain untuk mencontohi Malaysia.
Video berdurasi kurang dua minit itu telah dibuat oleh pengguna Tik Tok menerusi akaun @Veggiesontour dan telah dilihat seramai 26.4 ribu tontonan, sebelum video berkenaan tular dan diulangciap di laman Twitter.
Mat Salleh ni dia suruh Rishi Sunak blajor dari Anwar.
Selain itu, lelaki itu juga berkongsi rasa kagumnya sewaktu mencuba hidangan lengkap tersebut yang hanya bermodalkan RM5.
Lebih mengejutkan dan menjadi sorotan wargamaya apabila lelaki itu membuat perbandingan hargad diantara hidangan di Malaysia dan juga negaranya United Kingdom (UK).
Sehubungan itu, lelaki itu mencadangkan agar Kerajaan UK dan negara-negara lain turut melaksanakan inisiatif sama seumpanya, yang membantu golongan kurang berkemampuan untuk meneruskan keberlangsungan hidup ketika inflasi melanda dunia.
“Dunia sedang berdepan inflasi, kos hidup meningkat dan ramai orang sedang berjuang meneruskan keberlangsungan hidup. Negara seperti United Kingdom juga sedang ‘Struggle’ untuk memberi rakyatnya makan.
“Lihat apa yang negara Malaysia lakukan? Untuk membantu rakyatnya. Malaysia laksanakan inisiatiatif yang amat bagus, ‘Menu Rahmah’ untuk membantu golongan kurang berkemampuan. Dunia perlu belajar daripada Malaysia!,” ujarnya dalam video tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati hantaran berkenaan dihujani dengan pelbagai respon dan komen positif.
Berikut merupakan beberapa komen yang berjaya menarik perhatian Hijabista!
Sekadar info, inisiatif menu Rahmah bertujuan membantu golongan B40 agar dapat menikmati set hidangan lengkap dengan kos yang lebih murah.
Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan ini untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
Sumber: Tik Tok @Veggiesontour
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa yang ada masalah sinki dapur atau saliran air yang selalu sangat tersumbat? Masalah singki tersumbat ini merupakan perkara biasa. Namun, siapa je tak ‘stress’ bila nak masak kat dapur je singki tersumbat… Memang ‘spoil’ mood betul!
Sinki merupakan satu ‘ruang kerja’ yang paling penting di dapur kerana ia adalah tempat untuk mencuci ikan, ayam, sayur-sayuran dan pinggan mangkuk setiap hari. Masalah singki tersumbat mungkin disebabkan terdapat cebisan sisa makanan, minyak, lemak atau rambut yang tersekat di dalamnya.
“Aduh, boleh pula sinki tersumbat… Barang-barang masak dah ada, kejap lagi pula ‘rushing’ nak keluar….. takkan nak panggil tukang paip pulak. Apa nak buat ni?”
Okay pertama sekali, anda kena bertenang sebab kebanyakan masalah sinki tersumbat tidaklah serius mana dan ia boleh diselesaikan dengan cepat dengan menggunakan hanya bahan yang dah tersedia di rumah. Bak kata orang, buat apa membazir jika boleh DIY(Do It Yourself) je! Berikut adalah beberapa teknik yang anda boleh gunakan.
Anda mungkin hanya mempunyai penyedut habuk atau vakum kering yang sesuai untuk kegunaan dalam rumah sahaja. Namun, lebih baik jika anda mempunyai vakum yang juga boleh digunakan dalam keadaan basah. Ini kerana vakum tersebut boleh digunakan untuk membersihkan sinki yang tersumbat.
Cara untuk menggunakan penyedut habuk kering dan basah untuk bersihkan sinki yang tersumbat ialah:
Cara kedua mat mudah dan penting untuk anda lakukan adalah dengan menggunakan air panas yang mendidih. Tujuannya adalah untuk menghilangkan sisa atau kotoran degil yang melekat di dinding paip sinki anda.
Ikuti teknik seperti di bawah:
Cara yang seterusnya adalah menggunakan baking soda dan cuka. Ia merupakan antara cara biasa atau klasik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat. Kalau anda nak tahu, cara ini juga lebih lembut berbanding penggunaan bahan kimia yang lain.
Langkah-langkahnya ialah:
Tambahan itu, kedua-dua bahan ini memang sangat berguna bukan saja untuk memasak, tetapi juga untuk tujuan mencuci. Jadi, kalau belum ada 2 bahan ini, bolehlah beli dan simpan stok di rumah. Memang memudahkan!
Caranya ialah:
Salah satu cara lain yang paling klasik untuk membaiki sinki tersumbat adalah dengan menggunakan pam atau pelocok. Pam air boleh digunakan untuk melancarkan paip sinki yang tersumbat. Pasti anda pernah pam tapi tak menjadi kan? Nak pam pun ada caranya tau.
Cara terbaik untuk menggunakan pam ini ialah seperti berikut:
Ini adalah perkara paling penting. Orang kata ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk pastikan sinki dapur anda tidak tersumbat di masa hadapan. Antaranya ialah:
Sebagai kesimpulan, ada 6 teknik yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah sinki tersumbat diantaranya gunakan vakum kering dan basah, air panas, campuran cuka dan baking soda, plumber snake, pam air dan elakkan sinki dapur daripada tersumbat. Anda perlu ingat kalau sinki tersumbat, ia bukan sahaja menyekat laluan keluar air, tetapi juga menghasilkan bau yang busuk. Selamat mencuba!
Sumber info dan gambar: Hello Doktor, Canva dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.