Restoran stik pertama Malaysia yang diiktiraf halal, NY Steak Shack telah meraih RM11,300 melalui kempen amal mereka iaitu Share The Love, sebuah kempen yang diadakan bagi membantu komuniti setempat.
Dana tersebut telah disalurkan kepada Masjid Tun Abdul Aziz bagi usaha membaiki serta membaik pulih infrastruktur masjid tersebut. Pada sambutan Aidilfitri di masjid itu, Muhammad Adam Mah yang mewakili NY Steak Shack telah menyerahkan cek sumbangan kepada pihak jawatankuasa masjid pada 22 Jun yang lalu.
Ads
Jelas beliau, mereka sangat terharu dengan sokongan dan keikhlasan yang diterima daripada pelanggan mereka sewaktu kempen tersebut dilaksanakan.
Ads
“Bagi kami, musim perayaan bukan sahaja waktu untuk meraikan malah ia juga waktu yang terbaik untuk kita memperbaiki diri kita dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Ads
“Kami berharap dengan sokongan daripada pihak kami ini, kita dapat memberikan impak positif terhadap Masjid Tun Abdul Aziz,” ujarnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menjadi kerisauan buat diri apabila kenangkan masa yang akan tiba sekiranya berlaku perkara yang tidak di duga. Mungkin anda boleh berada dalam keadaan miskin tanpa sedari.
Segala kemungkinan pasti akan menjadi persoalan penting di dalam kehidupan. Ada perkongsian yang boleh di amalkan untuk elakkan perkara ini berlaku.
Kekafiran dan kemiskinan membawa maksud di mana keadaan hidup yang ramai tidak mahu berada–ada yang bakal lihat kehidupan yang senang-lenang boleh jadi miskin. Jadi ramai yang tidak senang hati bila fikirkan tentang perkara ini.
Ya, apa-apa yang berlaku kita pasti tidak dapat elakkan, bahkan, ia sangat tidak di duga. Apa-apa yang berlaku adalah dugaan tuhan yang sukar kita elakkan.
Melalui perkongsian di TZKRH.com, terdapat satu amalan dan pelbagai doa yang boleh membantu dari segi kerohanian. Antara amalan yang sering menjadi amalan bagi menjauhkan kemiskinan dan ingin menjemput kekayaan adalah dengan zikir ‘LailahaillaAllah’ sebanyak 100 kali.
Sudah tentu ada sumber riwayat yang menjelaskan perkara ini, seperti:
Maksud: “Barang siapa berkata pada satu hari seratus kali: ‘La ilaha illa Allah al-Haq al-Mubin’
Maka ia keamanan buatnya daripada kefakiran, dia meraih dengannya kekayaan, selamat daripada keperitan kubur dan dengannya dia akan dapat mengetuk pintu syurga.”
Tetapi hadis ini berstatus munkar, kenapa? Hadis ini telah di riwayatkan oleh perawi yang lemah, maka kurang tahap kepercayaan dan tidak di terima jika ia berdiri dengan sendiri.
Juga terdapat amalan yang lain sehaluan dengan amalan ini yang lebih baik–memohon ampun kepada Allah. Ia telah di nyatakan dengan jelas dan terang dalam Al-Quran, Surah Nuh, ayat yang ke-12.
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.”
“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
(Surah Nuh, 71:10-12)
Erti kata lain di sini–menjadi miskin atau perubahan dalam kehidupan itu semuanya adalah duniawi. Tetapkan pada diri kekayaan bukan kerana harta tetapi pahala untuk akhirat.
Dalam Islam, setiap ayat dari Al-Quran memiliki kelebihannya jika dibaca. Sama ada panjang ataupun pendek, pasti ia memberi banyak manfaat kepada kita.
Jika membaca ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sekalipun, sebenarnya memberi kebaikan dan memiliki fadhilat yang sangat besar kerana ia mengutamakan Asma dan Kebesaran Allah SWT. Allah SWT sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca ‘Basmallah’.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.
Ayat 3 Qul ini sudah menjadi ayat wajib bagi kita sebagai umat Islam untuk membacanya walau di mana sekalipun kerana ayat-ayat ini ringkas dan pendek serta mudah diingati. Tidak kisahlah sama ada sebelum tidur, kenduri tahlil atau kematian, meraikan sesuatu perkara atau sebagainya, pasti ayat 3 Qul ini menjadi salah satu bacaan kita. Namun, apakah sebenarnya kelebihan ayat 3 Qul ini?
1.Menolak gangguan jin
2.Menolak gangguan syaitan
3.Menghindarkan dari terkena sihir
4.Menghindarkan penyakit was-was
5.Menghindar dari segala kejahatan
6.Menghindar dari perkara-perkara buruk
Tambahan pula jika dibaca sebelum tidur, sudah pasti ia memberi ketenangan dalam tidur anda, dan anda dapat tidur dengan aman. Kita digalakkan untuk amalkan membaca ketiga-tiga surah tersebut sebanyak tiga kali sebelum tidur. Ayat 3 Qul ini merangkumi Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
“Nabi SAW ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas).
Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.
Maka, marilah kita bersama-sama mengamalkan membaca surah 3 Qul ini sebelum tidur supaya tidur kita dipelihara dari benda-benda yang buruk. Selamat beramal!
Hukum melaksanakan ibadah korban bagi mazhab Syafi’ie ialah sunat muakkad. Ini kerana ia merupakan syiar Islam yang wajib ke atas orang muslim yang berkemampuan demi untuk menjaga terhadap syiar tersebut.
Selain itu, daging korban itu wajib untuk disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin dalam kalangan orang Islam berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
(Surah al-Hajj: 28)
SOALAN:
Adakah harus kita simpan daging korban lebih dari tiga hari kerana ada dengar orang yang kata tidak boleh?
JAWAPAN:
Hukum menyimpan daging korban oleh peserta korban adalah harus samada kurang dari tiga hari atau lebih.Begitu juga orang yang menerima sumbangan daging korban boleh menyimpannya atau memakannya samada orang miskin atau lainnya.
Diriwayatkan dari Buraidah r.a. berkata :
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم كنت نهيتكم عن لحوم الأضاحي فوق ثلاثة لتسع ذوو الطول على من لا طول له فكلوا ما بدالكم وأطعموا وادخروا
Ertinya : “Dulu aku melarang kamu sekelian simpan daging korban lebih dari tiga hari supaya meluaskan untuk orang yang miskin akan tetapi sekarang ini makanlah bahagian kamu dan berilah orang makan dan simpanlah.” (Hadith Imam Muslim & Ahmad)
Yang afdhal ialah dimakan dengan segera akan daging korban kerana memakan daging korban itu adalah ibadah maka lebih cepat adalah lebih elok.
Akan tetapi harus hukumnya tuan korban menyimpan daging korban untuk dimakan pada masa yang dia kehendaki.
Ada pun daging yang akan dihadiahkan kepada saudara mara dan sahabat handai afdhal dia bahagikan dengan segera.
Dan daging yang hendak disedekahkan kepada orang miskin adalah tidak afdhal disimpan jika wujud orang miskin yang memerlukannya.
Oleh kerana itulah jika dia hendak menyimpan daging korban hendaklah disimpan akan bahagian dirinya sahaja.
Berkata Imam Nawawi :
وإذا أراد الادخار، فالمستحب أن يكون من نصيب الاكل، لا من نصيب الصدقة والهدية
Artinya : “Dan apabila seorang itu hendak menyimpan daging korban maka yang disunatkan ialah dari bahagian dirinya bukan daripada bahagian sedekah dan hadiah.” (Kitab Raudah At-Talibin)
KESIMPULAN:
Tujuan utama menyembelih korban ialah memakan dagingnya dan memberi orang lain makan.
Yang afdhal ialah makan daging korban dengan segera begitu juga yang afdhal ialah bersedekah dengan segara kerana makan dan sedekah daging korban itu termasuk ibadah yang afdhal disegerakannya.
Akan tetapi jika peserta korban hendak makannya pada masa yang lain maka harus ia menyimpannya walau pun lebih dari tiga hari daripada daging bahagian dirinya bukan menyimpan bahagian sedekah dan hadiah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di