Anda terasa teringin hendak menikmati honey butter biscuits tetapi susah untuk mendapatkannya? Usah risau sis… Sebenarnya kita boleh je buat di rumah. Asalkan bahan-bahannya tersedia, anda pasti dapat menikmatinya!
Tidak sukar pun tidak mengikuti resepinya. Hanya perlukan sedikit kerajinan untuk melakukannya. Pasti anda tidak menyesal apabila sudah melihat hasilnya.
Honey Butter Biscuits Ala Texas Chicken.
Resepi: 2 1/2 cawan tepung gandum 4 sudu kecil baking powder Gula 2 sudu besar (manis ikut suka) butter yang sejuk (115gm)
Ads
*gaul semua bahan sampai jadi bread crumbs*
Kemudian masukkan 140gm fresh milk & 2 sudu kecil cuka (campurkan dahulu sebelum masukkan ke dalam tepung)
Ads
Masuk di loyang dengan menggunakan sudu/scop atau bentukkannya mengikut rupa yang anda mahukan.
Bakar suhu 180’c / 15min
Ads
Lepas masak, sapukan topping butter & honey di atasnya sewaktu masih panas. Mengikut cara yang dikongsikan, ada yang membakarnya sebentar selama 5 minit dengan menggunakan api atas. Lepas bakar menggunakan api atas, sapukan butter ke atasnya. Bagi nmpk berkilat. Boleh rujuk di setiap gambar.
Tepung gandum, gula, baking soda dan butter.Gaulkan semuanya.Sehingga jadi breadcrumbs.Masukkan susu yang dah dicampur dengan cuka tadi.Uli sehingga dah tak melekat dekat tangan.Bentukkan sikit di atas loyang.Dah siap bakar. Sapukan dengan cairan butter dan madu. Kemudian masukkan ke dalam oven balik selama 5 minit dengan suhu 190’c selama 5minit (api atas sahaja)Siap dibakar dan sapukan butter sahaja bagi nampak berkilat.
Kisah hidup selebriti terkenal iaitu Elfira Loy sering menjadi perhatian ramai. Kini, Elfira yang baru sahaja bercuti di Istanbul, Turki mencuri perhatian peminatnya apabila foto yang dimuat naiknya jelas menunjukkan baby bumpnya.
Setelah sekian lama pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan pada beberapa tempat mengikut syarat yang tertentu. Ramai juga yang tidak lagi menggunakan pelitup muka dan hanya memakainya jika perlu.
Kini penguatkuasaan semula akan berlaku mulai Januari 2023 di Selangor hanya pada pengendali makanan serta minuman. Makluman ini di buat oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari semalam.
Menurut laporan dari Berita Harian, penguatkuasaan penggunaan pelitup muka hanya berkuatkuasa dalam kalangan penyedia dan pengendali makanan serta minuman di Selangor secara berperingkat.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dalam tempoh satu hingga tiga bulan pertama, pemakaian itu menjurus kepada proses pendidikan sebelum ia diwajibkan secara menyeluruh.
“(Belum dikuatkuasakan) ..sebab kita perlu melakukan beberapa pertambahan dalam Undang-undang Kecil (UUK) sebab ia membabitkan UUK di peringkat PBT…jadi kalau hendak laksanakan, kena ada pelarasan,
“Sekarang, kita melihat ada kepentingan kesihatan awam jika (penyedia dan pengendali makanan) memakai pelitup muka,
“Jadi pihak PBT cuba untuk (laksana) pendekatan secara perlahan-lahan ..mungkin pendekatan ini dibuat sebelum melaksanakan undang-undang supaya kompaun atau peraturan tertentu boleh dibuat kelak,” katanya.
Datuk Seri Amirudin Shari juga mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang yang ingin melaksanakan peraturan ini bermula 1 Januari. Ianya atas usaha untuk menjaga dan meningkatkan tahap kebersihan dalam pengendalian makanan.
“Dengan melihat mereka yang menghidang dan menyediakan makanan memakai pelitup muka.. keyakinan serta kebersihan terhadap makanan lebih tinggi.” ujarnya.
Tambahan lagi, pendekatan yang dilakukan oleh PBT ini juga dalam usaha menangani pendemik COvid-19 serta ingin menyakinkan pelanggan dalam proses menyedia dan menghidang makanan yang dilakukan.
“Pandemik Covid-19 adalah salah satu contohnya tetapi benda-benda lain juga boleh tersebar, sebab tu kita galakkan pemakaian pelitup muka perlahan-lahan diterapkan,
Selain cantik macam ibunya, anak kedua kepada jutawan kosmetik Dato’ Seri Aliff Syukri ini juga seorang yang bijak, petah bertutur, rajin, kreatif dalam seni lukisan dan pandai memasak.
Paling mengkagumkan Qadejah sangat fasih berbahasa Inggeris! Memang terleka dibuatnya jika menonton video-video Qadejah bertutur dalam bahasa Inggeris. Lancar dan sedap didengar, Masha-Allah!
Bertuahnya Dato’ Aliff dan Datin Nur Shahida dikurniakan anak sehebat Qadejah El Zahra ini atau dikenali dengan panggilan Cess.
“Hari ni saya luang masa saya tengok @qadejah_terlajaklaris ada atas pentas masuk pertandingan debat. Yelah Mama dia ni dulu tak mampu nak buat. Kita ni dulu nak bercakap dengan orang pun malu malu.
“Berbeza lah dengan anak dara sorang ni. Dia punya confident tu mcm @aliffsyukriterlajaklaris … Alhamdulillah sedikit sebanyak pertandingan debat ni boleh mengasah keyakinan dia, cara dia bercakap dan berinteraksi dengan orang ramai.”
Menjengah ke Instagram Dato’ Aliff pula, beliau meluahkan rasa syukur dan bangga dengan kejayaan Qadejah.
Malah, kapsyen yang ditulis turut menyentuh jiwa pengikut-pengikutnya.
“ABAH GAGAL SPM DAPAT 4E TAPI ABAH USAHA UNTUK ANAK ABAH TAK IKUT”
“Sebenarnya bukan peringkat Selangor pun hahah… Abah saja je berimpian….. supaya Cess berjaya lebih dari ABAH..”
Dato’ Aliff turut mendedahkan, ketika remaja beliau merupakan seorang pemidato dan pernah mewakili sekolah. Hebatnya! Baru tahu Qadejah rupa-rupanya banyak mewarisi bakat dan keyakinan Dato’.
“RAMAI YANG TAK TAHU SEBENARNYA DULU WAKTU SAYA REMAJA SAYA JUGA SALAH SEORANG PEMIDATO WAKIL SEKOLAH TAK SANGKA ADA ANAK YANG MENGIKUT..”
Kesimpulannya, walaupun mereka ini bergelar jutawan namun anak-anak dididik dengan baik, seimbang dunia akhirat. Diajar erti kesusahan dan perlu berusaha untuk medapatkan sesuatu.
Selain didedahkan dengan ilmu dan cara-cara berniaga sejak kecil, anak-anak Dato’ Aliff turut diberi kebebasan untuk menonjolkan bakat yang dimiliki.
Untuk info, Dato’ Aliff dan Datin Nur Shahida dikurniakan enam cahaya mata hasil perkongsian hidup yang dibina sejak Ogos 2007. Selain itu, mereka turut mempunyai seorang anak angkat.
Semoga keluarga Dato’ Seri Aliff Syukri sentiasa dalam rahmatNya.
Kredit Foto: Instagram Datin Nur Shahida, Qadejah & Dato’ Aliff Syukri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.