Brokoli merupakan antara sayuran hijau yang digemari ramai terutamanya di negara barat. Enak dibuat sup atau dimakan bersama stik, sayur brokoli ini membawa banyak kebaikan pada tubuh badan kita jika dinikmati selalu.
Nah, di sini Hijabista senaraikan 10 kebaikan yang anda akan peroleh jika kerap makan sayur brokoli.
Mengandungi anti-oksidan dan anti-karsinogen kuat yang menghalang pembiakan sel kanser payudara, serviks dan prostat.
Secawan brokoli mengandungi protein sebanyak secawan nasi ataupun jagung, dengan hanya separuh kalori.
Secawan brokoli mempunyai sejumlah beta-karotin, zink dan selenium yang menguatkan tahap imunisasi badan.
Kerana fiber yang tinggi dan kandungan gula yang rendah membuatkan insulin berada pada tahap minimum.
Secawan brokoli mengandungi 94 mcg asid folik dan vitamin B untuk tumbesaran fetus dalam kandungan.
Mencegah risiko serangan jantung dan strok.
Mengandungi lebih kalsium daripada tenusu dan vitamin K yang membantu kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis.
Potasium, magnesium dan kalsium membantu peredaran darah.
Vitamin C sebagai anti-oksidan dan anti-keradangan bagi menyembuhkan simptom demam.
Merendahkan tahap hormon estrogen wanita dan meningkatkan testosteron.
kredit: shape-able