Selain Neelofa dan Erra Fazira, Wany Hasrita juga kini sedang berada di Tanah Suci Makkah menyempurnakan Rukun Islam kelima ini. Ini adalah pengalaman pertama Wany berada di Tanah Suci dan mengerjakan ibadah haji.
Dalam satu posting terbarunya di laman instagramnya Wany berkongsi perjalanan hajinya yang sangat menakjubkan.
Dia memberitahu saat mula-mula sampai, melakukan wukuf di Arafah, berdepan dengan cuaca hujan yang lebat di sana dan juga ketika mengutip batu untuk jamrah di Muzdalifah.
Dan paling membuatkan penyanyi Terlalu Memuja ini terharu adalah apabila memandang Kaabah buat kali pertama. Matanya tidak berkelip memandang rumah Allah itu depan matanya dan dia turut menangis umpama ‘budak kecik’ apabila melihat Kaabah depan matanya sendiri.
Ads
Wany turut mengucapkan syukur kerana segala urusan lain dipermudahkan Allah dalam menyempurnakan ibadah haji tahun ini.
Alhamdulillah, selesai sudah ibadah Haji saya disini. Td selesai tawaf wida’, sekarang dlm perjalanan menuju ke Jeddah. . My hajj journey was so amazing. Dari sampai je disini dgn menjaga dlm ihram, berwukuf di Arafah- alhamdulillah, beberapa ketika hujan selebat-lebatnya. Terus ke Muzdalifah mengutip batu utk jamrah. Kemudian selepas setengah malam kami ke Masjidil Haram utk tawaf & saie(masa kami sampai org tk ramai sgt) first time pandang Kaabah, Tuhan je tahu rasanya(read ‘nangehmcmbudakkecik). Sepanjang tawaf mata tak berkelip pandang Kaabah tak percaya depan mata . Habis saie, baru lega! Dah boleh tahalul! Terus ke Mina utk bermalam selama 3 hari. Alhamdulillah urusan jamrah pun Allah permudahkan sampilah tawaf selamat tinggal td.
. Doa-doa anda mana yg sempat wany dah bacakan disini, terima kasih banyak2 yg mendoakan wany. Wany doakan awak semua dpt ke sini dgn keluarga tersayang insyaAllah. . With love; WH.
Dalam pada itu, netizen turut terharu dengan kisah yang dikongsinya ini. Ramai melemparkan komen turut berkongsi momen yang sama.
Ads
haeymarco Sama le kita mula2 tgk kaabah terus air mata mengalir n terkejut ini ke kaabah dan paling best dlm hati terus ckp mesti nak dtg lagi #dlmhatiadatanam
mazian_nurraysa 1st time tgk kaabah depan mata automatic Air mata pasti mengalir
Ads
azizahazizahazie_ Masyaallah….rindu sgt Baitullah ..mcm tu saya pun bila kaabah depan mata menangis semahunya…mcm mimpi Allahuakbar ..moga dikurniakan haji yg mabrur sis
Tidak mudah untuk berjaya dan tiada apa yang dapat menghalangnya jika sudah menjadi Insan Terpilih dan disertakan dengan usaha yang berterusan. Malah faktor hidup kemiskinan juga tidak menghalang seseorang itu untuk mencapai apa yang diimpikan. Kejayaan manis gadis ini, Nurul Ezzatina Zaidi yang telah berjaya lulus ujian syahadah 30 Juz Al-Quran dan merupakan pelajar pertama dari Maahad Tahfiz Annabawi Langkawi yang lulus ujian berkenaan.
Majlis yang diadakan selama dua hari pada hujung November lalu dan Nurul Ezzatina lulus ujian hanya dengan empat kesalahan sahaja. Sememangnya bukan mudah untuk menghafal Al-Quran 30 Juz dan Syahadah.
Dalam majlis itu, pada hari pertama dia telah berjaya menghabiskan 20 juzu dan pada hari kedua pula sebanyak 10 juzu lagi.
Dia mula memasuki Maahad Tahfiz Annabawi Langkawi pada 2014 dan telah mendapat tajaan di Matan Langkawi dan merupakan anak kelahiran pulau lagenda berkenaan.
Sebelum itu Nurul Ezzatina telah menghabiskan hafalan 30 Juz Al-Quran pada 1 Februari 2016 dan pada 27 November lalu jadi hari bersejarah buatnya kerana lulus ujian syahadah.
Adik Ezzatina yang berpegang pada prinsip kesabaran belajar tanpa mengira waktu dan sentiasa mendapat dorongan daripada ibu bapanya.
Selain itu dia turut mendapat sokongan daripada guru dan rakan yang membantunya merealisasikan impian menjadi seorang hafazah.
Katanya kejayaan itu disokong dengan kesabarannya mengulang kaji pelajaran serta bijak membahagikan masa.
Tambahnya lagi jika mahu berjaya kita perlulah mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya. Semoga kita memperoleh keberkatan dan rahmat dari-Nya.
Setelah tujuh minggu bersiaran, akhirnya detik penentuan untuk menobatkan juara sulung pencarian ‘Ratu Hijabista’sudahpun tiba.
Episod kemuncak pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ yang bertemakan ‘Exclusive Elegant’ ini disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) hari ini jam 9.00 malam. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, episod pusingan akhir ini juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.
Daripada 12 peserta yang bersaing merebut gelaran juara untuk penganjuran musim pertama pada kali ini, seramai empat finalis berjaya mara ke pusingan akhir. Peserta yang berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Ratu Hijabista ialah FIFFY AFRINA,23, MELLYA 23, TINA, 24, dan QILA, 21.
Pengarah Michael Ang galas tugas penjurian di samping Puan Sri Normala Samsudin, penyanyi Siti Nordiana, Faizal Tahir & Khai Bahar turut buat penampilan istimewa di malam kemuncak.
Sepanjang paparan tujuh episod yang disiarkan sebelum ini, pelbagai cabaran intensif diberikan kepada peserta.
Kemampuan para peserta turut diuji daripada segi tahap keyakinan diri, pengucapan awam, pengacaraan, ilmu perniagaan, peragaan serta teknik masakan.
Untuk pusingan kemuncak pada malam ini, penilaian akhir bergantung kepada persembahan tugasan individu yang akan diberikan kepada para finalis. Ketangkasan cara menjawab serta skil berkomunikasi mereka bakal diuji menerusi persembahan video pesanan khidmat masyarkat dan segmen soal jawab bersama barisan juri.
Selain gelaran juara, dua gelaran sampingan juga akan diberikan iaitu ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ dan ‘Ratu Favourite’. Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Naib juara pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang. Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula akan memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Manakala ‘Ratu Favourite’ pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Mengulas lanjut mengenai Pentas Akhir ‘Ratu Hijabista’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima amat berbesar hati dengan kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. sepanjang terjalinnya kolaborasi strategik untuk menganjurkan pertandingan pencarian bakat yang buat julung kali diadakan ini.
“Selaku penganjur bersama, kami gembira dengan sambutan positif sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kami juga cukup berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran musim ini. Disiplin diri dan kesungguhan mereka yang sanggup berkorban masa sepanjang tempoh penggambaran sekaligus meninggalkan rutin harian mereka demi memberikan yang terbaik juga wajar diberi pujian. Semoga perkongsian tips, ilmu, bimbingan, nasihat dan motivasi yang diberi menerusi program ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan motivasi yang boleh dipraktikkan bukan sahaja oleh para peserta tetapi juga para penonton di rumah. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada kesemua empat finalis kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Syabas dan semoga berjaya di episod kemuncak kelak.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Safi Hijabista yang hadir selaku Penaja Utama untuk program ini. Sokongan yang telah diberikan oleh kesemua pihak sepanjang penerbitan program ini amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masadepan.”
Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Hijabistajuga turut berpendapat, “Dengan adanya Ratu Hijabista, kita telah berjaya menyediakan satu platform khusus untuk golongan wanita berhijab mengekspresikan diri mereka.
Empat orang finalis yang berjaya sampai ke pentas akhir Ratu Hijabista malam ini telah membuktikan bahawa mereka bukanlah ada di sini sekadar penyeri sebaliknya mempunyai visi yang jelas mewakili diri mereka sebagai ikon kepada semua lapisan masyarakat di luar sana.
Masing-masing memiliki latar pendidikan dan personaliti yang cemerlang. Fiffy merupakan bakal doktor, Tina pula merupakan bakal peguam manakala Mellya merupakan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universiti selain aktif dalam dunia sukarelawan dan akhir sekali yang paling muda antara semua, Qila merupakan pelajar dalam jurusan penyiaran.
Siapa sahaja yang menang malam ini mempunyai tanggungjawab yang besar menggalas gelaran untuk dibawa sebagai satu batu loncatan dalam memajukan diri sendiri serta menginspirasikan orang lain.
Sebagai pengurus kepada jenama Hijabista semestinya saya sangat berbangga dengan penganjuran Ratu Hijabista ini dan semoga jenama ini akan memberikan inspirasi dan juga input yang baik kepada semua hijabi di luarsana,” katanya.
Tugas penjurian pusingan akhir akan digalas oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap di samping pengarah versatil, Michael Ang yang diberi mandat sebagai juri jemputan. Bagi memeriahkan lagi penganjuran musim ini, penyanyi terkenal Siti Nordiana, Faizal Tahir dan Khai Bahar turut diundang khas untuk membuat persembahan istimewa sebagai tarikan utama pada malamkemuncak.
Pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ juga dikemudikan oleh pasangan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim selaku hos utama musim ini.
Program ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Untuk makluman, rakaman program ‘Ratu Hijabista’ telah mula disiarkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 12 Ogos lalu.
Pencarian edisi sulung ini turut mendapat liputan menyeluruh dan terkini termasuklah aktiviti di sebalik tabir melalui laman digital serta sosial media Majalah Hijabista.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Agak menggemparkan juga, baru-baru ini apabila pengacara Pesona Pengantin, Uyaina Arshad, 27 tahun dikhabarkan sah penghidap sakit jantung. Setelah berehat dalam tempoh ditetapkan, dia dilihat sudah kembali bekerja.
Malah tetap positif meneruskan kehidupan dan urusan kerja seperti biasa. Dalam posting terbarunya, di laman Instagram Uyaina menitipkan pesanan positif kepada followernya.
Menurut Uyaina, ada tiga perkara penting dalam hidup kita. Pertama adalah kebahagiaan, kedua kesihatan dan ketiga adalah menikmati setiap detik penuh bermakna.
Perkongsiannya itu mendapat lebih 16 ribu butang like dan ramai juga turut memberi komen positif.
Sebelum ini media melaporkan Uyaina disahkan mengalami penyakit Supraventricular tachycardia (SVT) dan heart valve. Dia disahkan penghidap kompilasi jantung setelah membuat pemeriksaan doktor apabila jatuh pengsan di rumahnya.
Menurut Uyaina yang juga aktif berlakon ini, dia perlu menjalani rawatan susulan secara berkala sebulan sekali.
“Doktor memberi dua pilihan iaitu mengambil ubat atau menjalani pembedahan.
“Buat masa sekarang, saya masih mendapatkan pandangan mana yang terbaik pada peringkat kesihatan sekarang. Doakan semoga semuanya okey,” katanya sambil memberitahu arwah datuk sebelah mak meninggal disebabkan penyakit jantung.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.