Dalam ahli keluarga kita mesti ada seorang dua tu yang perangainya pelikkan? Tapi macam mana kalau bukan satu, tapi kesemua ahli keluarga itu bersikap aneh? OMG!
Siri kartun yang sangat terkenal iaitu The Addams Family kembali ke layar perak dengan kisah yang lebih menarik dan aksi yang mendebarkan.
Ads
Menampilkan Charlize Theron, Oscar Isaac, Chloe Grace Moretz dan Finn Wolfhard sebagai teraju utama , ia semestinya sarat dengan lawak yang membuatkan semua tak kering gusi bila menonton.
Bakal ditayangkan pada 31 Oktober ini di pawagam seluruh negara, filem ini mengisahkan tentang ahli keluarga Addams yang sangat misteri iaitu Gomez, Morticia, Pugsley, Wednesday, Uncle Fester dan Grandma yang sedang melakukan persiapan bagi menerima kunjungan daripada saudara mereka yang lebih aneh dan menyeramkan.
Ads
Namun, masalah mula timbul apabila seorang personaliti TV iaitu Margaux Needler menyedari bahawa rumah agam keluarga Addams itu mengganggu rancangan dan impiannya untuk menjual kesemua rumah di kawasan kejiranan tersebut. So, apa yang terjadi sebenarnya?
Ads
Mesti semua tak sabar nak tahu apa yang terjadi selepas itu. Haaa, kalau macam tu jom menangi pas percuma ke tayangan perdana filem The Addams Family ini. Memang syok habis! Jawab je soalan mudah di bawah ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap pereka fesyen sentiasa muncul dengan idea baru dalam mereka cipta pakaian supaya pelanggan tidak jemu dengan rekaan sedia ada.
Ada yang mencipta idea pelik yang cantik dan inovasi hingga menjadi viral. Maklumlah setiap pereka mempunyai cita rasa tersendiri untuk nampak unik dan berbeza daripada kebiasaan.
Itulah kepuasan sebenar seorang pereka jika berjaya mencipta baju yang boleh menggembirakan hati pelanggan hingga mendapat pujian daripada orang sekeliling.
Admin senarai 5 busana yang dirasakan cukup viral serta mendapat perhatian dan terus hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Malah tidak hairan ada di antaranya menjadikan busana ini sebagain tema untuk digayakan Syawal tahun depan.
Paling sempurna admin katakan adalah baju kurung lipat lengan yang digayakan Tunku Tun Aminah ketika majlis perkahwinannya Ogos lalu. Penampilan puteri ini yang cukup sederhana di majlis perkahwinannya mendapat reaksi positif netizen.
Menggayakan busana tradisi Johor baju kurung Teluk Belanga ini menjadikan penampilan Tunku Tun Aminah begitu ringkas tetapi cukup memukau pandangan. Pemilihan busana ini adalah bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor.
A post shared by The Royal Johor (@theroyaljohor) on
Busana ini menjadi pilihan Tunku Aminah untuk digayakan di istiadat pernikahan, persandingan malah bersiram.
Biarpun nampak simple, tetapi sebenarnya Tunku Aminah memakai busana yang dibuat daripada Tenun Pahang Diraja, rekaan fabrik Bonda Saudara, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Menurut Tengku Puan Pahang, baju itu ditenun oleh banduan-banduan Penjara Penor dan menganggap ia sebagai satu penghormatan. Ada juga netizen yang mula membayangkan untuk menjadikan busana ini sebagai tema untuk digayakan sempena Syawal tahun depan.
Direka oleh Putra dari Cosry yang mencipta gaun perkahwinan bagi Anzalna yang begitu cantik sekali. Gaun ilham dari Barbie Mariposa ini disiapkan dalam tempoh tiga bulan oleh perekanya hingga mendapat perhatian pengguna sosial di luar Negara seperti UK dan Eropah.
Barbie Mariposa adalah watak kartun iaitu patung perempuan yang mempunyai sayap seperti rama-rama berwarna-warni dan gaun-gaun yang dipakainya diperbuat daripada sayap-sayapnya sendiri yang kelihatan seperti kelopak bunga.
A post shared by Teuku Putra Aziz (@putraaziz_cosry) on
Setiap kali penghujung cerita kartun itu, pastinya penonton akan dapat melihat keindahan gaun Barbie Mariposa yang berubah menjadi warna merah jambu dan jingga lembut. Putra menyiapkan gaun seberat 20 kilogram ini dua minggu sebelum perkahwinan berlangsung.
Gaun yang digayakan itu mendapat perhatian media antarabangsa dan ketika itu ramai gadis yang memasang impian untuk menggayakan gaun itu di majlis perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, turut ada biskut, kek serta tudung inspirasi dari gaun Alzalna ini.
Ketika majlis ABPBH yang berlangsung Mac lalu, pelakon jelita Fazura telah menggayakan dress yang cukup memukau dan jadi bualan seluruh dunia.
Dress biru langit yang disulami batu permata itu kelihatan begitu sempurna tatkala Fazura melangkah naik ke pentas untuk menerima anugerah Pelakon Filem Wanita Popular.
Busana indah ini direka oleh duo popular Rizman Ruzaini yang memang sering kali muncul mereka dress cukup indah dan mempesona untuk selebriti popular seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ziana Zain dan ramai lagi.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Menurut perekanya yang sudah 12 tahun dalam industri ini berkata, gaun itu diilhamkan menerusi karakter Cinderella tetapi dalam versi moden yang dilakonkan oleh Fazura dalam drama Hero Seorang Cinderella.
Terbaru, pereka fesyen terkenal, Nurita Harith telah mencipta kelainan dalam industri fesyen apabila mencpta gaun pengantin daripada tisu.
Gaun yang direka menggunakan juntaian fabrik indah ini menggabungkan elemen keteguhan dan kelembutan tisu yang sememangnya sinonim dengan Tisu Vinda Deluxe. Ia dicipta khas buat pasangan Anthony Wong dan Shervyn Chua di majlis perkahwinan mereka.
Menurut perekanya, walaupun tekstur tisu ini cukup lembut tetapi ia sangat berkualiti dan kukuh untuk disarung pada badan. Gaun potongan duyung dengan perincian renda ini menampilkan bahagian bawah yang berlapis-lapis membentuk gaya dramatik kepada gaun polos ini. Diberikan sentuhan etnik di bahagian kolar Mandarin dan lengan paras siku bagi menyerlahkan aura sopan.
Satu lagi baju yang agak pelik tetapi cantik adalah juga daripada ciptaan duo Rizman Ruzaini yang digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal yang turut mendapat perhatian netizen.
Busana yang diinspirasikan daripada lambang kebangsaan negara iaitu Menara Berkembar Petronas ini telah digayakan oleh Kiran di Manila, awal tahun ini.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Perekanya memberitahu busana potongan jumsuit ini menggunakan lebih 100,000 berlian perak pelbagai jenis dilakukan penuh teliti merangkumi idea, konsep hinggalah kepada pembuatannya. Berat baju ini adalah 10KG dan menara itu direka untuk keselesaan Kiran apabila memperagakannya.
Umum mengetahui mengenai kisah rumahtangga penyanyi terkenal Indonesia iaitu Lesti Kejora yang telah menjadi mangsa keganasan rumah tangganya. Kejadian ini telah berjaya menarik perhatian ramai, bukan sahaja di Indonesia malahan Malaysia. Ramai warganet yang turut bersimpati melihat keadaan Lesti.
Lesti Kejora dan Rizky Billar telah mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. Kisah ini telah tular awalnya selepas Lesti membuat laporan polis susulan dipukul suaminya, Rizky Billar. Terbaharu, Lesti dilaporkan telah dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas empat hari ditahan di hopital bagi menerima rawatan kecederaan yang dialaminya itu.
Menurut laporan detiknews, ini bukanlah kali pertama Lesti menjadi mangsa keganasan rumah tangganya.
“Dalam kenyataan awal, Lesti menjelaskan keganasan rumah tangga bukanlah kali pertama, tetapi sudah kerap berlaku dan ini adalah kemuncaknya”
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Pol E Zulpan, penyanyi dangdut Indonesia tersebut juga dilaporkan pernah dibaling bola biliard oleh suaminya. Pihak polis di sana juga sedang giat menjalankan siasatan sepenuhnya.
“Penyiasat telah mengambil keterangan saksi yang merupakan pembantu rumah pasangan tersebut dan juga pekerja Leslar Entertaiment. Polis juga telah mendapatkan bukti lain di CCTV rumah mereka” ujarnya.
Usai daripada kejadian tersebut, Lesti dilaporkan telah mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah sebaliknya memilih kediaman lain yang lebih selamat dan telah merahsiakan lokasinya.
“Lesti tidak mahu serumah dengan Rizky kerana trauma. Lesti kini berada di tempat yang tidak perlu saya katakan tetapi dia berada di tempat selamat,” tambahnya lagi.
Banyak yang wanita boleh ambil pengajaran daripada kisah Lesti ini. Isu keganasan rumah tangga ini juga bukanlah sesuatu yang baru. Keganasan rumah tangga dikaitkan dengan perlakuan ‘penderaan’ terhadap pasangan, tidak kiralah penderaan secara fizikal, seksual, psikologi atau sosial. Pada awal kes ini tular, ramai warganet yang terkejut dan tidak menyangka pasangan yang selalu terlihat bahagia ini sebenarnya tidak sama seperti yang dibayangkan.
Untuk pengetahuan anda, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk menggubal Akta Keganasan Rumah Tangga pada tahun 1994. Akta ini digubal untuk melindungi mangsa yang terselamat dan juga mencegah keganasan rumah tangga daripada berlanjutan.
Di Malaysia, kita mempunyai satu pertubuhan yang aktif dalam memperjuangkan hak-hak wanita iaitu Pertubuhan Pertolongan Wanita. Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) ini ialah sebuah badan bukan kerajaan Malaysia yang berjuang untuk hak-hak wanita terutamanya terhadap keganasan terhadap wanita. Buat anda yang mungkin sedang menderita akibat keganasa rumah tangga, anda boleh cuba langkah dan garis panduan yang disarankan oleh WAO sendiri.
Jika anda ingin mendapatkan sebarang nasihat atau ingin melaporkan sebarang kes yang berkaitan keganasan rumah tangga, anda boleh menghubungi talian kasih. Keutamaan talian kasih ini adalah untuk MELINDUNGI mangsa.
Semoga segala urusan Lesti di masa hadapan dipermudahkan, seterusnya diberikan kesembuhan, kesihatan dan pulih daripada trauma yang dihadapi. Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik perancang… Untuk anda yang mengalami perkara yang sama, jangan lupa untuk selamatkan diri anda segera. Ambil tindakan, selamatkan diri, dapatkan pertolongan dan elakkan dari menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Biarpun Sana Khan secara rasminya telah bersara dari dunia Bollywood, bekas aktres ini sentiasa menjadi tumpuan.
Sana Khan, yang telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lebih setahun, baru-baru ini Sana Khan dikurniakan anak kedua yang dilahirkan pada 5 Januari 2025.
Suami Sana Khan yang merupakan seorang ulama terkenal iaitu Mufti Anas Saiyad turut menyambut kelahiran anak kedua mereka dengan gembira.
Menerusi media sosial, Sana dan Mufti berkongsi berita gembira itu kepada para pengikut mereka.
Melalui laman Instagramnya, Sana Khan berkongsi video istimewa mengumumkan kelahiran anak keduanya itu.
Klip ‘comel’ itu menampilkan pelbagai elemen seperti belon, istana, payung terjun, pita dan pelbagai barangan hiasan lain dalam rona biru dan putih, serta bunyi latar belakang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Mendedahkan bahawa anak kecil mereka dilahirkan pada 5 Januari 2025, Sana Khan berkongsi berita itu dengan nota dalam video.
“Kami sangat gembira untuk berkongsi berita gembira kelahiran putera kecil kami! Abang Tariq Jamil, dengan penuh kegembiraan menyambut kelahiran adik lelakinya!” tulis Sana Khan.
Menggelar diri mereka sebagai ‘ibu bapa bangga’, tambah Sana dalam video itu.
“Berkatilah kami untuk membesarkannya dengan kebaikan dan kebenaran, dan jadikanlah dia salah seorang hamba-Mu yang beriman,” tambahnya.
Sementara itu, Sana Khan turut meluahkan rasa gembiranya dalam kapsyen foto tersebut.
Selepas muat naik itu, ramai rakan menitipkan ucapan tahniah kepada Sana Khan dan suami.
Untuk info, nama Sana Khan mula mendapat perhatian dan kemasyhuran setelah berjaya bergelar Naib Juara dalam rancangan Salman Khan iaitu Bigg Boss 6.
Bagaimanapun, pada tahun 2020 Sana Khan mengumumkan persaraannya daripada Bollywood dan industri hiburan.
Sana Khan berkahwin dengan ulama Mufti Anas Saiyad pada 21 November 2020. Mereka dikurniakan anak pertama, Saiyad Tariq Jamil pada 5 Julai 2023.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.