Selepas bersalin pada bulan November tahun lalu, Yana Samsudin akhirnya mendedahkan wajah anak keduanya itu yang telah diberi nama Aura Aisy Sofea.
Yana atau lebih mesra disapa Kak Yong itu bagaimanapun menjelaskan bahawa nama anak perempuannya itu belum didaftarkan lagi kerana slot di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih penuh sehingga pertengahan bulan Februari akan datang.
Assalamualaikum semua.. good morning☺️
Ads
Memperkenalkan anak kedua ABC… baby Gaming @AuraAisySofea 🤗 huhu Nurblackpink nama pemberian @AisyMateen tu KIV dulu eh😅 , yang pastinya selagi tak daftar lagi macam macam boleh jadi dengan nama baby ni hahahaha!!!
Huhu tapi belum daftar nama lagi.. korang tau kenapa… Slot JPN Selangor full sampai tengah Februari nak ingatkan korang yang baru dapat baby atau nak lahir baby kena buat temujanji JPN awal-awal tau, ikut lokasi dan tarikh siap siap hihi.
Ads
Ads
Ramai pengikut laman instagramnya yang memuji kecomelan Aura Aisy Sofea ini. Buat pengetahuan semua, Yana telah mendirikan rumah tangga bersama Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015.
Mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aisy Mateen yang kini sudah berusia empat tahun.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kita mesti biasa lihatkan iklan makanan tambahan di TV serta di majalah dan surat khabar yang mampu membuatkan seseorang itu bertambah bijak terutamanya untuk kanak-kanak dan juga pelajar sekolah. Kita pun apa lagi mesti terdetik perasaan nak beli kerana fikir mesti akan menjadi semakin pandai selepas mengamalkan ini. Tapi, betul ke berkesan makanan suplemen ini? Mari kita baca pandangan pakar, Dr. Rusyainie Ramli mengenai hal ini.
PIL BAGI ANAK JADI MALAIKAT?
Cikgu-cikgu, saya sebagai mama nak minta tolong. Walaupun cikgu-cikgu di sekolah anak-anak saya tak jual produk nak bagi budak jadi malaikat, saya harap sangat cikgu-cikgu lain jangan lah tergolong dalam bani pil macam ni. Atau pun jangan benarkan bani suplemen minda ni jejakkan kaki pun ke sekolah.
Kebanyakan cikgu-cikgu yang saya kenal dan rapat tidak begini. Mereka pentingkan etika. Tapi kerana ada segelintir yang tamak haloba, habis terpalit nama cikgu-cikgu yang profesional.
Mama macam saya menghantar anak ke sekolah dengan harapan cikgu-cikgu bantu saya mendidik dan mengajar anak-anak saya bab pelajaran. Saya ni walaupun kerja profesional, tapi kalau tengok silibus anak-anak, saya pun boleh menangis. Memang mencabar betul tahap kehendak sistem pendidikan sekarang. Hanya cikgu-cikgu saja yang boleh tunjuk ajar yang betul supaya anak-anak saya mendapat ilmu seperti yang sepatutnya dan menjawab peperiksaan dengan baik.
Cikgu-cikgu, bukan semua mama mampu nak keluarkan duit nak beli produk macam ni. Mahal tu cikgu. Memang lah cikgu tak paksa, tapi kalau dah namanya yang menjual tu cikgu, mama mana-mana pun akan senang terpengaruh dan terpedaya.
Sedangkan jauh di sudut hati, cikgu-cikgu sendiri mengetahui yang tiada kejayaan itu datang bergolek, atau terbang melayang kalau tidak diiringi dengan usaha yang tidak mengenal jemu dan penat, sokongan dari mama dan papa itu, dan doa kepada Allah SWT. Saya seperti mama lain pun, mengharapkan cikgu-cikgu lah sumber rujukan anak-anak untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik.
Saya minta maaf dari lubuk jiwa saya yang paling dalam. Saya sedar akan kekurangan dan kelemahan saya sebagai mama dalam membentuk sahsiah anak-anak sendiri sehinggakan cikgu-cikgu terpaksa menyuruh anak-anak saya mengambil pil minda ni. Alasan cikgu-cikgu, supaya anak-anak saya jadi lebih baik kelakuannya dan perangainya. Tapi cikgu-cikgu mesti menyedari yang produk yang begini mana mungkin boleh mengubah anak-anak saya menjadi taat dan patuh. Tak mungkin. Nak memperbaikinya mesti datang dari kita sama-sama untuk membimbing mereka.
Cikgu-cikgu, apa juga bahan yang ada dalam suplemen tu takkan sama dengan makanan yang saya sediakan untuk anak-anak. KKM dah siapkan garis panduan untuk pemakanan sihat dengan menggunakan makanan sebenar. Allah dah kurniakan gigi, mulut, lelangit, lidah semua tu untuk manusia menggigit dan mengunyah makanan. Bukan setakat telan terus untuk khasiat macam pesakit yang lumpuh. Itu namanya kufur nikmat tu ya cikgu-cikgu.
Duit dalam poket mama lain mungkin tak setebal mana. Duit belanja dapur cukup-cukup nak bagi makan pada anak-anak yang ada. Kalau cikgu-cikgu nak mama tu belikan produk konon magik ni, manalah nak korek duit lagi. Baik mama tu dapatkan makanan sebenar, satu keluarga boleh hadapnya.
Cikgu-cikgu tolonglah saya dan mama-mama lain di luar sana dengan bersama-sama membentuk anak-anak kami menjadi insan. Bukan senang nak memanusiakan manusia. Anak-anak ini amanah Allah SWT dan saya tak mampu nak tunaikan tanggungjawab ni seorang. Cikgu-cikgulah tempat kami meminta bantuan. Tapi yang nyata, cikgu-cikgu ya, produk begini memang layaknya ke tong sampah saja. Bukan ke mulut anak-anak kami.
Terima kasih cikgu-cikgu.
Dr. Rusyainie Ramli
Mama yang tidak mungkin akan sempurna.
Kepada pelajar dan ibu bapa di luar sana, Saya selalu ditanyakan soalan mengenai pengambilan suplemen untuk otak. Tak perlu pun sebenarnya ‘pil minda’. Jika anda mahu jadi bijak, anda perlu belajar dan bekerja keras. Makan suplemen tidak akan menjadikan anda seorang ‘Einstein’. Anda boleh dapat nutrisi yang lengkap daripada pengambilan harian anda daripada buah dan sayuran segar contohnya kismis segar, bukan yang telah diproses dalam bentuk pil dan juga diet yang seimbang. Saya sememangnya tidak mengambil suplemen untuk diri sendiri. Segalanya datang daripada usaha anda sendiri untuk mencapai kejayaan.
Untuk memberitahu anda perkara sebenar, saya telah dilamar oleh syarikat yang mengeluarkan ‘kismis minda’ dan lain-lain lagi pada suatu masa dahulu selepas keputusan SPM 17 A1 saya diumumkan. Mereka menawarkan saya wang untuk saya menjadi duta produk tersebut. Saya menolak secara baik kerana saya memang tidak mengamalkannya. Anda tak perlukan benda sebegitu untuk menjadi bijak.
Yang ikhlas,
Amalina.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam zaman millenium kini yang lebih mengutamakan media sosial untuk mendapat berita atau cerita lebih pantas. Malah ada di kalangan hijabi yang turut memperoleh pendapatan daripada media sosial dengan bergelar selebriti di media sosial. Ada juga menggelar mereka instafamous atau influencer yang mana mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial. Kehidupan mereka tak ubah seperti selebriti popular dan penampilan mereka jika hadir majlis tertentu juga tidak kurang hebatnya. Namun sebenanrnya kehidupan segelintir mereka yang digelar instafamous ini tidak seindah disangka.
Penjelasan gadis ini yang berkongsi kisah sebenar temannya yang merupakan seorang instafamous memberi gambaran realitinya sisi kehidupan mereka yang dipanggi selebriti media sosial ini.
Tazkirah Jumaat.
Semalam ada kawan lama telefon ajak jumpa. Hal penting katanya. Biasa kalau kawan lama nak jumpa ini ada dua kategori je, pinjam duit atau ajak join mlm. Hawa pesan awal-awal, kalau sebab dua benda ni Hawa taknak. Dia jawab, tak. Dia depresi katanya.
Jadinya terpaksa Hawa kerja separuh hari demi nak melayan si dia ni. Cerita ini sangat serius bagi Hawa. Kawan Hawa ni merupakan salah seorang yang popular di socmed. Dia popular di laman instagram dan twitter dek kerana mempunyai wajah yang cantik dan perwatakan menarik.
Dia kata dia mengalami tanda-tanda depresi yang agak teruk. Tidak boleh tidur malam. Cepat marah. Sedih tiba-tiba. Tidak fokus dalam melakukan sesuatu.
Bila menjadi orang yang popular, kehidupannya menjadi tidak menentu. Dia menghidap penyakit narsis yang perlu selfie setiap hari untuk muat naik gambarnya dia socmed.
Dia harus pastikan setiap gambarnya sempurna kerana dia perlu meraih like yang banyak. Sampaikan gajinya habis dek kerana sentiasa beli baju baru, kasut baru dan beg tangan baru. Nasibnya agak baik kerana dia ada mata pencarian tambahan dengan “paid review” di laman instagram.
Tapi lama kelamaan dia merasakan ini bukan dirinya lagi. Dia perlu berlakon menjadi orang lain. Dia perlu bersaing dengan insta famous yang lain walaupun mereka yang popular di laman instagram ini berkawan antara satu sama lain.
Bila ada kawannya beli bag tangan baru, dia juga perlu beli yang baru. Bila ada kawannya yang beli baju baru, dia juga perlu beli baju baru. Bila ada kawannya beli alat solek baru, dia juga perlu beli yang baru. Bila ada kawannya beli kasut baru, dia juga perlu kasut baru.
Barangan yang mereka beli dan pakai haruslah barang yang berjenama. Baru ada class katanya. Dia juga jenuh google quote menarik setiap hari agar sesuai dengan gambar yang dia muat naik pada laman instagramnya.
Selepas muat naik gambar atau update twitter, dia akan cek siapa yang like gambarnya dan retweet tweet dia. Walaupun beribu yang like dia sanggup cek satu persatu. Sanggup baca komen-komen pengikutnya. Sesiapa yang beri komen negatif dia akan block pengikutnya.
Bila ada kawan-kawan tak like gambar dia, dia akan mula mempersoalkan perkara itu pada dirinya sendiri. Kenapa ek dia tak like gambar aku? Kenapa ek dia tak komen gambar aku? Dia cemburu lah tu.
Hari hujung minggu yang sepatutnya dia penuhkan dengan keluarga, dia batalkan dan akan pergi ke kafe atau restoran mewah. Sebelum makan, ambil gambar dulu dan muat naik pada socmed. Setiap kali ada cuti panjang dia akan pergi bercuti ke luar negara walaupun jarak dekat semata-mata untuk muat naik gambar dalam kapal terbang. Pernah satu ketika dia buat loan bank hanya semata-mata mahu menaiki penerbangan kelas perniagaan ke luar negara.
Apabila melihat ada kawan lain yang muat naik gambar dengan baju/bag/kasut atau kereta baru dia akan mula rasa tertekan dan rasa tercabar. Dia mahu menjadi lebih dari mereka. Kalau dia tak mampu untuk menandingi kawannya, dia akan terpuruk di dalam bilik mengira baki wang yang ada dan akan usaha sedaya upaya untuk ada apa yang kawannya ada.
Bila pulang ke rumah selepas bekerja, masa dia hanya pada socmed sahaja. Dia tidak lagi mempedulikan ahli keluarganya yang lain. Tidurnya tidak pernah cukup kerana socmed. Begitulah hidup dia sehari-hari.
Sekarang, wang simpanan telah habis dipakai. Hanya mengharapkan gaji bulanan dan imbuhan dari paid review yang dia lakukan. Malangnya, pendapatan tersebut tidak mencukupi untuk membayar hutang-hutang dia pada bank.
Sampai satu ketika dia merasa diri dia tidak berguna lagi kerana menjadi hamba socmed. Pernah terniat untuk bunuh diri supaya dia tidak lagi perlu berlawan dengan insta popular yang lain.
Ada juga kawannya yang mengalami masalah yang sama. Sehinggakan sanggup menjual maruah demi wang asalkan dapat tunjuk di socmed yang kehidupan mereka begitu mewah dan bahagia. Dia juga hampir-hampir melakukan perkara yang sama tapi mujur imannya masih ada.
Selepas tekun mendengar segala cerita dia, Hawa sarankan dia jumpa doktor supaya tidak melarat. Hawa hanya mampu mendengar sahaja. Hawa tak boleh buat apa-apa.
Hawa sempat berkata, mungkin kau kurang mensyukuri nikmat Tuhan. Betapa ramai manusia yang hidupnya susah. Kais pagi, pagi pun tak mampu dapatkan makanan. Cuma Hawa tidak mahu berlebih-lebih dalam menasihati dia kerana Hawa faham depresi itu tiada wajah. Boleh jadi dia gembira di pagi hari tapi di malam hari dia menangis hingga keesokkan paginya.
Kesimpulannya, kurangkanlah masa dengan socmed. Jadi manusia yang bijak dalam mengatur masa. Hawa hanya buka socmed sekali sehari atau Hawa peruntukkan satu jam sehari tapi boleh buka socmed banyak kali.
Kehidupan sebenar tanpa socmed itu lebih indah. Tanya pada diri sendiri apa yang kita mahu sampaikan pada socmed masing-masing. Mahu berkongsi kehidupan sendiri atau sebenarnya mahu menunjuk-nunjuk kehidupan sendiri? Mahu membaca berita, menjadi penyampai berita atau mereka-reka berita? Mahu bersilaturrahim atau mencipta musuh? Mahu berkongsi ilmu atau menunjuk ilmu? Mahu mengejar populariti atau mahu bersederhana? Mahu menjadi pemarah atau pemurah?
Semuanya berbalik pada diri sendiri. Tidak salah mahu berkongsi. Tidak salah mahu belajar. Tidak salah mahu mengajar. Tidak salah mahu menyampaikan. Yang salah bila kau menjadi hamba pada socmed hingga kau lupa tanggungjawab kau sebagai manusia.
Mohon maaf, tiada niat untuk menyinggung sesiapa. Sekadar berkongsi kisah yang harus kita ambil teladan dan pelajaran darinya.
Bagi admin, mungkin ada segelintir yang bersikap demikian, tetap ada juga yang bijak dalam mengendalikan kerjaya sebagai selebriti media sosial. Jika tahu mengatasi segala masalah yang berlaku, tidak mustahil kerjaya ini mampu memberi pendapatan sangat lumayan. Apatah lagi pada zaman sekarang, jual produk dengan hanya di laman sosial sahaja boleh meberi keuntungan berlipat ganda.
Walau apa cara sekalipun kita bekerja, apa yang penting sentiasa mengingati Tuhan kerana setiap reseki yangkita dapat ini adalah semuanya daripada Tuhan. Jangan sesekali melupakan-Nya kerana jika Dia berkehendak sekelip mata kesenagan itu boleh ditarik balik.
SUMBER FOTO: INSTAGRAM (GAMBAR TOP SEKADAR HIASAN)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
“Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang hayat.”
Itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan bertapa istimewanya hubungan seorang anak dengan kedua ibu bapanya.
Malah, ada yang menganggap ayah merupakan cinta pertama seorang anak perempuan. Meskipun ramai lelaki yang sering menyakiti, namun sang ayah tidak akan pernah menyakiti anak perempuanya dan sanggup berkorban apa sahaja demi puteri tersayang.
im turning 25 y/o this year, and Bapak masih sediakan bekal for me. today, nasi goreng for breakfast, mi rebus for lunch. transferred some money with the reference “food emergency” (???) and still risau if im starving??
Begitulah yang terjadi kepada hijabi bernama Tun, apabila ayahnya terlampau risau sekiranya dia kelaparan di tempat kerja dan membekalkan makanan untuk di makan di tempat kerja, meskipun dirinya sudah menginjak usia 25 tahun.
Ayah hijabi ini telah membekalkan anak gadis kesayanganya dengan sarapan pagi nasi goreng dan juga mi rebus untuk makan tengah hari.
Selain itu, ayah hijabi berkenaan juga telah mengirimkan wang menerusi online transferred hanya untuk memastikan anaknya mempunyai wang untuk membeli makanan sekiranya kelaparan ketika bekerja.
Si ayah turut meninggalkan pesanan ringkas menerusi aplikasi whatsapp mengigatkan anak gadisnya itu agar tidak berlapar ketika mencari rezeki.
“Nasi goreng for breakfast, mi rebus for lunch. Transferred some money with the reference “food emergency” (???) and still risau if I’m starving??” tulis Tun menerusi ciapan di laman Twitter miliknya.
Dalam masa sama, Tun menzahirkan rasa syukur kerana mempunyai ayah yang begitu prihatin mengenai kebajikan dirinya serta dilayan dengan istimewa bak puteri oleh ayahnya.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, dan mendapati rata-rata wargamaya menzahirkan rasa teruja dan tumpang bahagia melihat layanan yang diterima oleh gadis ini meskipun sudah dewasa dan bekerja.
Malah, ada juga yang berseloroh bertanya jika bapa gadis ini ingin mengambil anak angkat gara-gara menginginkan layanan yang sama.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis ciapan tular berkenaan telah meraih sebanyak 9498 retweets, 2761 quote tweets dan 37.1 ribu likes!
Fazura kongsi quote wanita solo bertulis “Bujang itu bukan sumpahan, sebenarnya itulah pakej mewah” yang membawa mesej mendalam tentang self-worth, kematangan dan kebahagiaan tanpa tekanan status.