Kulit berminyak cenderung lebih mudah diserang jerawat. Cara memilih bedak untuk solekan kulit berminyak adalah sangat penting. Jika diabaikan, jerawat akan tumbuh melata pada kulit wajah.
Tersedia di pasaran pelbagai pilihan jenama lokal mahupun antarabangsa. Jika anda belum ‘bertemu’ dengan produk yang tepat, berikut cadangan pilihan bedak untuk kulit berminyak untuk anda pilih.
MAC Studio Perfecting Powder
Loose powder dari jenama MAC yang serbaguna ini boleh dipakai sebagai asas solekan mahupun begitu sahaja. Dengan agen perlindungan khusus, ia memberi penjagaan dan daya tahan yang tiada tandingan pada kulit anda sepanjang hari. Dihasilkan dengan tekstur yang lembut, ia mampu mengawal minyak, menyembunyikan tompok kering, kesan capuk serta garis halus.
Laura Mercier Loose Setting Powder
IKLAN
Laure Mercier Loose Setting Powder juga mempunyai formulasi ringan yang dapat sebati secara menyeluruh pada kulit wajah. Hasil yang ditampilkan setelah pemakaian bedak ini adalah matte dengan sentuhan sheer. Tingkat coverage yang sangat baik dari Laura Mercier Loose Setting Powder akan menyamarkan kekurangan pada wajah. Dengan begitu sahaja, maka kepercayaan diri anda akan kembali!
MARY KAY Translucent Loose Powder
Diuji secara klinikal, translucent powder ini sesuai bagi semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. Diformulasi dengan bebas minyak, wangian, serta paraben, ia membantu meneutralkan nada kulit bagi memberi kesan penampilan kulit bebas minyak sepanjang hari.
IKLAN
Revlon Touch & Glow
Sesuai untuk kulit normal, berminyak atau kombinasi, gunakan saja Revlon Touch & Glow ini. Dapat menghapuskan kilap, membuat wajah anda tampak sempurna. Tekstur yang halus dengan formulasi bahan yang terjamin kualitinya, Revlon Touch & Glow sangat ringan pada kulit wajah. Tersedia dalam 3 varian warna, iaitu creamy beige, creamy ivory, dan soft beige.
MAYBELLINE Fit Me! Loose Finishing Powder
IKLAN
Maybelline Fit Me! Loose Finishing Powder ini telah terbukti berkesan buat yang mempunyai kulit cenderung minyak. Ianya memberi hasil kemasan matte yang mampu menutup segala cela serta memberi pengawasan minyak selama 24 jam. Dengan teksturnya ringan, loose powder ini secara intuitif menyembunyikan kesan jerawat, bintik hitam serta menjadi kanvas terbaik pada solekan.
HIJABISTA: Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, pastikan anda membersihkan solekan oada wajah dengan sempurna sebelum masuk tidur. Jika tidak, risiko kulit wajah ditumbuhi jerawat sangatlah tinggi.
Aduh, malunya rasa bila bibir kelihatan hitam dan tidak bermaya. Bila bibir hitam, wajah pun nampak kusam dan tidak berseri. Sebagai seorang wanita, tentu anda berasa malu dan tidak berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
Ada banyak sebab mengapa bibir boleh menjadi hitam. Antaranya adalah perubahan hormon, kekurangan zat besi, mengambil ubat-ubatan tertentu, sinaran matahari dan masalah bibir yang kering disebabkan tiada kelenjar minyak pada bibir.
Warna bibir yang sihat akan kelihatan segar, lembap dan berwarna merah. Sekiranya anda mahu mendapatkan bibir yang merah secara semula jadi, jom cuba 10 petua dengan hanya menggunakan bahan alami.
1. Buah Bit
Buah ini banyak dijual di pasar raya dan mudah untuk anda mendapatkannya. Ia memiliki antioksidan yang tinggi hingga mampu menjaga kesihatan kulit bibir seperti menanggal sel kulit mati dan melembap serta menghilangkan warna hitam pada bibir. Caranya mudah sahaja:
Potong buah menjadi kecil dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah sejuk, ambil 1 biji buah dan gosokkan pada bibir.
Biarkan sehingga 15 minit, kemudian bilas bersih.
2. Gliserin & Air Mawar
Campuran gliserin dan air mawar dikatakan dapat menghilangkan warna hitam pada bibir. Untuk mengatasi masalah bibir hitam dan kering, anda boleh:
Rendamkan kelopak bunga mawar atau taburan mawar yang masih segar selama 1 jam.
Kemudian, campurkan air mawar dengan gliserin secukupnya.
Oleskan pada bibir sebelum tidur.
Bilas keesokan harinya.
3. Madu & Daun Pudina
Daun pudina berkhasiat dalam menghilangkan noda pada bibir sehingga warna bibir kelihatan merah dan segar. Lakukannya sebanyak 2 kali sehari untuk hasil yang maksimum.
Kisar daun pudina dan campurkan dengan madu.
Oleskan pada bibir selama 15 minit.
Bilas menggunakan air sejuk.
4. Minyak Almond, Kunyit & Lemon
Lemon mengandungi kandungan yang membantu mencerahkan kulit termasuklah bibir. Jadi, anda boleh campurkannya dengan kunyit di mana ia dapat mengubah pigmen warna pada bibir.
Manakala minyak almond mengandungi vitamin E yang mampu melembapkan dan memberi nutrisi pada bibir.
Campurkan 3 sudu teh air perahan lemon, 2 sudu teh serbuk kunyi dan 1 sudu teh minyak almond.
Gaulkan bahan-bahan ini dan oleskan pada bibir.
Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air dingin.
5. Madu & Mentega
Kandungan vitamin E yang ada pada mentega mampu mencerahkan bibir. Madu pula mengandungi antioksidan yang dapat mencegah bibir kusam dan kering sehingga bibir yang hitam boleh berubah menjadi merah.
Campurkan 1 sudu madu dan 1 sudu mentega.
Oleskan campuran tersebut pada bibir. Dalam masa yang sama, urut bibir anda.
Bersihkan pada keesokan harinya.
6. Bunga Mawar, Madu, Limau Nipis & Susu
Bunga mawar memiliki khasiat yang luar biasa untuk menghilangkan noda hitam pada bibir. Cara pemakaiannya:
Rendam kelopak bunga mawar ke dalam susu dan tunggu selama 1 jam.
Kisar rendaman bunga bersebut.
Tambahkan 1 sudu teh air perahan lemon dan 1 sudu teh madu.
Oleskan pada bibir dan biarkan selama 30 minit.
Bilas bersih.
7. Minyak Kelapa
Kandungan minyak kelapa dikatakan mampu menjaga bibir agar kekal lembap dan sihat. Salah satu cara menghilangkan bibir hitam disebabkan oleh rokok adalah dengan mengoles minyak kelapa pada waktu pagi dam malam.
8. Limau Nipis & Madu
Campuran limau nipis dan madu tidak hanya berguna untuk menghilangkan noda hitam pada bibir. Malah, bibir pun akan jadi merah menyerlah.
Campurkan 1 sudu madu dan perahan limau nipis secukupnya.
Oleskan pada bibir selama 15 minit.
Bersihkan dengan tisu.
9. Timun
Timun memiliki kandungan yang dapat memberi nutrisi pada bibir sehingga bibir menjadi mungil, lembut dan cerah. Caranya:
Potong timun
Gosokkan potongan timun pada bibir.
10. Tomato
Tomato selalu digunakan untuk menjaga kesihatan bibir termasuklah menghilangkan rona hitam pada bibir.
Kesemmpurnaan seorang wanita selalu diukur dari rambut hingga ke kaki, wanita memang mementingkan kecantikan. Walau pun tumit jarang dilihat orang, namun kecantikan tumit juga bukannya sesuatu yang diambil ringan. Sakit sungguh hati bila tengok tumit yang dulunya cantik dan merah jambu kini dan mula merekah.
Apakah punca dan petua tumit merekah yang anda wajib anda tahu. Elakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan tumit anda merekah dan amalkan petua untuk menghilangkan tumit merekah. Semak petua ini semoga bermanfat!
Apakah punca tumit merekah?
Pastinya anda pelik kenapa tumit yang dulunya lembut, halus, dan licin tiba-tiba menjadi kering dan merekah. Malah jika anda biarkan, tumit yang merekah akan menjadi semakin teruk malah boleh mula menjadi luka dan berdarah. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca kenapa tumit anda merekah. Di antaranya ialah:
Proses penuaan – Tidak dinafikan bahawa faktor penuaan adalah di antara punca utama kenapa tumit anda merekah. Semakin kita berusia, kolagen dalam kulit akan berkurangan malah kulit juga akan mula mongering. Apabila kulit menjadi kering, ia akan mula merekah. Tertamanya di bahagian tumit memandangkan setiap hari kita memijak tumit.
Banyak berjalan – Semakin banyak kita berjalan, semakin banyak tekanan dan geseran yang berlaku kepada tumit lalu menyebabkan kulit di bahagian tumit mengering dan mula merekah.
Memijak lantai tanpa alas kaki – Semasa berada di rumah, jika anda suka memijak lantai simen atau mozek tanpa memakai alas kaki seperti selipar, ia juga boleh menjadi punca kenapa tumit mula merekah. Lantai rumah yang sejuk akan menyebabkan kulit tumit menjadi kering dan merekah.
Kurang minum air juga adalah punca tumit merekah yang ramai orang tak tahu. Apabila anda tidak minum air dengan secukupnya, tubuh badan anda akan mengalami kekurangan air dan akibatnya kulit di seluruh badan akan menjadi kering. Kulit di tumit akan menjadi bukan sahaja kering namun kana merekah juga.
Beberapa penyakit seperti ekzema atau diabetis akan membuatkan tumit menjadi merekah. Jika anda tiba-tiba mengalami masalah tumit merekah dan kulit menjadi gatal-gatal, kemungkinan besar anda terkena ekzema. Atau jika tiba-tiba tumit anda merekah dengan teruk, anda mungkin terkena diabetis.
Tumit Kembali Berseri Dan Merah Jambu
Jika anda nak sangat hilangkan masalah tumit merekah yang sedang dialami, jom amalkan petua berikut:
1. Minyak argan
Minyak argan sememangnya terkenal sebagai minyak kecantikan dengan 1001 kegunaan. Tahukah anda bahawa minyak argan juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit merekah. Anda boleh sapukan minyak argan ke kedua-dua tumit dan gosok sehingga minyak argan meresap ke dalam kulit. Sapukan dua kali sehari selepas anda mandi pada waktu pagi dan malam.
2. Aloe vera
Selain minyak argan, aloe vera juga merupakan tumbuhan hijau yang sangat berguna untuk kecantikan. Itulah sebabnya kenapa setiap rumah perlu ada sekurang-kurangnya sepasu pokok aloe vera memandangkan lendir aloe vera boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuklah mengatasi luka terbakar, menghilangkan sunburn, mencantikkan kulit, dan mengatasi masalah tumit merekah. Untuk menghilangkan tumit merekah, apa yang anda perlu lakukan ialah:
Ambil lendir aloe vera
Sapukan ke kedua-dua tumit
Gosok sehingga lendir aloe vera meresap ke dalam kulit
Ulang sapu untuk kali kedua dan gosok
Elakkan daripada memijak lantai dalam 10 minit
4. Bawang putih Dan perahan limau
Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan limau nipis. Sapukan pada tumit yang merekah. Amalkan setiap hari untuk nampakkan hasilnya.
5. Bawang merah
Gosokkan bawang merah yang dibelah dua pada tumit yang merekah dan diamkan di dalam sarung kaki beberapa minit.
6. Pakai alas kaki semasa berada di dalam rumah
Seperti yang kami nyatakan di atas, salah satu punca tumit merekah ialah kurangnya air di dalam badan. Oleh itu, jika anda inginkan tumit yang lembut dan cantik, pastikan anda minum air kosong secukupnya setiap hari agar kulit tidak menjadi kering.
7. Gosok kaki dengan pumice stone
Salah satu petua untuk mengatasi masalah kulit merekah ialah dengan merajinkan diri untuk menggosok tumit dengan pumice stone. Pumice stone adalah batu yang digunakan untuk menggosok tumit kaki bagi membuang kulit yang kering. Apabila kulit kering dibuang, ia akan digantikan dengan kulit baru yang cantik dan licin. Anda boleh membeli pumice stone di kedai-kedai seperti Daiso, Kaison, Body shop, dan sebagainya. Langkah untuk menggunakan pumice stone adalah seperti berikut:
Pastikan tumit tidak berada dalam keadaan kering kerana menggosok tumit semasa kering boleh menyebabkan tumit anda berdarah. Rendam kaki sebentar sebelum menggosok atau gosok kaki selepas anda mandi.
Untuk merendam kaki, anda boleh masukkan air panas ke dalam besen bersama garam kasar. Anda juga boleh masukkan minyak aromaterapi kalau ada. Kesegaran dari minyak aromaterapi bukan sahaja akan menyegarkan anda malah melembutkan kawasan tumit anda. Rendam kaki semasa air suam dan rendam sehingga air menjadi sejuk. Rendamana kaki ini sangat baik untuk mendapatkan tumit yang lembut dan halus.
Gosok berlahan-lahan tumit sehingga kulit kering tertanggal.
Tumit anda akan terasa lembut.
Basuh kaki untuk menghilangkan kotoran.
Itulah dia info tentang tip tumit merekah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. tumit kaki anda lebih lembap dan sihat! Berjalan pun lebih selesa.
Lengan yang berlemak dan mengeleber memang menganggu jika ada pengemar fesyen. Mana tidaknya, semua tempat sudah sempurna tetapi di bahagian lengan pula nampak macam Popeye the Sailor .
Sesetengah orang simpan lemak berlebihan pada perut, punggung atau pipi. Itu genetik. Samalah bagi lengan yang berlemak. Kita tidak boleh memaksa badan simpan lemak di mana-mana. Tetapi bagaimana untuk kurangkan saiz lengan? Walaupun kita memakai pakaian yang menutup bahagian itu tetapi tidak seronok jika kita melihatnya di cermin. Malah akan menyukarkan kerana kita perlu membeli pakaian yang besar di bahagian lengan.
Apa kata, jom kongsi tip mudah dari coachKevin Zahri bagaimana untuk mengatasi masalah lengan mengeleber ini.
Amalkan latihan angkat berat 3 kali seminggu. Gunakan dumbbell, jika tiada gunakan sahaja angkat je botol berisi air di rumah.
Lakukan tiga kali seminggu.
2. Jaga pemakanan. Utamakan sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu.
Banyakkan makan sayuran & buah-buahan.
3. Air sangat penting untuk mengeluarkan toksin dalam badan. Tapi jangan berlebihan. Minum air sebanyak 8 gelas sehari adalah yang paling baik.
Pastikan minum 8 gelas sehari.
4. Aerobik merupakan antara cara yang paling baik untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus juga boleh dicapai dengan latihan ‘windmill’ atau kincir angin.
5. Melakukan boxing dengan menumbuk ‘punching bag’ membantu koordinasi dan keseimbangan badan anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.
‘Punching bag’ membentuk lengan menjadi cantik.
6. Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan anda dan mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan anda.
Perkara berkenaan dimaklumkan Nora menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, sebagai satu hantaran penghargaan kerana Betty merupakan sahabat yang sering menganjurkan majlis-majlis ilmu.