Salam Maulidur Rasul 1444 Hijrah bersamaan 2022 Masihi buat semua umat islam di seluruh dunia. Allahumma sholli ala Sayyidina Muhammad wa alihi washahbihi wasallim. Jom semua, bersempena hari ini iaitu 12 Rabiulawal marilah kita memanjatkan doa dan juga perbanyakkan berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu amalan yang agung dan besar ganjarannya di sisi Allah SWT.
Maulidur Rasul merupakan tarikh penting buat umat Islam kerana ianya adalah tarikh hari kelahiran atau keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW iaitu nabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam. Sambutan Maulidur Rasul ini diraikan setiap tahun oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada hari istimewa ini, umat islam digalakkan untuk memanjatkan doa buat Rasulullah S.A.W.
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”
Tambahan itu, berselawat juga sangat digalakkan dan dituntut bagi setiap umat Islam kerana banyak fadilat yang bakal kita peroleh daripadanya. “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat atas Nabi. Wahai Orang-orang yang beriman, berselawatlah atasnya (Nabi) dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya dengan sungguh-sungguh”.
TUJUAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Pendakwah bebas iaitu Habib Nael Ben Taher, berkata tujuan utama menyambut Maulidur Rasul adalah untuk menyemai dan menyuburkan rasa bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat pengutusan Nabi Muhammad SAW kepada kita. Kenyataan ini telah dinukilkan oleh Latifah Arifin melalui sebuah akhbar 2018.
Sumber gambar dari facebook Habib Nael Ben Taher
“Jika ada pihak yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul sekadar budaya, maka sesungguhnya ia sebaik-baik adat dan budaya. Sehingga saat ini, begitu banyak negara yang menyambut Maulidur Rasul sejak turun-temurun di seluruh dunia seperti Indonesia, India dan Mesir.
“Tujuannya adalah untuk menggerakkan semangat dan menyemai cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita sentiasa ingat kepada Rasulullah SAW, kemuliaan itu akan kembali kepada kita sendiri kerana Baginda sebenarnya sudah dimuliakan, dicintai dan dirindui Allah SWT” ujarnya lagi.
Tambahan itu, menerusi perkongsian melalui mstar, terdapat figura lain yang juga telah menghuraikan mengenai tujuan sambutan Maulidur Rasul ini. Ia adalah daripada Doktor Najmuddin Khalfallah iaitu seorang pensyarah di Universiti Lorraine, Perancis. Di dalam majalah Jawhar Islam edisi 2016, dia telah menghuraikan beberapa tujuan sambutan Maulid Nabi Muhammad SAW dilaksanakan, dan ia dapat dirumuskan seperti berikut:
Ads
1. Mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan bermati-matian demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.
2. Mengenali dan mengetahui peribadi Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian seorang muslim. Hal ini seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab ayat 21).
3. Dapat memperingati tarikh kelahiran Baginda SAW. Hal ini sudah menjadi fitrah manusia bahawa memperingati tarikh kelahiran seseorang adalah tanda kita mengasihi kehidupannya.
Ads
4. Mencapai pembersihan hati dan jiwa melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan nasihat, pengajaran, akhlak dan pengorbanan Baginda SAW dalam menegakkan agama Allah SWT.
5. Memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW yang sentiasa menyayangi dan merindui umatnya. Jikalau terdapat perbezaan dalam beberapa perkara berkenaan sambutan Maulid ini, umat Islam semuanya sepakat bahawa wajib mencintai Baginda SAW lebih daripada semua makhluk termasuk diri sendiri, seperti yang termaktub dalam pelbagai sabda Nabi SAW.
6. Mengumpulkan umat Islam secara berjamaah dalam melakukan amal soleh. Kebiasaannya pengisian-pengisian utama yang disajikan di dalam majlis-majlis Maulid Nabi SAW adalah seperti tilawah al-Quran, majlis ilmu, zikir, tasbih, dan lain-lain lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)” (Surah al-Maidah ayat 2).
7. Memperbanyakkan selawat dan pujian ke atas Rasulullah SAW. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
Ads
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat)baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab ayat 56).
8. Menyampaikan pesanan dan peringatan mengenai risalah Islam di tengah-tengah masyarakat. Majlis maulid dianggap sebagai sebuah medan untuk menarik masyarakat untuk bersama-sama berkumpul, mendengar tazkirah, bermuhasabah, berzikir, memberi nasihat serta berselawat ke atas Nabi SAW.
Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda. Ya Allah ya Tuhan, di hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.
Ya Allah ya Tuhan kami, sempena majlis sambutan Maulidur Rasul ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.
Kami jua memohon restu dan rahmat –Mu sempena sambutan Maulidur Rasul ini, semoga Engkau ya Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat memerintah negara kami yang tercinta ini.
Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya dibawah pemerintahan pemimpin kami.
Alhamdulillah, demikianlah sedikit sebanyak tujuan dan sebab kenapa kita menyambut Maulidur Rasul. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W sempena Hari Keputeraan baginda ini. Semoga kita mencontohi peribadi mulia Rasulullah SAW serta menghayati Al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan beroleh syafaat daripada Baginda di Padang Mahsyar kelak. Amin..
Viral sewaktu ketika dahulu mengenai tabiat pelik iaitu makan beras mentah. Seringkali juga kita tahu kebanyakkan orang yang suka makan beras mentah ini adalah ibu-ibu yang hamil, tetapi ada juga dari kalangan orang yang bukan hamil.
Selalu yang kita tahu, snek ringan berbentuk seperti keropok mahupun kerepek, tetapi bagi sesetengah orang, snek ringan buat mereka adalah beras mentah. Namun begitu, setiap pemakanan itu membawa kesan juga.
Beras merupakan satu bahan yang wajib buat kebanyakkan negara di dunia. Makanan ruji ini sudah sinonim tambahan lagi buat negara asia yang sering menjamu nasi sebagai makanan utama mereka.
Tetapi kebiasaan orang akan makan nasi berbanding beras. Ya, dua benda yang berbeza kerana nasi di hasilkan daripada beras yang di kukus. Bagi mereka yang sering jadikan beras mentah sebagai snek perlu tahu bahawa ia boleh meningkatkan risiko keracunan makanan.
Menurut perkongsian healthline, pengambilan beras mentah telah di kaitkan sebagai faktor beberapa masalah kesihatan. Ini kerana beras mentah mengandungi bakteria berbahaya seperti Bacillus Cereus. Kajian juga telah mendapati bahawa bakteria Bacillus Cereus ini terdapat pada sampel beras dalam kebanyakan beras komersial.
Bakteria ini selalu di jumpai salam tanah dan boleh mencemari beras mentah. Bakteria yang berbentuk spora ini boleh teruskan hidup dengan lama kerana melindungi dirinya dengan ‘perisai’ oleh kerana bentuknya.
Namun, anda jangan takut makan nasi oleh disebabkan bakteria ini yang terkandung dalam kebanyakan beras. Bakteria ini boleh di bunuh jika di masak dan cara penyimpanan beras yang betul bagi mengelakkan pembiakan bakteria ini.
Rata-rata pesakit dari keracunan makanan akibat makan beras mentah ini selalunya akan mengalami loya, muntah, kekejangan pada perut atau cirit-birit dalam masa 15 hingga 30 minit. Jadi buat anda semua, pastikan tidak terlalu rakus dan alpa dalam segi pemakanan kerana khuatiri apa yang sering kita fikirkan tidak bahaya akan mendatangkan risiko buat diri.
Pernah tak anda keluar berjalan-jalan di kebun dan bila balik ke rumah, anda rasa kurang selesa. Atau mungkin anda akan rasa lemah-lemah badan?
Mungkin juga anda akan jumpa seakan serangga kecil yang melekat pada tubuh anda dan ia sangat menyakitkan. Anda perlu tahu fakta ini supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan jika mengalaminya.
“Doktor, telinga saya ada tumbuh benda hitam ni. Sakit dia, berdenyut-denyut. Rasa macam bisul.”
Apabila saya periksa, rupanya ada sejenis kutu yang melekat di cuping telinganya.
Kutu ini dikenali sebagai kutu babi, sengkenit(cikenit), atau tempiras (pirah). Kutu ini adalah sejenis parasit luaran kecil. Ia menggigit kulit hos dan melekat di situ untuk jangka masa lama untuk menghisap darah. Setelah menghisap darah, saiznya berganda.
Parasit ini biasanya hidup pada tubuh haiwan liar dan peliharaan seperti burung, kucing, anjing, tikus, dan kemudiannya berpindah kepada manusia. Mungkin juga dari persekitaran.
Sekiranya anda ada ke kawasan hutan, belukar, kebun, atau ada menyentuh haiwan, maka anda disarankan memeriksa tubuh anda.
◾️kelopak mata
◾️kulit kepala
◾️cuping/lubang telinga
◾️ketiak/ kelengkang
◾️pusat
Kutu yang telah menghisap darah berupa buntil kelabu kehitaman, dan permukaannya berkilat. Kadang kala, di sekitar kutu itu melekat, terdapat butir-butir hitam yang kecil. Itu adalah najis kutu berkenaan.
Apabila kutu babi ini menggigit serta melekat pada anggota tubuh, maka kulit di kawasan itu akan terasa sakit, merah dan bengkak. Kadang kala menyebabkan demam, lesu dan ruam.
Jika tidak dibuang dengan segera, beberapa komplikasi serius boleh berlaku kerana air liur kutu ini kadang kala mengandungi kuman-kuman berbahaya.
Bahaya bukan? Oleh itu, kita perlu kenali kutu ini, periksa tubuh setelah lakukan aktiviti di kawasan belukar serta melibatkan haiwan, dan berjumpa doktor jika digigit kutu babi. Semoga bermanfaat!
Ketika virus tular merebak seluruh dunia, anda perlukan daya ketahanan dalaman. Sistem imun atau kekebalan badan dapat dikalahkan oleh virus, bakteria, ataupun benda asing. Adapun daya tahan badan menjadi lemah oleh pelbagai sebab, seperti stres, jarang berolahraga, kurang tidur, dehidrasi, dan kekurangan makan nutrisi yang diperlukan badan.
Apabila anda ingin memperoleh daya ketahanan badan yang kuat, kami sarankan anda untuk mula makan vitamin untuk meningkatkan daya ketahanan badan. Agar badan tidak mudah diserang oleh virus penyebab penyakit, Anda boleh memakan vitamin untuk daya tahan badan. Suplemen kesihatan yang dirancang untuk memelihara daya tahan badan ini banyak dijual di drugstore. Anda boleh menemukan pelabagai jenama dengan mudah. Setiap suplemen vitamin akan lebih baik jika di dalamnya terdapat lebih dari satu zat gizi (multivitamin).
Pola diet seimbang melalui pemilihan makanan dengan gizi yang cukup umumnya sudah boleh menjaga daya tahan badan seseorang. Namun pada keadaan-keadaan tertentu, sistem kekebalan badan boleh melemah akibat faktor-faktor seperti yang sudah disebutkan sebelumnya. Untuk mencegah hal tersebut, anda perlu makan vitamin tambahan dari suplemen untuk daya tahan badan. Jika anda ingin membelinya, lebih baik ketahui dulu tip memilih vitamin untuk daya tahan badan yang bagus.
Apabila rutin harian anda lebih banyak dihabiskan di jalan, maka anda memerlukan suplemen untuk menyokong daya tahan badan. Beberapa suplemen vitamin dibuat dengan kandungan yang memang secara khusus berperananan untuk sokongan imunisasi. Seperti vitamin C dan zinc pada beberapa produk suplemen akan sangat membantu untuk meningkatkan kemampuan badan dalam melawan penyakit.
Manakala untuk anda yang memerlukan konsentrasi lebih ketika bekerja, misalnya melakukan perlukan tumpuan di depan komputer dan sebagainya, maka disarankan untuk memilih vitamin untuk daya tahan badan dan otak. Vitamin tersebut umumnya sudah dibekali dengan kandungan yang boleh menghindari anda dari gangguan stress atau masalah psikologi yang melibatkan otak.
Sebelum menentukan sebuah vitamin untuk daya tahan badan agar tidak mudah lelah, ada lebih baik jika anda mengetahui kandungan apa saja yang berperananan baik untuk memberikan fungsi tersebut. Vitamin A contohnya, jenis vitamin yang larut dalam lemak ini boleh peroleh dari sumber makanan ataupun suplemen multivitamin. Vitamin A mempunyai pelbagai manfaat penting untuk badan. Selain terkenal baik untuk memelihara fungsi penglihatan, zat ini juga boleh meningkatkan sistem kekebalan badan.
Sementara untuk vitamin lain yang kerap disebutkan sebagai vitamin yang bagus untuk menjaga daya tahan badan adalah vitamin C. Tentu anda juga sudah mengetahuinya, bukan? Vitamin C merupakan jenis vitamin yang mudah larut dalam air. Zat sihat ini berperanan penting dalam memperbaiki sel-sel dalam tulang, gigi serta kulit. Tidak hanya itu, vitamin C juga diketahui sebagai antioksidan yang boleh mencegah terjadinya kerosakan sel akibat radikal bebas.
Sistem kekebalan badan yang sihat juga boleh anda peroleh dengan memakan suplemen vitamin yang di dalamnya terdapat kandungan lain seperti vitamin B, vitamin E, echinacea, ginseng, mineral seperti mangan, zinc, magnesium, dan selenium. Hampir tidak ada pengilang yang menyertakan seluruh kandungan tersebut dalam satu produk ciptaannya, maka anda akan lebih baik mengenali terlebih dahulu keperluan badan terhadap vitamin yang sesuai untuk tujuan apa.
Suplemen kesihatan seperti vitamin untuk daya tahan badan tersedia dalam beberapa bentuk, seperti cairan, serbuk, ataupun tablet. Anda perlu mempertimbangkan suplemen jenis apa yang sesuai. Suplemen bentuk secair lebih mudah untuk diserap oleh badan. Tapi kekurangannya, sukar untuk dibawa ke mana jua kerna sifatnya.
Sementara suplemen dalam bentuk tablet mungkin memiliki daya serap yang lebih lambat dan sulit dibandingkan jenis cecair atau sirup. Tapi kelebihan yang dimiliki oleh suplemen ini mempunyai portabilitas tinggi. Dengan membeli vitamin untuk daya tahan badan dalam bentuk tablet, anda akan merasa lebih selamat tanpa kuawatir vitamin tersebut rosak di salam perjalanan. Di balik kelebihan tersebut, jenis vitamin tablet juga kurang sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur kerana berisiko tersedak saat diminum.
Anda perlu menyesuaikan jenis vitamin yang ada dengan keperluan. Jika anda merasa tidak akan membawa suplemen tersebut travel, maka pilihlah yang berbentuk cecair. Begitu juga sebaliknya, ya! Sedangkan untuk alternatif lain, anda juga boleh memilih suplemen penunjang daya tahan badan yang boleh dilarutkan dalam air. Meskipun bentuknya pertama menyerupai obat, tapi tablet vitamin ini boleh larut di dalam air sehingga lebih mudah untuk diminum.
Setiap vitamin mempunyai label yang tertera pada bungkusan. Label tersebut perlu anda lihat sebagai informasi awal untuk mengetahui vitamin dan mineral apa yang terkandung di dalamnya. Vitamin untuk daya tahan badan agar tidak mudah sakit yang tidak sesuai dengan keadaan kesihatan anda lebih baik untuk dihindari. Jangan lupa juga untuk memperhatikan efek sampingan yang berbahaya. Jika efek tersebut berisiko terjadi pada anda kerana anda mengalami keadaan kesihatan tertentu, maka carilah suplemen lain yang lebih selamat.
Setelah melihat kandungan beserta peratusannya, anda tidak boleh juga melambatkan tarikh tamat tempoh dari produk tersebut. Perkara ini merupakan langkah preventif terjadinya hal-hal yang tidak diinginkan. Untuk dosnya, pastikan anda meminuma dengan betul. Ikuti cadangan pemakanan sesuai yang tertera pada label atau anda boleh mengikuti panduan yang disarankan oleh doktor. Sebaiknya hindari minum dua atau lebih suplemen vitamin secara serentak tanpa pengawasan doktor. Pilihlah satu yang memberikan manfaat lebih maksima, yang lebih baik!
Cadangan sepuluh jenama vitamin untuk daya tahan badan terbaik. Produk-produk tersebut boleh ditemukan dengan mudah di drugstore dan secara online. Semoga panduan ini akan lebih memudahkan anda dalam menentukan produk mana yang tepat dengan keperluan. Selamat memilih!
Sesuai untuk orang yang mengalami masalah gastrik
Bagi Anda yang mengalami masalah gastrik, anda disarankan untuk membeli Alkaline-C Food Suplemen. Suplemen ini dirancang dengan vitamin C berbentuk sodium askorbat yang bersifat pangkalan alias tidak berasid dengan julatnya pH 7.5-7.8. Dengan sifat pangkalan tersebut, Alkaline-C selamat dimakan semua orang, terutama untuk anda yang menderita gangguan gastrik. Tak perlu kuawatir, vitamin untuk daya tahan badan usia remaja dan dewasa ini tidak akan menimbulkan iritasi pada perut.
Selain bersifat basa yang membuatnya selamat dimakan oleh penderita penyakit pedih ulu hati, Alkaline-C menunjukan Cresindo ini juga baik untuk badan. Formula mudah larut dari produk ini akan lebih mudah terserap sehingga manfaatnya boleh langsung terasa dalam badan. Produk ini juga telah kelulusan selamat oleh GMP Eropa. Bagi anda yang belum tahu, GMP adalah singkatan dari Good Manifacturing Practice, sebuah sistem untuk memastikan bahawa suatu produk memenuhi standard kualiti kerana diawasi di saat pembuatannya.
Bantu pelihara fungsi organ agar lebih sihat optimal
Jenama ini memang dikenal akan produk suplemen kesihatan yang berkualiti, meskipun rata-rata harga pasarannya mahal. Nature’s Way merilis Complete Daily Multivitamin untuk setiap orang yang menginginkan badan sihat dan tidak mudah sakit. Produk ini boleh dimakan setiap hari atau dengan nasihat doktor untuk membantu memelihara fungsi organ serta memproduksi energi dan menjaga kesihatan badan secara optimal.
Minyak ikan dijamin halal buat ibu mengandung atau yang menyusukan anak
Direka khas untuk menyokong wanita dari semua peringkat umur untuk gaya hidup lebih aktif. Ia mengandungi DHA yang dapat memastikan bakal ibu dan ibu yang menyusukan anak selepas bersalin mendapat nutrien yang mencukupi. Didatangi dalam bentuk separa cecair dan dibungkus dalam kapsul yang diperbuat daripada bahan vegetarian untuk penyerapan nutrien lebih baik.
Mengekalkan stamina agar badan tidak mudah sakit
Multivitamin dan mineral pada suplemen ini juga boleh anda makan sebagai vitamin untuk daya tahan badan untuk warga emas juga disarankan. Dua kandungan utama yang tersimpan dalam produk ini adalah vitamin C dan B. Elak jatuh sakit, mulakan makan vitamin yang boleh memperkuat sistem kekebalan badan, Enervon C Multivitamin salah satunya.
Suplemen yang dirumuskan oleh PT. Darya-Varia Laboratoria ini tergolong ke dalam ubat bebas, sehingga anda boleh memakannya meski tanpa nasihat doktor. Walaupun demikian, anda perlu perhatikan aturan pengambilan agar tidak berlebihan. Selain boleh meningkatkan imunitasi, Enervon C Multivitamin juga dapat diminum untuk membantu proses pemulihan selepas sakit.
Dilengkapi kolagen yang membuat kulit halus dan anjal
Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan secara semulajadi. Ianya hanya didapati dari sumber buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Untuk suplemen Vitamin C yang terbaik, pilihlah Blackmores. Walaupun harganya amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua, produk dari jenama ini masih mengekalkan kualiti yang tinggi melalui proses biologikal.
Baik untuk merawat kemurungan
Minyak ikan Omega-3 yang kaya dengan lipid dan diekstrak daripada lemak ikan air sejuk seperti ikan laut. Asid lemak tak tepu ini baik untuk kesihatan anda dan tidak menggemukkan. Pengambilan minyak ikan ini dapat mencegah penyakit jantung, mengekalkan fungsi otak, mata dan saraf, pengurusan keadaan radang serta rawatan kemurungan.
Suplemen vitamin C murah dan sesuai untuk kegunaan dewasa dan remaja
Suplemen ini meningkatkan system imunisasi badan, menyumbang anti-oksida yang penting, melindungi sel daripada oksidasi serta mengurangkan rasa penat dan lesu selepas menjalani aktiviti seharian. Hanya sekali sehari dan rasailah perbezaannya!
Cegah selesema dan alahan
Jika anda sering mengalami masalah selesema, alahan pada hidung, pendarahan hidung akibat selesema, cubalah Vitamin C dari Shaklee ini. Ambil 2 pil sebanyak 2 kali sehari. Vitamin C terkenal dengan sifatnya yang anti-keradangan dengan 25% bioflavonoid, esen kulit buah-buahan dan Hesperidin. Kesemua bahan ini boleh membantu mencegah serangan virus dengan lebih berkesan.
Apabila Anda memerlukan produk untuk menjaga keadaan badan ketika perjalanan jauh, pilihlah suplemen dalam bentuk praktik untuk dibawa. Manakala untuk anda yang sukar untuk menelan suplemen berbentuk tablet, disarankan untuk memilih produk vitamin dalam bentuk cecair seperti sirup ataupun tablet larut dalam air. Semoga dengan memakan suplemen kesihatan ini, badan anda menjadi lebih sihat dan tidak mudah sakit, ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.