Jerawat antara masalah kulit yang biasa dialami setiap orang, justeru penting bagi kita mengetahui punca bagaimana ia terjadi seterusnya membantu kembalikan kesihatan kulit wajah. Jerawat sebenarnya boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Daripada masalah ringan seperti sedikit bintik di muka, belakang badan dan dada, jerawat boleh berlarutan hingga menyebabkan tekanan emosi dan parut kekal jika tidak dirawat. Namun apa yang pasti jerawat perlu dirawat dan tidak boleh sembuh sendiri. Penting untuk memilih produk yang sesuai agar masalah jerawat dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Kebelakangan ini sejak kita diwajibkan untuk memakai pelitup muka, ramai yang mengeluh apabila terpaksa mengalami masalah jerawat. Keadaan jadi lebih teruk bila seseorang itu perlu memakai pelitup muka sepanjang hari.

Berikut perkongsian dari Kanda Aziz melalui Facebooknya tentang cara-cara untuk mengatasi masalah ini.

SEJAK PAKAI PELITUP MUKA, BREAKOUT MAKIN KERAP?

IKLAN

Jerawat yang tumbuh akibat panggunaan pelitup muka yang kerap dipanggil MASKNE. Terma ini adalah hasil gabungan Mask dengan Acne. Maskne bukanlah perkara baru. Orang-orang bekerja yang menggunakan pelitup muka setiap hari dari dulu lagi hadap masalah maskne. Cuma sekarang semakin ramai orang awam seluruh dunia memakai pelitup muka setiap hari, oleh itu topik maskne jadi popular semula.

KENAPA DAN BAGAIMANA MASKNE BERLAKU?
Ringkasnya, pelitup muka yang dipakai bergesel dengan kulit kita dan menyebabkan luka halus atau “micro tears” pada kulit. Jadi bakteria yang ada pada pelitup muka dan pada permukaan kulit akan tertolak masuk ke dalam luka-luka halus tersebut dan mencetuskan breakout.

MACAM MANA NAK ELAK MASKNE?

IKLAN

Memakai pelitup muka memang dah termasuk dalam norma baru, jadi takleh nak ngelat dah. Tapi berikut adalah cara-cara untuk kurangkan maskne.

1. Tukar pelitup muka
Korang janganlah berhari-hari pakai pelitup yang sama, kalau rasa macam pelitup tu dah kotor dengan air liur sebab kerap bercakap, batuk dan bersin, zohor tu tukarlah pelitup muka yang lain pula.

2. Cuci muka
Pastikan cuci muka guna pencuci muka yang bersesuaian selepas menanggalkan pelitup muka. Untuk kulit berminyak yang cenderung naik jerawat, pakai pencuci muka yang ada Salicylic Acid. Sekali sekala buatlah double cleanse guna Cleansing Oil atau Micellar Water.

IKLAN

3. Elakkan produk skincare yang tebal/mekap tebal
Bila kita pakai krim tebal atau mekap tebal, kulit kita yang sedia berminyak (peluh dari haba pakai mask) akan jadi lebih berminyak dan menyebabkan kotoran dan bakteria lagi mudah terkumpul pada kulit.

4. Pakai Chemical Exfoliant
BHA dan AHA dalam chemical exfoliator memastikan pori-pori bersih dari sel-sel kulit mati, minyak dan kotoran luar. Bila kulit bersih, bakteria pun payah buat hal. Pakai yang daily exfoliating toner pun boleh, kalau sesuai.

Selepas itu anda boleh teruskan dengan rutin-rutin lain seperti biasa. Kalau breakout teruk sangat dan berlarutan, dapatkan ubat jerawat daripada ahli farmasi atau doktor.

Sumber kredit: Facebook Kanda Aziz
Sumber gambar: www.pinterest.com dan 123rf

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI