Bagi memiliki kulit cantik, bersih dan mulus sebenarnya memerlukan perawatan yang khusus. Jika anda malas merawat kult, bagaimana mungkin anda mampu memiliki kulit yang sihat dan cantik.

Selain mengamalkan diet yang sihat, penjagaan kulit asas yang konsisten menjadi faktor kecantikan wajah seseorang itu lebih terserlah.

Pelbagai masalah kulit dapat diatasi dengan lebih mudah jika masalah kulit dirawat dari peringkat awal.

Jangan tunggu sampai ia menjadi tidak terkawal baru ingin merawatnya. Oleh itu, apa kata anda cuba amalkan tip kecantikan seperti yang dikongsikan oleh Fyza Shah ini.

BAHAN-BAHAN:
Sebatang lobak merah
Sesudu kecil minyak zaitun

Masker ini sesuai untuk kulit yang kering dan terbakar akibat selalu terdedah dengan panas matahari. Kita sedia maklum matahari ada dua cahaya UV:
UVA= menyebabkan penuaan sebelum usia
UVB = menyebabkan kulit gelap, merah terbakar

Pendedahan cahaya matahari yang berlebihan juga mampu meningkatkan risiko kanser kulit. Maka sebab itulah kulit yang yang ‘terbakar’ dek panahan sinar cahaya matahari perlu dirawat.

Beta Carotene dalam lobak merah sangat-sangat bagus untuk melawan radikal bebas matahari. Makin kita amal, tak kisah sama ada cara pakai masker, minum jus lobak, lama-kelamaan akan menguatkan imuniti kulit terhadap cahaya matahari.

IKLAN

Walau bagaimanapun janganlah ambil kuantiti yang berlebihan, akan jadi simptom kulit kuning atau dipanggil ‘carrotemia’. Jangan berlebihan, sederhana saja sudah elok.

Vitamin A pula akan melindungi kulit supaya kulit tidak cepat melalui proses penuaan lebih awal.
Vitamin A akan membaikpulih semula tisu kulit yang sudah terjejas akibat matahari. Ia mejadikan kulit awet muda.
Vitamin C akan menggalakkan kolagen dari kulit terhasil. Penting Vitamin C untuk tubuh kerana tubuh kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri. Sebab itulah kita mesti ambil dari sumber luar.

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Rebus lobak merah sehingga empuk.

2.Lenyekkan lobak merah hingga hancur.

IKLAN

3.Tambahkan minyak zaitun satu penutup.’

4.Pes sudah siap dilenyek.

5. Beginilah tekstur lobak merah yang telah dicampur dengan minyak zaitun.

IKLAN

6.Ratakan pada wajah. Kmeudian bilas dengan air paip biasa. Memang awalnya rasa melekit sebab minyak zaitun pekat dan ‘tebal’ teksturnya. Lama-kelamaan anda akan dapar rasa kulit wajah lembut dan halus.

7. Beginilah hasilnya. Kulit jadi lebih glowing dan lembut.

Boleh juga tambah minyak zaitun untuk ekstra lembap glowing memancar. Kalau ada masalah kulit kering, gatal bersisik memang elok sungguh. Minyak zaitun memang berkesan menambah kelembapan pada kulit.

Minyak zaitun boleh juga digantikan dengan lemon untuk kulit jenis berminyak, atau tambah madu untuk ekstra lembap.

Hasilnya kulit bersih, lembut dan sihat! Anda juga tidak perlu berhabisan wang untuk membeli produk-produk kecantikan berjenama atau melalui pelbagai rawatan. Selamat mencuba!

Sumber kredit: Fyza Shah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI