Cantiknya kulit dia. Inilah ayat yang sering terlintas dalam hati setiap kali memandang wajah orang yang bersih daripada sebarang cela.  Hakikatnya untuk memiliki kulit wajah sihat dan cantik bukanlah sesuatu perkara yang boleh dilakukan dengan sambil lewa.

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah disiplin diri dalam perawatan kulit wajah. Sama ada memilih cara moden atau semula jadi, terpulanglah kepada anda. Pemakaian masker wajah amat penting bagi memastikan kulit wajah kekal lembap, lembut dan berseri.

Jika anda memilih untuk melakukan perawatan wajah menggunakan bahan semula jadi, bolehlah cuba cara ini.

MASKER 3 BAHAN BUAT KULIT TEGANG GLOWING
Mudah sahaja hendak buat masker ini. Bahan-bahan pun guna bahan di dapur sahaja. Masker ini bagus untuk  untuk awet muda, kempiskan jerawat dan tegangkan kulit. Jika diamalkan selalu memang akan nampak kesannya.

BAHAN:
1 biji putih telur
1 sudu tepung beras
1/2 sudu serbuk kunyit

CARA-CARA: 
1. Campurkan semua bahan hingga jadi likat. Kalau cair, boleh campur lagi tepung. Ia bagi memudahkan sapuan pada kulit wajah.

IKLAN

 

2. Sapu rata pada seluruh kulit wajah. Tunggu hingga kering atau 15 minit. Bilas.

IKLAN

 

FUNGSI TIGA BAHAN INI IALAH UNTUK:
*Putih telur untuk menegang dan buat kulit jadi awet muda.
*Tepung beras pulak adalah agen untuk putihkan dan atasi kulit berminyak.
*Serbuk kunyit merupakan agen antiseptik semula jadi untuk kempiskan jerawat dan memudarkan parut pada kulit wajah.

DIKONGSIKAN JUGA LIMA PILIHAN MASKER BUAT ANDA YANG LEBIH SUKAKAN CARA PERAWATAN YANG MUDAH

IKLAN

1. L’Oreal Paris Pure-Clay Face Mask with Charcoal

Anda boleh mendapatkan masker yang kuat ini di pelbagai rak drugstore. Formula berkrim tidak kering seperti masker tanah liat tradisional tetapi menjadikan kulit anda berasa bersih dan terhidrat.

2. Innisfree Super Volcanic Clusters Pore Clearing Clay Mousse Mask


Masker ini mempunyai kepingan kecil dari gunung berapi dari Kepulauan Jeju, yang bersatu dengan tanah liat kaolin untuk menyedut minyak dan kotoran yang berlebihan dari liang-liang anda. Ia juga mengelupas dengan lembut, sehingga kulit menjadi lebih cerah serta merta.

3. Caudalie Instant Detox Mask

Penyahtoksin Caudalie dibuat dengan tanah liat merah jambu dan kopi. Ia berfungsi secara lembut namun sangat berkesan untuk semua jenis kulit.

4. Origins Clear Improvement Active Charcoal Mask

Cukup lembut untuk kulit sensitif, namun menjadikan wajah anda terasa lebih lembut dan lebih halus pada ketika mencucinya. Sesuai untuk merawat jerawat pada kulit wajah.

5. First Aid Beauty Skin Rescue Purifying Mask with Red Clay

Masker pengelupasan ini tidak hanya menyenangkan, ia juga berfungsi kuat untuk membersihkan kulit, mengurangkan saiz pori, dan menyerap minyak kulit yang membuat anda kelihatan berkilau.

Sumber kredit: Mala Mansor

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI