Amalan memakai bedak sejuk sudah lama dilupakan. Sebenarnya bedak sejuk sesuai dipakai terutama ketika cuaca panas dan kering kerana ia membantu mengawal suhu badan. Dahulu bedak sejuk dihasilkan dengan menambah hirisan daun pandan dengan tujuan memberikan haruman pada bedak sejuk apabila disapukan pada kulit wajah.

Hingga ke hari ini, bedak sejuk yang diperbuat daripada beras masih ada di pasaran. Walaupun terpaksa bersaing dengan pelbagai jenama produk kecantikan moden, pemakaian bedak sejuk masih diamalkan kerana ia petua lama untuk membuatkan wajah bebas cela dan berseri.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Bedak sejuk merupakan salah satu amalan tradisional yang sangat murah dan berbaloi untuk dijadikan sebagai masker muka. Daripada beli setiap bulan masker yang mahal harganya, lebih baik pakai bedak sejuk sahaja. Harganya pun murah malah tiada bahan kimia seperti produk yang selalu kita gunakan.

IKLAN

Banyak kelebihan bedak sejuk untuk kecantikan kulit. Ini antaranya kebaikan bedak sejuk sebagai produk perawatan kulit wajah yang tiada kesan sampingan jika digunakan.

*Semestinya menyejuk dan menyegarkan kulit wajah.
*Mengurangkan pengeluaran sebum/minyak pada wajah.
*Menanggalkan sel kulit mati secara semulajadi.
*Kulit akan terasa lebih halus dan licin.
*Menegangkan segala kekenduran kulit wajah.
*Mengurangkan bintik hitam dan menghilangkan parut jerawat.

Boleh jadikan masker. Sapukan pada seluruh wajah dengan berus lembut untuk sapuan yang sekata.

Caranya cukup mudah. Selalunya orang akan guna air paip atau air suam untuk cairkan bedak sejuk. Boleh sahaja guna air biasa. Tapi air paip ada klorin. Melainkan kalau rumah anda ada penapis tersendiri. Kalau tiada, anda guna air paip sahaja. Pilihan lain, boleh juga guna air mineral.

IKLAN

Tidak dapat dinafikan apabila bedak sejuk kering pada muka, habuk-habuk mudah tertanggal dan mengotorkan baju. Jadi, anda boleh gunakan air Mawar sebagai pengganti air paip. Selain mewangikannya, bedak sejuk juga tidak mudah tertanggal dan kulit menjadi lebih lembap.

Anda boleh tambahkan lima titik limau nipis atau limau perut. Selepas itu tempeklah sedikit demi sedikit pada muka. Jangan sapu bedak sejuk pada kawasan atas mata kerana kulit pada mata merupakan kulit yang nipis. Selain itu, dikhuatiri habuk bedak sejuk jatuh dan memasuki mata.

IKLAN
Photo by Ivan Samkov from Pexels

Setelah beberapa lama anda amalkan bedak sejuk ini, anda baru sedar yang parut jerawat anda yang selama ini seperti demam campak akan beransur-ansur hilang. Perlu diketahui bahawa walau pun anda sudah memiliki wajah dan kulit yang cantik, tidak salah untuk untuk anda menjaga dengan lebih baik lagi kulit yang Allah berikan. DIA juga sukakan pada kecantikan. Wallahualam.

HIJABISTA: Penggunaan bedak sejuk mampu menyegarkan kulit selain mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. 

Sumber kredit: Ana Mahabu Top image: Photo by cottonbro from Pexels