Hidradenitis Suppurativa (HS) adalah penyakit kulit kronik dimana pesakit akan mengalami keradangan seperti kemerah-merahan, bengkak dan sakit di kawasan apocrine sweatglands.

Gejala ini berlaku disebabkan oleh folikel rambut yang tersumbat dan menyebabkan boil-like lumps, bernanah dan juga berparut. HS boleh berlaku seawal usia remaja dan berpotensi tinggi untuk menyerang wanita.

Sumber gambar: MDedge

Menurut pemilik Klinik Amisi dan pengasas Skin Valet, Dr. Ismaliza Ismail, satu hingga empat peratus individu diang- garkan mendapat penyakit HS. Walau bagaimanapun, kaum wanita lebih berisiko tinggi untuk menghidap HS, malah tiga kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Bagi mereka yang berusia lebih dari 50 tahun, risikonya lebih rendah berbanding golongan dewasa biasa.

IKLAN

Punca-punca gejala HS

Sumber gambar: Healthline

“Antara faktor lain yang boleh menyebab- kan HS, adalah ketidakstabilan hormon, dimana hormon boleh menyebabkan pembentukan minyak yang berlebihan dan menggangu sistem kelenjar badan. Selain itu, sistem pertahanan badan yang rendah juga akan menyebabkan seseorang terde- dah dengan penyakit ini. HS turut berkait rapat dengan individu yang menghidap obesiti dan perokok tegar”.

IKLAN

Tambah beliau, faktor genetik juga antara penyumbang kepada penyakit HS. Lebih kurang satu dari tiga pesakit yang mengalaminya adalah berpunca dari genetik yang sama. Dr. Ismaliza menjelas- kan bahawa rawatan yang dilakukan pula bergantung kepada keadaan pesakit. Pada peringkat permulaan HS, rawatan lebih memfokuskan kepada alternatif ubat- ubatan tetapi untuk peringkat yang kritikal, besar kemungkinan terpaksa melakukan pembedahan.

IKLAN

Dr. Ismaliza menegaskan bahawa HS adalah penyakit kronik yang memerlu- kan pemulihan dan rawatan berterusan meskipun ia sebenarnya sukar diuruskan. Penyakit HS ini juga meninggalkan parut yang jelas kepada penghidapnya.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI