Karang gigi berpunca daripada plak yang melekat dan mengeras pada permukaan gigi. Dalam istilah lain, masalah ini dipanggil ‘dental calculus.’Plak terhasil daripada kotoran makanan, bakteria dan sisa-sisa mananan yang melekat pada gigi dan akhirnya boleh menyebabkan menjadi gigi berkarang. Karang gigi yang tidak dihilangkan dengan kadar segera boleh membuatkan gigi berlubang dan sakit gusi.

Banyak produk khas dijual di pasaran untuk menghilangkan masalah ini. Namun tidak semuanya memberi kesan yang efektif, malah ianya juga menelan kos yang tinggi. Oleh itu, kali ini, team Hijabista kongsikan kepada anda semua tentang cara-cara menghilangkan karang gigi dengan bahan semula jadi. Selamat mencuba!

1. Baking soda

Sumber gambar: Kaboom Pics

Baking soda berfungsi untuk menghilangkan dan memutihkan gigi anda dengan cepat dan berkesan Menggunakan baking soda juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara menghilangkan karang gigi yang kronik dan kritikal.

Caranya mudah sahaja. Ambil 1 sudu kecil baking soda dan tambahkan secubit garam. Gaulkan sehingga sebati. Kemudian celupkan berus gigi yang sedikit basah dengan camouran tadi dan gosok gigi selama 2 minit. Selepas itu kumur dan basuh sehingga bersih. Lakukan dengan kerap untuk hasil yang terbaik!

IKLAN

2. Menggunakan kulit jeruk

Sumber gambar: Eva

Seperti yang kita tahu, jeruk merupakan buah yang mengandungi banyak vitamin dan nutrisi. Oleh itu, kulit jeruk dipercayai dapat membantu untuk mengurangkan plak dan karang gigi. Caranya, bersihkan terlebih dahulu kulit jeruk. Kemudian, gosokkan kulit jeruk pada gigi sehingga rata. Biarkan semalam dan kumur serta basuh dengan bersih pada keesokkan harinya. Oleh kerana itu, anda digalakkan untuk mengamlkan cara ini sebelum anda tidur dengan kerap. 

IKLAN

3. Pengambilan buah dan sayuran

Sumber gambar: Geraud

Sumber buah-buahan dan sayur-sayuran memiliki kandungan yang baik untuk tubuh, terutamanya kepada kesihatan mulut. Tahukah anda, dengan mengunyah buah dan sayur secara rutin, anda dapat menghilangkan karang gigi. Selain dapat menghilangkan karang gigi, ia juga mampu untuk menghilangkan bau busuk mulut. Jadi, amalkan pengambilan sayur dan buah dalam menu harian anda untuk kebersihan mulut yang berpanjangan!

IKLAN

4. Mengunyah daun sirih

Sumber gambar: Shvets

Pasti anda pernah melihat warga tua yang seringkali mengunyah daun sirih. Apakah kebaikannya? Daun sirih dapat membersihkan karang gigi dan menghilangkan bau mulut dengan cepat dan berkesan. Sumber nutrisi yang ada dalam daun sirih dapat meneutralkan bau mulut dan menghakis karang gigi yang ada pada gigi. Caranya, ambil selembar daun sirih dan tambahkan 1 batang daun cengkih. Tumbuk sehingga separuh harus dan kunyah. 

5. Pengambilan vitamin C

Sumber gambar: Any Lane

Vitamin C baik untuk kesihatan mulut anda. Oleh kerana itu, anda digalakkan untuk mengamalkan pengambilan suplemen Vitamin C yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan tubuh. Selain dari suplemen juga, ada boleh mengamalkan makan buah-buahan yang tinggi kadar Vitamin C seperti limau. Bukan itu sahaja malah, anda boleh jadikan buah-buahan ini sebagai ubat gigi untuk menghilangkan karang gigi. Caranya ambil beberapa buah yang kaya dengan Vitamin C dan tumbuk halus. Kemudian, celupkan berus gigi pada halusan serbuk tadi dan gosok gigi anda selama 2 minit.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI