Bukan sahaja masalah jerawat di muka, malah jerawat di badan juga menyebabkan kita berasa tidak selesa. Kita semua pasti pernah mengalami masalah jerawat yang tumbuh di sekitar tubuh terutama sekali di bahagian belakang badan, dada, dan sekitar atas bahu. Paling tidak menyelesakan pabila ia timbul di sekitar bawah lengan.

Sumber gambar: Iswarya

Kali ini kami kongsikan tip mengatasi jerawat pada tubuh dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi di rumah.

Ubat Gigi

Sumber gambar: Photo MIX Company

Bunyinya pelik tapi percayalah yang ia berkesan! Ia mudah, efektif dan menjimatkan. Ia menyembuhkan masalah jerawat tanpa merosakkan tekstur kulit. Hanya sapukan sedikit ubat gigi di bahagian jerawat dan biarkan ia semalaman. Bahkan, ada yang berani mencuba merawat jerawat muka dengan cara ini dan ia berkesan.

IKLAN

Kulit Oren

Sumber gambar: Delphine

Kali ini, hanya berserah pada asid sitrik yang terkandung di dalam kulit buah oren. Ia adalah penyembuh jerawat semula jadi. Ia mengandungi vitamin C, yang mana remedi baik untuk kulit. Letakkan kulit oren di bawah cahaya mata sehingga ia kering sepenuhnya. Kemudian, kisar kulit buah oren tersebut sehingga menjadi serbuk dan simpan di dalam sebuah balang. Dua minggu sekali, tambahkan air ke atas serbuk oren tersebut dan sapukan pes oren tersebut ke atas jerawat.

IKLAN

Serbuk Penaik

Sumber gambar: Clean Eating With Kids

Serbuk penaik boleh dijadikan sebagai skrub holistik buatan dari rumah yang boleh menjadikan kulit lebih lembut, bersih dan cerah semula jadi. Ia juga boleh digunakan untuk merawat masalah jerawat. Tetapi, pastikan anda tidak mengulanginya lebih dari dua kali dalam seminggu. Serbuk penaik mengandungi konsentrasi alkali yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah pada kulit jika terlalu kerap penggunaannya. Untuk membuat skrub ini, anda perlukan dua sudu serbuk penaik dan sedikit air. Campurkan kedua-duanya sehingga menjadi pes pekat. Skrub  pes tersebut ke atas kulit dengan lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk.

IKLAN

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI