Khusunya bagi mereka yang pernah memiliki saiz badan yang besar dan sudah menjadi kurus, masalah ‘flabby Fat’ atau ‘loose skin / ‘loose suit’, (dalam bahasa melayunya kulit menggelebeh), pastinya ia merupakan masalah utama yang seringkali membelenggu fikiran anda.

Sumber gambar: Better Off

Hal ini terjadi apabila seseorang itu menurunkan berat badan dan kulit kita yang telah biasa dengan badan kita yang obese selama ini mengambil masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan badan ‘baru’ kita. Masa yang diambil juga bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, jantina, berapa lama kita overweight dan genetik.

Pelbagai cara dan teknik boleh dilakukan untuk menghilangkan masalah ‘flabby Fat’ ini. Antaranya adalah:

1. Melakukan Strength Training.

Bina otot melalui strength training sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bukan hanya kerana otot lebih tumpat pada lemak tetapi otot mempunyai kadar metabolism yang tinggi. Apabila anda memfokuskan kepada membina otot-otot, ia akan membantu membakar lemak dengan lebih cepat. Lebih otot, lebih mudah turunkan berat badan. Mulakan dengan ‘weights’ yang sederhana berat dulu dan bergerak ke ‘weights’ yang lebih berat secara beransur-ansur hanya dengan reps maxima 15 kali sahaja.

IKLAN

2. Senaman Kardio.

Lakukan sekurang-kurangnya 150 minit senaman kardio seminggu untuk membakar lemak dan meningkatkan tahap kecergasan kardiovalskular kita. Senaman seperti berlari ataupun menaiki basikal antara pilihan terbaik yang boleh dilakukan sebagai senaman kardio.

3. Teruskan usaha menurunkan berat badan secara beransur-ansur

IKLAN

Kurangkan kadar pengambilan kalori pada 250-500kcal sahaja. Sekatan kalori secara mendadak akan menyebabkan ‘muscle loss’, yang mana akan menyebabkan kulit lebih menggelebeh.

Gabungan tip 1 dan 2 boleh menurunkan berat badan serta menambah muscle mass.

IKLAN

4. Perbaiki keanjalan kulit

Keanjalan kulit juga boleh dijaga rapi dengan sentiasa minum air kosong dan tidak merokok. Merokok merupakan salah satu punca tekstur kulit menjadi lembik dan tidak anjal. 

5. Mendisiplinkan diri

Lakukan kesemua langkah di atas dengan konsisten dan disiplinkan diri untuk mencapai misi yang ingin dicapai. Usah malas dan culas untuk memiliki tubuh badan yang cantik kerana semuanya bermula dari anda sendiri!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI